salam alaikum.
''seorang daie itu tidak merancang masa tidurnya, kerana dia tahu rehatnya hanya di syurga.''
[ok, pengsan sekarang!]
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
Monday, April 30, 2012
Sunday, April 29, 2012
ITU; langit
Saturday, April 28, 2012
angin; itu sangatlah sejuk!
salam a'laikum.
baru sahaja menjawap panggilan telefon seorang sister. dia menangis. risau, memikirkan masalah umat. macam mana nak bagitahu semua kawan-kawan bahawa realiti dunia ini sedang menipu penghuninya? macam mana nak kejut kawan-kawan bangun dari mimpi yang kononnya indah? macam mana nak cakap yang kita ini sekkarang tengah kufur nikmat?!
saya terdiam.
astaghfirullah...
menghela nafas, bukan mengeluh. tetapi menghela nafas kerana merasakan tidak layak untuk menyedut oksigen DIA.
sedang jari ini menari-nari di atas papan kekunci, jari-jemari saudara-saudara kira di palestine, syria, afganistan, iraq, kashmir dan banyak lagi.... jari-jemari mereka sedang bertarung mempertahankan agama dan negara. dengan menggunakan apa sahaja yang mereka ada.
ya allah. ampunkan saya.
itu kisah hari ini.
kalau...
dua hari lepas.
di bus stop aungier street, melihat jam di handphone sony ericsson K530i [bukan iPhone ye =P], sudah menunjukkan pukul 8.05 pm. cuak sudaaah... kenapa? kerana saya sudah lewat! janjinya pukul 8.30 pm. perjalanan ke destinasi mungkin memakan masa lebih dari itu. oh-saya-tak-suka-kalau-saya-yang-lewat!
''the next bus is within 20 minutes,'' kata seorang hamba allah ini.
pandang langit, doa.
''ya allah, sampaikanlah aku ke sana pada waktu yang terbaik. walaupun mungkin lewat.''
berjalan dengan langkah yang paling besar untuk ke bus stop yang lain. mengharapkan ada bas yang available untuk ke satu-tempat-yang-saya-tuju. eh, kenapa nak ke sana? kerana saya ada usrah. [yeay!] -_-'' tapi lewat.
dengan cuaca dublin yang konon-kononnya sedang SPRING bunga-bunga chenta ini... hujan+angin kuat, menghambat rasa stress saya sehingga ke anak tekak.
''akak, saya tak suka spring!'' terkeluar dari mulut.
''awak, inilah spring yang sebenar kat ireland ni. sejuk,'' balas dia dengan cool dan bergayanya.
''baik,'' saya diam dan terus berjalan sebelahnya menuju bus stop.
BUS ON TIME. alhamdulillah.
kakak itu saya tinggalkan di tepi jalan. hehehe... Dia tidak menuju tempat yang sama dengan saya lah. =P
dalam bas, melihat luar tingkap. masha-allah... kuatnya angin. sejuknya. ok, dalam bas itu ada heater, tak lah rasa sejuk. cuma sweater yang basah itu... saya macam ya-allah-bagilah-baju-ini-kering-cepat. -_-'' titisan hujan mengetuk-ngetuk tingkap bas. seolah-olah nak cakap,
'' assalamualaikum... marilah ke luar sini... best!'' [ok, boleh abaikan dialog itu.]
beberapa belas minit berlalu.
ok dah nak sampai. saya tekan loceng 'STOP'. tapi pakcik itu tidak berhenti di bus stop yang saya nak turun. i was like,
''mengapakah pakcik?!''
bas itu meluru masuk ke dalam kawasan suatu-tempat-BUKAN-saya-tuju-yang-besar-tak-ingat-dunia. jerit kuat-kuat dalam hati.
''aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaAAAAAAAAaaaaaa, lewatlah lagi saya nanti!''
jam sudah menunjukkan 8.24 pm. maghrib pon dah masuk. [ha! ireland sekarang, magrib ngan isyak dah semakin lewat, subuh semakin awal. siang semakin panjang. malam semakin pendek. saya kena... semakin rajin bermujahadah melawan malas.]
