Saturday, July 16, 2011

yakin sajalah wey.

salam a'laikum.

sila faham kan.

di kolej tengah-tengah ladang kelapa sawit sekarang ini, para pelajarnya sedang sibuk memikirkan tentang EE [extended essay], TOK [theory of knowledge], placement, mock interview, IA [internal asessment], CAS hour, dan sebagainya. betul tak, adik-adik? kamu harus kuat, setahun saja lagi. [mentang-mentang kamu dah tamat IB, maka boleh senyum lebar-lebar sekarang].

mengimbas kembali detik-detik yang dihabiskan di kawasan hijau tersebut. 

ibrah terbesar yang saya pernah dapat ialah, Allah boleh twist keadaan kita dengan senang. [well, duh~~ Dia Maha Hebat kot].

berkaitan dengan placement. Allhamdulillah, keputusan peperiksaan Semester II membolehkan saya memohon universiti di Eropah. [pelik pulek cakap eroPAH, ok Europe... belagak gilerz]. ini pun, dengan izin Allah.

menjalani mock interview dengan seorang mat salleh yang sangat peramah dan baik hati. gemuruh jiwa yang melanda sebelum melangkah masuk ke bilik temu duga, hilang... [apakah aku under spell?] markah mock interview yang alhamdulillah memberansangkan memberi saya sedikit keyakinan untuk menghadiri temu duga yang sebenar-benarnya.

tibalah, temu duga untuk pelajar yang memohon tempat di IUMC [Irish Universities and Medical Schools Consortium] bertempat di kolej tengah-tengah ladang kepala sawit itu. pada awalnya, saya mengambil keputusan untuk memilih IUMC kerana menurut senior, temu duganya yang agak senang dan banyak tempat ditawarkan. jadi, kebarangkalian untuk lulus temu duga itu agak tinggi. 

well, kita hanya merancang tetapi Dia yang menetukannya.beberapa hari selepas temu duga tersebut, kami diberitahu satu berita yang amat rasa ingin belasah sahaja wakil dari IUMC itu. [fuh~jangan emo, sila-sila bertenang]. pada awalnya kami ditawarkan sebanyak 80 tempat untuk placement IUMC daripada calon yang berjumlah 100++ [mungkin saya silap angkanya, tapi apa yang cuba disampaikan ialah... pada peringkat awal... segalanya masih indah bagi kami]. kemudian, dengan masih hati yang masih gundah gulana menunggu keputusan temu duga, otak kami digegarkan dengan satu kenyataan.

"tempat untuk IUMC telah dikurangkan pada tahun ini, hanya 20 orang akan dipilih. dan jumlah itu termasuklah para pelajar di kolej persediaan yang lain."

i was like, "what the?!"

[sekali lagi, saya kurang pasti dengan angka-angka yang diberi. approximately lah.]

satu berita yang walaweeeehhh! [bernafas dengan normal please]

oh man, pasrah....

rela tak rela, kami terpaksa akur dengan keputusan pihak tersebut. dan beberapa minggu kemudian, keputusan temu duga dibongkarkan. dengan izin Allah, saya bukanlah salah seorang antara mereka yang berjaya. mungkin kerana over-confidence dengan markah mock interview sehinggakan kebergantungan kepada Allah itu semakin rapuh.

of course la sedih. akan tetapi, alhamdulillah... saya mampu berfikiran stabil dan menerimanya dengan hati yang terbuka. ada saya coretkan suatu ketika dahulu di sini.

rezeki saya bukan di situ. pening pikir pasal placement. waaa.... nak sambung study kat mana ni?! terbayang muka bonda ayahanda, lagi lah stress.

Allah boleh twist. itu mudah bagi Allah. [sila senyum sekarang]. saya ditawarkan untuk menghadiri temu duga dengan pihak RCSI. menurut seniors, saban tahun, kesemua calon-calon temu duga RSCI akan dipilih untuk melanjutkan pelajaran perubatan di sana. well, i'm not falling for that again! [paranoid gile]. jadinya, saya meneruskan usaha mempersiapkan diri dan hati untuk temu duga tersebut. [oh, tak nak over-confident lagi.]

temu duga yang super seronok. irish people sememangnya tidak mencari manusia-manusia yang menjual-jual dirinya dalam temu duga. mereka lebih kepada ingin mengenali personaliti calon. jadinya, kami berborak-borak seperti kawan-baik-sejak-tadika. bertanyakan hobi, ahli keluarga, sukan yang diminati,  dan ada juga beberapa soalan serius berkaitan RCSI dan dunia perubatan. tapi tak adalah gile kentang. soalan-soalan yang tidak menjeratkan diri calon. alhamdulillah...

