ha... apa komen tentang video itu?
erk.. mungkin ada bahagian yang pelik, tapi apa yang saya cuba sampaikan ialah... hitam dan putih tidak akan pernah bercampur.
betul tak?
cuba tengok video itu semula. tengok.. tengok...
hadith keenam dari hadith arbain imam nawawi.
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.]
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.]
jelas bukan? sama ada kita nak ambil islam secara keseluruhan ataupun tak nak ambil islam lansung. oh.. no no no.... tak ada masa kejap nak ambil kejap tak nak pula...
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian kepada Islam secara kaffah (menyeluruh), dan janganlah kalian mengikuti jejak-jejak syaithan karena sesungguhnya syaithan adalah musuh besar bagi kalian.” [Al-Baqarah : 208]
islam itu bukan setakat masa kita tengah solat sahaja. islam itu bukan masa bulan ramadhan sahaja. islam itu bukan masa kita blejar dalam kelas Pendididikan Agama Islam sahaja.
islam dalam semua benda. cara kita layan adik-beradik. semangat dalam kelas. kesihatan terjaga. mulut tak menjaja cerita orang. borak-borak dengan makcik, kakak, adik kat dalam ktm. cara kita minta pakcik teksi untuk hantar kita ke destiansi yang kita tuju. cara kita ucap terima kasih dan salam kepada cashier kat kaunter. masa lintas jalan. masa order kat kedai mamak maulana. baca doa sebelum masuk toilet. macam-macam lagi laaa. nak digariskan kat sini... semua benda yang kita buat dalam sehari-hari... kita harus cuba sehebat mungkin untuk mengikut cara islam.
macam mana?
ahah!!! harus belajar..
dah belajar dah PAI kat sekolah.
ini belajar dengan hati, bukan dengan otaks semata-mata. not for the sake of exam.
argh! kompius!! jangan bersastera dengan aku please...
ok, one way... kita harus merelakan diri ditarbiyah.
kita nak tahu cerek itu panas atau tidak, mesti kita kena sentuh dulu cerek itu kan? [sentuh je bukan pegang lama-lama pon...] kira macam kita merelakan diri kita terdedah kepada panas cerek itu.
ha, sama la macam tarbiyah. tapi tarbiyah ini bukan la cerek! sila jangan salah faham ya. apa yang saya nak kongsi ialah, kita harus merelakan diri. oh tarbiyah... ambil lah aku.. didiklah aku... aku rela demi mengenal siapa Rabb aku. sort of like that la.
kalau kita tak mencuba, kita tak akan tahu betapa bestnyer tarbiyah dari allah itu. buatlah pilihan, nak putih atau nak hitam. tak ada nak gedik pilih kelabu. no no no... [sambil menunjukkan jari telunjuk] ^_^
ok, salam a'laikum.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
No comments:
Post a Comment