''allah, tolong. aku dah lewat.'' terlintas di hati.
der... allah memang maha mendengar. percayalah. tiba-tiba...
''do you want to stop out there?'' tanya pakcik bas itu sambil menunding jari ke arah bus stop di kawasan satu-tempat-yang-saya-tuju itu.
''yes, and i did ring the bell.''
''i'm sorry. after the last stop, i'll send you back there. is it ok?''
okayh... senyum dan terus duduk. kaki tak larat nak menampung debaran jantung yang kian menggiga dan menggila. [ops, sorry], mengganas. lemah selemah-lemahnya. lutut ketaq. [uih, kuaq da bahsa utagha diaaa]. mata berair. basah.
ya allah, Engkau dekat. Engkau dengar setiap yang terdetik di hati. meskipun manusia tidak mengetahui. sebab apa, duh~~~ sebab manusia bukan tuhan. >.<
keluar dari bas itu, SEJUK-ya-ampuuuuuuuuuuunnn....
tapi saya gagahkan jua. meredah hujan renyai-renyai. tapi anginnya bukan sepoi-sepoi bahasa. dan bukan juga sempoi-sempoi selamba. tetapi ianya bagaikan tiupan kipas angin yang ingin menerbangkan KLCC. [ok, abaikan jugak]. apa yang saya cuba gambarkan ialah, angin itu kuat. sangat kuat. full stop.
jarak satu-tempat-yang-saya-tuju dari bus stop itu agak jauh bagi orang yang pertama-kali-menjejakkan-kaki-ke-bumi-dublin. tapi saya okay aja. sebab saya dah berkali-kali menjejakkan kaki ke sana. ^_^
tetapi, hari itu, saya merasakan satu-tempat-yang-saya-tuju itu amatlah jauh. dah berjuta-juta langkah saya gagahi ini, kenapa tak sampai-sampai lagi? disertakan dengan hujan yang membasahi, memberatkan kot hitam kegemaran saya yang dibeli di liverpool. [perlu ke?] diiringi angin seganas serangan musang-berekor-sembilan.
ya allah, sampaikanlah aku.
angin begitu power sehinggakan saya yang kurang-ringan-tapi-tak-de-lah-berat-sangat, boleh tertolak ke belakang. ke belakang!
![]() |
| source |
sudah saya nampak satu-tempat-yang-saya-tuju itu. sikit sahaja lagi. sikit sahaja.... tetapi... kenapa dirasakan sudah berlangkah-langkah kaki ini dihayun, jarak antara saya dengan satu-tempat-yang-saya-tuju itu masih sama. jauh.
allah, tolong. please. help me allah.
terfikir sejenak.
angin itu ibarat dunia. satu-tempat-yang-saya-tuju itu ibarat akhirat.
T_T
kita diceritakan tetang akhirat. kita diberitakan tentang syurga neraka. kita diperkenalkan tentang sifat-sifat allah. kita diingatkan tentang dosa pahala. kita macam dah boleh bayangkan akhirat itu macam mana, tapi sudah-yakin-lagi-pasti-tidak-ada-kompromi, apa yang kita bayangkan itu sikit pun tidak tercapai apa yang sebenar-benarnya allah da sediakan untuk hamba-hamba Dia.
kite tahu dan insha-allah aware dengan berita akhirat. tapi kita ditarik-tarik mahupun ditolak-tolak oleh dunia. betapa susahnya nak sampai akhirat tu dengan tarikan dan tolakan dunia. entah la. tapi itulah yang saya fikirkan masa itu.
betapa kuatnya godaan dunia, sehinggakan walaupun kita tahu akhirat tu macam mana, kita akan tertolak jauh ke belakang kalau kita tak ada pegangan yang kuat. yaitu, iman dan islam.
nabi muhammad s.a.w pernah pesan,
“Islam itu tinggi, dan tidak ada agama yang lebih tinggi daripadanya.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)
hurm... alhamdulillah. berjaya redah hujan dan angin kuat. sampai ke satu-tempat-yang-saya-tuju. dan... saya tak lewat. alhamdulillah....
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
Friday, April 27, 2012
random.
salam alaikum.