sejak menempuh Semester III, apa yang saya nampak ialah Ireland. ditambah lagi dengan sahabat-sahabta seperjuangan yang turut menggilai Ireland. well, semua orang ada pilihan sendiri kan? saya tersangat inginkan merasai tarbiyah di Ireland. [noted: saya nak pergi Ireland.]

keputusan temu duga kedua telah pun tiba. Alhamdulillah, apa yang diperkatakan oleh seniors itu benar, kesemua calon temu duga mendapat tempat di RCSI. tapi yang membezakan kami ialah, di mana letaknya bangunan RCSI itu. RCSI Dublin atau RCSI Bahrain.
jengjengjeng... saya ditawarkan ke BAHRAIN. walaweeeh!

darah membeku di otak. bahrain bukan tengah riot ke? tak pe.. senang nak pergi umrah nanti. tapi, kita first batch yang akan ke sana. tak ada senior. tak apa, lagi pon, bahrain kaya. hospital dia pun baru di bina. senang-senang. [sebaik mungkin cuba mencari positive sides of bahrain] . tapi.. mungkin tak ada orang malaysia. maknanya, tak ada usrah! ooo em jayy! berkonflik dalaman dan luaran. akhirnya saya paksa diri untuk redha dengan takdir Allah. "dont worry hemsem, Allah tahu bahrain terbaik buat kamu. just kekal hemsem."

ambil masa hampir seminggu juga mereng memikirkan untuk terima atau tidak tawaran tersebut. hurm... bonda ayahanda semua orang juga turut risau tentang tawaran ini. ada seorang sahabat yang satu kapal dengan saya menceritakan riaksi ibunya.

"ma, alhamdulillah, i got a place in RCSI. but it's located in Bahrain."

tanpa mengucapkan tahniah or wat-so-ever... ibunya bertanya.

"ooo... next interview bila?"

mungkin ibunya risau, dan terlupa untuk mengucapkan tahniah. krak krak kruukkk.. hati berkecai sedikit. sedangkan situasi di kolej tengah-tengah kelapa sawit itu amat stress tentang placement. sesiapa dapat tawaran tempat belajar, itu kira sudah terbaik! itulah, sesiapa tak ambil IB tak akan faham IB itu apa dan macam mana hidup kami. erm.. sedih hati si anak. namun, dia faham keadaan ibunya yang risau, lebih-lebih lagi... BAHRAIN weeeeyyy! [ok dah]

segala yang Allah takdir untuk kita, pasti ada ibrah yang hendak disampaikan. beberapa minggu atau bulan kot, kami [RCSI Bahrain] diberitahu bahawa satu perbincangan antara pihak kolej [kaunselor] dengan pihak RCSI telah mencapai kata sepakat untuk mengtransfer kami semua ke Dublin. alhamdulillah!

"hurm... tengok....Allah nak uji kejap je tu sebenarnya," kata seorang sahabt yang saya jumpa setiap hari, termasuk weekend.

sabar ye.

[sila buat muka macam tengah nak cakap, hek elleh... told ya so.]

Dia nak uji kejap je tu. ^_^
dah kata, semuanya terletak pada Allah. kun faya kuun! jadinya, ujian-ujian yang datang itu, bukanlah untuk mengsengsarakan kita, tapi untuk menyediakan kita dengan ujian yang lebih hebat pada masa akan datang. 

ada juga seorang sahabat sekelas saya, senasib. tidak mendapat tempat di IUMC. dan dia telah melalui pelbagai jenis temu duga. Australia, Czech Republic, India dan sebagainya. satu pun tidak lepas. namun, dengan usaha dan keyakinannya pada Allah, dia meneruskan perjuangannya sehingga akhir IB dan memperoleh keputusan peperiksaan yang super cemerlang. akhirnya, namanya yang selama ini dalam 'waiting list' IUMC, dinaikkan taraf menjadi pelajar yang ditawarkan untuk ke IUMC. kan.. allah nak uji sekejap je.

sekali lagi, sabar ye.

bagi adik-adik yang bakal menempuh semester yang super ini, semoga terus tabah dan jangan hilang keyakinan kamu dengan Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita, sedangkan kita sendiri tidak tahu.

gambate ne semua!!! insha-allah...

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

4 comments:

fasihahsubaker said...

; and now, it's my turn. doakan..T_T (air mata berlimpahan ke muka bumi)

Unknown said...

betul! Dia boleh twist ble2 je yg Dia nak~ :)

keberkatan said...

auni, seha.
dun worry. Allah tak akan sesekali menzalimi hamba-hamba-Nya walpon sebesar zarah.

what ever He had planned for us, itu yang terbaik. insha-allah. we just need to yakin.

ai sentiasa doakan y'all. insha-allah.

Shereen said...

you tell a good tale.. a true tale.. :D Miss you my dear Aimi..

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...