BANYAK BENDA NAK CERITA.
tapi, harus habis kan nota dulu.
-_-'
doakan.
exam, kurang sebulan.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
BANYAK BENDA NAK CERITA.
tapi, harus habis kan nota dulu.
-_-'
doakan.
exam, kurang sebulan.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
Tuesday, April 24, 2012
ultimate.
salam a'laikum.
saya.
kamu.
kita.
perlukan Allah.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
saya.
kamu.
kita.
perlukan Allah.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
Sunday, April 22, 2012
tembok itu roboh jua; akhirnya.
salam alaikum.
sedang berusaha untuk menjadi matang. [tak cukup matang kah sekarang?]
[senyum sinis seorang diri sambil melihat awan di luar tingkap]
beberapa hari lalu, melalui seorang sister yang amat saya sayang, Dia telah menegur.
'' janganlah kerana ego, ukhuwah dikorbankan.''
di saat terkeluar kata-kata itu dari mulutnya, i was like, ''apakah?!''
[-_-]''
ya saya ego. ego saya kuat. tanpa saya sedar, ego itu semakin kental.
tetapi, alhamdulillah... tak kental mana pon sebenarnya.
alhamdulillah, Dia masih sudi melihat hati lemah ini.
alhamdulillah, Dia masih sudi mengubati hati yang merindui ini.
[huh... susahnya nak cakap soal perasaan ini!]
okayh, senang cerita.
tidak kira di mana mereka dan dia berada, kedai mamak? bulatan gembira? tepi pantai? dalam lecture hall? di bilik? depan laptop?
saya nak mereka dan dia tahu...
saya juga sayang.
saya juga rindu.
saya juga menanti.
aseefah, saya tak reti cakap. saya tak reti mengekspresikan apa yang terbuku dalam hati. saya tak reti memancarkan cinta seperti yang orang lain buat. tapi, saya cuba. [susaaaaaaaaaaahhhh!!!]
diamnya saya tak beerti saya benci, mungkin sedikit terasa hati. [poyo bukan?]
tapi, saya harap mereka dan dia pecaya kata-kata saya ini...
acapkali tangan ditadah,
setiap bait-bait doa rabitah,
wajah mereka dan dia...
seolah-olah
hadir bersama-sama dalam bulatan cinta itu.
tetapi, maafkan diri ini...
kadangkala, 'musuhNYATA' mencucuk-cucuk.
jarak memarakkan hasutan.
terlintas di hati...
siapalah aku di barisan mereka dan dia...
tidak significant. mungkin.
hanya sempat bertaaruf kurang setengah tahun.
apa sahaja yang mampu jiwa ini dijanjikan?
rindu itu cuba dikaburkan.
cinta itu cuba disekat.
perasaan sedaya hebat cuba ditapis.
kerana... tidak mahu menjadi beban dan tidak ingin terbeban.
sehingga ego mengambil alih identiti.
teguran dari Dia.
memecahkan empangan takungan rindu,
menghancurkan tembok pemisah cinta.
memusnahkan egoistik seorang hamba.
tapi... serpihan-serpihannya masih ada.
'' saya tak akan baca blog dia!'' kata-kata itu terpacul.
tanpa berfikir.
mengasingkan diri dari manusia, sebentar.
kembali. cuba kembali kepada Dia.
melihat langit, mendung.
Saya tahu
Ini...
Allah nak membersihkan.
Membersihkan. T_T
sedang berusaha untuk menjadi matang. [tak cukup matang kah sekarang?]
[senyum sinis seorang diri sambil melihat awan di luar tingkap]
beberapa hari lalu, melalui seorang sister yang amat saya sayang, Dia telah menegur.
'' janganlah kerana ego, ukhuwah dikorbankan.''
di saat terkeluar kata-kata itu dari mulutnya, i was like, ''apakah?!''
[-_-]''
ya saya ego. ego saya kuat. tanpa saya sedar, ego itu semakin kental.
tetapi, alhamdulillah... tak kental mana pon sebenarnya.
alhamdulillah, Dia masih sudi melihat hati lemah ini.
alhamdulillah, Dia masih sudi mengubati hati yang merindui ini.
[huh... susahnya nak cakap soal perasaan ini!]
okayh, senang cerita.
tidak kira di mana mereka dan dia berada, kedai mamak? bulatan gembira? tepi pantai? dalam lecture hall? di bilik? depan laptop?
saya nak mereka dan dia tahu...
saya juga sayang.
saya juga rindu.
saya juga menanti.
aseefah, saya tak reti cakap. saya tak reti mengekspresikan apa yang terbuku dalam hati. saya tak reti memancarkan cinta seperti yang orang lain buat. tapi, saya cuba. [susaaaaaaaaaaahhhh!!!]
diamnya saya tak beerti saya benci, mungkin sedikit terasa hati. [poyo bukan?]
tapi, saya harap mereka dan dia pecaya kata-kata saya ini...
acapkali tangan ditadah,
setiap bait-bait doa rabitah,
wajah mereka dan dia...
seolah-olah
hadir bersama-sama dalam bulatan cinta itu.
tetapi, maafkan diri ini...
kadangkala, 'musuhNYATA' mencucuk-cucuk.
jarak memarakkan hasutan.
terlintas di hati...
siapalah aku di barisan mereka dan dia...
tidak significant. mungkin.
hanya sempat bertaaruf kurang setengah tahun.
apa sahaja yang mampu jiwa ini dijanjikan?
rindu itu cuba dikaburkan.
cinta itu cuba disekat.
perasaan sedaya hebat cuba ditapis.
kerana... tidak mahu menjadi beban dan tidak ingin terbeban.
sehingga ego mengambil alih identiti.
teguran dari Dia.
memecahkan empangan takungan rindu,
menghancurkan tembok pemisah cinta.
memusnahkan egoistik seorang hamba.
tapi... serpihan-serpihannya masih ada.
'' saya tak akan baca blog dia!'' kata-kata itu terpacul.
tanpa berfikir.
mengasingkan diri dari manusia, sebentar.
kembali. cuba kembali kepada Dia.
melihat langit, mendung.
Mendungnya langit kerana Dia.
Terangnya mentari kerana Dia.
Indahnya pelangi kerana Dia.
Sejuknya angin kerana Dia.
Doa. Moga langkah yang diambil ini adalah kerana Dia.
akhirnya, bingkisan dari dia untuk semua yang berada di bumi tarbiyah ini...
saya baca.
masha-allah...
mengalir.
pecah.
mereka dan dia.
maafkan saya.
bersangka yang bukan-bukan.
kononya, sibuk... kononnya, ada priority lain...
Saya tahu
Ini...
Allah nak membersihkan.
Membersihkan. T_T
mereka dan dia,
para murabbi saya.
tetapi, mereka dan dia juga manusia.
punya ruang lemah dan perlukan ruang untuk memperbaiki yang lemah.
sekiranya benar-benar fillah,
maka jarak dan masa bukan penghalang.
kerana Dia tidak terikat pada masa dan ruang.
mereka dan dia,
saya yakin,
sedang gagah berlari...
sedang teguh mencari...
sedang usaha untuk qawwiy...
kan?
walaupun diri ini tidak ada apa-apa,
tapi, saya ada doa.
saya ada allah.
walaupun cinta ini tidak tercapai jauh.
cukuplah dengan Allah yang menjaga mereka dan dia untuk saya.
maafkan atas keegoan,
maafkan atas kedegilan,
maafkan atas kenakalan,
maafkan atas kekerasan kepala.
buat mereka dan dia.
nak bagitahu ni...
saya cuba untuk matang.
saya cuba untuk gagah.
saya cuba untuk sentiasa kool. =P
doakan.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
maka jarak dan masa bukan penghalang.
kerana Dia tidak terikat pada masa dan ruang.
mereka dan dia,
saya yakin,
sedang gagah berlari...
sedang teguh mencari...
sedang usaha untuk qawwiy...
kan?
walaupun diri ini tidak ada apa-apa,
tapi, saya ada doa.
saya ada allah.
walaupun cinta ini tidak tercapai jauh.
cukuplah dengan Allah yang menjaga mereka dan dia untuk saya.
maafkan atas keegoan,
maafkan atas kedegilan,
maafkan atas kenakalan,
maafkan atas kekerasan kepala.
buat mereka dan dia.
nak bagitahu ni...
saya cuba untuk matang.
saya cuba untuk gagah.
saya cuba untuk sentiasa kool. =P
doakan.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
Tuesday, April 10, 2012
abid. akukah?
salam a'laikum
allah dah bagi jawapan dah.
jagalah allah, allah akan menjaga kamu.
menangis sekarang. T_T
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
“Jadilah kamu ahli ibadah sebelum memimpin. Niscaya dengan ibadah, kamu akan sampai pada kepemimpinan yang terbaik.”
-as-shaheed imam hassan al-banna-
allah dah bagi jawapan dah.
jagalah allah, allah akan menjaga kamu.
menangis sekarang. T_T
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
Monday, April 9, 2012
dunia ini menipu penghuninya. atau penghuni tertipu oleh dunia?
salam alaikum.
pernah ditanya,
''kenapa awak nak terus berada di jalan ni? apa drive awak?''
saya terdiam. bukan cuba memikirkan jawapan. kerana jawapannya sudah ada. bukan untuk menimbulkan tanda tanya. kerana saya pasti orang yang bertanya itu sama jawapannnya dengan saya. kenapa saya pasti? [senyum]
kerana tak lain tak bukan, drive seorang hamba untuk terus berada di jalan ini tentulah Tuhannya. Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antaranya.
''[iaitu] Yang telah menciptakan aku. maka Dia yang memberi petunjuk kepadaku. dan Yang memberi makan minum kepadaku. dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku. dan Yang akan mematikan aku, kemudian menghidupkan aku [kembali]. dan Yang sangat kuingin akan mengampuni kesalahanku pada hari Kiamat.''
[as-syua'ara', 26:78-82]
kalaulah apa yang mengdrive saya itu ialah ukhuwah, maka tatkala tiada sisters di sisi, tak perlu lagi saya di jalan ini. begitu?
kalaulah apa yang mengdrive saya itu ialah biah solehah, maka tatkala dicampakkan ke negara tanpa suasana islam, tak perlu lagi saya terus berlari di jalan ini. begitu?
kalaulah apa yang mengdrive saya itu ialah program-program, maka tatkala tiada sebarang program diadakan, tak perlu lagi saya menyusuri jalan ini. begitu?
kalaulah apa yang mengdrive saya itu ialah status kewangan yang-wah-sungguh-stabil, maka tatkala status kewangan saya aiyak-apakah?-ini-tidak-mungkin, tak perlu lagi saya berada di jalan ini. begitu?
-_- [?]
dunia ini bersifat sementara. bahkan manusia itu pun hidupnya di dunia ini hanya sementara. mencari bekal untuk di bawa pulang bertemu dengan Allah. Allah, ya ALLAH.
satu perasaan yang tidak ternilai. perasaan diselamatkan dari dunia yang sedang menipu penghuninya. diselamatkan oleh Allah dengan mempertemukan saya dengan nikmat tarbiyah. satu perasaan di mana hanya mereka yang pernah merasainya, akan faham apa yang cuba saya sampaikan. makanya saya terdiam, perlulah saya... dan mereka... yang pernah merasainya memberi peluang kepada manusia di luar sana untuk turut merasai betapa bahagianya hidup di dunia ini dengan mengenali siapa Allah.
dahulu saya rasakan hidup sudah cukup bahagia. dahulu? dahulu. waktu awal-awal SELEPAS saya kena tarbiyah.ha?! kerana awal-awal dulu... drive saya ke usrah ialah naqibah saya. [-_-]''. sebab naqibah saya best. naqibah saya faham saya, dia pandai mengorek segala apa yang ada dalam jiwa saya. sebab saya tak reti sangat dalam meluahkan kata-kata. nak katanya, naqibah pertama saya itulah yang memimpin saya di saat awal-awal pentarbiyahan saya.
sehinggakan pada suatu hari, saya diberitahu akan bertukar naqibah. i was like, ''apakah?! apakah ini akak?!!'' tapi saya ikut sahaja, meskipun dalam hati memberontak-tak-ingat-Tuhan. pada saat itu, mula lah saya hadir lewat ke usrah, memberi pelbagai alasan. tapi hey, saya tak ada lah sampai nak ponteng usrah. cuma, semangat pada tika itu tidak sama dengan semangat awal-awal saya kenal usrah dahulu. kerana apa? kerana naqibah lain.
alhamdulillah, Dia masih tidak bosan dengan karenah saya. masih memberi saya peluang untuk memahami apa definisi tarbiyah yang sebenarnya. tarbiyah itu bukan sekadar teori, tapi amal. bersama-sama naqibah baru itu, naqibah pertama saya masih tidak meninggalkan saya begitu sahaja. dia masih di sisi. sentiasa memberi galakan dan semangat. bertanya khabar iman. dan sedaya upaya memperbetulkan niat dan pemikiran saya yang agak terpesong itu.
''awak, kalau akak mati... awak masih kat jalan ni tak?''
soalan itu menusuk. air mata mengalir. saya tak faham apa yang cuba disampaikan. terus deras mengalir. tidak mahu mendengar penjelasan. bagi saya ketika itu, semua kata-kata dia hanyalah alasan untuk meninggalkan saya. [poyo bukan?!] pernah saya terfikir untuk berhenti usrah. -_-'' astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah.
ini bukan silap didikan naqibah saya. tapi ini silap niat saya. kurang fahamnya saya.
alhamdulillah, Dia mengekalkan hati saya. saya belajar. saya terus belajar. sedikit demi sedikit. selangkah demi selangkah. meskipun lambat berbanding orang lain. Dia memasakkan hati saya di jalan ini. kalau bukan kerana Dia, tak mungkin saya berada di mana saya berada sekarang. bekerja seperti mana saya bekerja sekarang. berfikir sepertimana saya berfikir sekarang. kalau bukan kerana Dia, saya tak reti ber'cinta' sepertimana saya ber'cinta' sekarang.
itulah, apabila tujuan utama bukan bermatlamatkan redha Tuhan. macam-macam akan berlaku. tapi, sekiranya Dia tetap mahu, Dia akan tunjukkan jalan. meskipun kita lari jauh beribu batu dari jalan ini, tapi kalau Dia nak juga, akan bertemu jua dengan jalan yang sama.
sebab itu saya kata, drive saya ialah ALLAH.
perasaan diselamatkan dari dunia yang sedang menipu penghuninya
jalan ini, memberi kehidupan. memberi nafas. memberi harapan. kepada manusia yang berusaha menjadi hamba. hanya hamba Dia. bukan hamba dunia.
kadang-kadang kita akan terlepas pandang terhadap kuasa yang mendorong kita untuk terus berlari di jalan ini. sama ada kuasa itu adalah al-Haq, atau kuasa itu adalah dunia. kalau dunia, jom kita sama-sama check balik. kat mana silap. kerana hanya al-Haq akan kekal.
.
destina cinta ini hanyalah untuk bertemu dengan allah.
''dan mohonlah pertolongan [kepada allah] dengan sabar dan solat. dan [solat] itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, [iaitu] mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.''
[al-baqarah, 2:45-46]
''... maka kelak allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya...''
[al-maidah, 5:54]
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
Labels:
cinta-Nya,
His love notes
Friday, April 6, 2012
F U R Q A N.
Salam alaikum.
Kini di dublin mosque. Menanti kedatangan murabbi yang baru sahaja menghidupkan enjin kereta di hospital. Mungkin dalam sepuluh minit lagi baru dia akan tiba.
Membuka helaian helaian encik furqan (nama quran saya: furqan). Membaca semula ayat-ayat yang bertanda dengan sticky notes tansparent. Teringat saat mula-mula saya kenal alquran terjemahan .
dua tahun yang lalu... di sebuah kolej persediaan yang dikelilingi ladang kelapa sawit.
Telah beberapa kali sitting usrah, tetapi saya masih tidak punya quran terjemahan sendiri. Cuma meminjam quran surau ataupun kalau malas, berkongsi sahaja dengan usrahmates yang baru saja dikenali. sebab rasa macam, err... tak perlu beli kot. simpan duit untuk masa depan. [apakah pemikiran ini?!!]
Sebelum ini, bagi saya sesiapa yang pegang (pegang je, belum baca lagi!) quran terjemahan, dia dikira gempak habis lah. Standard tok imam masjid kampung sebelah. (ok, ini over =.='' ). itu pemikiran masyarakat umum. yang masih belum memahami erti dia menganut islam. Tapi sekarang, quran terjemahan bukan untuk tok imam sahaja. Tapi untuk semua. ^_^ kan?!
Malam itu. Saya gagahkan kaki ke bilik seorang kakak di blok sebelah. Mengetuk pintu. Fuh fuh.. Hati debar... Daun pintu dibuka.
"assalamualaikum akak. Akak ada jual quran tafsir lagi tak?"
Dia tersenyum dan dengan penuh mesranya menjawab,
"waalaikumussalam. Ada. Masuklah dulu."
Saya kekok. Apakah kakak ini? Kenalnye tidak. nak main ajak-ajak masuk bilik pulak. erk, keliru... keliru... [well, paranoid dengan manusia.]
"tak pe akak. Saya datang nak beli tafsir je," sambil buat muka budak baik.
"awak nak yang macam mana? Warna?"
"yang berzip ada tak? Warna apa apa pon okai."
Akak itu mencari cari stok dalam kotak dalam almarinya. Dibuka kotak pertama, edisi quran terjemahan yang baru. Tanpa zip. Hanya berkulit keras. Dibukanya kotak kedua. Juga hampa. Kotak ketiga. Sama ja.
Saya mula tak senang hati. Kesian akak tu. dah la saya datang masa dia tengah study. Ish ish ish...
"erm... Akak, tak ape la. yang tu pon okai je," sambil menunding jari ke arah kotak-kotak yang sudah dibuka. erm... walaupun sebenarnya saya rasa tak okai. =_='
"ada... Jap akak carik. Ada.... Ada..." dengan penuh yakin dia menjawap.
Tiba-tiba kakak itu keluar bilik. Memakai selipar. Dan meninggalkan saya.
I was like, "apakah kakak ini?!"
dia tinggalkan saya macam itu sahaja. can you imagine apa perasaan saya? adehs...
disebabkan saya ini seorang budak yang malas nak buat kecoh, maka saya dengan kudrat yang ada... tunggu sahaja di depan pintu. Termangu-mangu seorang diri dalam blok asing tu.
Lima minit (approximately) kemudian, kakak itu datang berlari. Dengan quran terjemahan warna maroon ditangan kanannya.
Semput.
"ni awak."
semput.
"kan saya."
semput.
"Kan saya kata ada."
Senyuman terukir. Rasa macam nak menangis sahaja waktu quran itu bertukar tangan. Wang tidak menjadi persoalan. Dia, Allah, menjadi saksi detik bermakna itu.
''semoga dia [furqan] jadi bestfriend awak sampai bila-bila...'' kata-kata terakhir daripada kakak itu sebelum saya pulang ke bilik.
Pulang ke bilik. Melihat quran terjemahan warna merah jambu milik teman sebilik di atas meja belajarnya. Dalam hati berkata, "alhamdulillah, awak... FURQAN. kawan baik saya forever, insha-allah."
Detik itu, sehingga ke hari ini. Masih saya ingat. Tidak akan saya lupa. Baru saya tahu, masih wujud manusia seperti kakak itu. Tak mampu saya bayangkan dan gambarkan betapa dia berusaha untuk mencari quran terjemahan yang memenuhi cita rasa saya. Padahal boleh je akak itu cakap, "adik manis.... Quran yang adik nak tu dah tak da, ni aja ada." tapi, dia tak buat macam itu. Dia berusaha. Usaha dengan gagah der!!!
Belum lagi saya bercerita perihal murabbi pertama saya. Hehehe... Mungkin lain kali. =P
Pertemuan saya dengan encik furqan banyak mengubah cara pandang saya dan corak pemikiran saya. Cuba berpaksikan kehendakNya. Insha allah...
Kini, encik furqan saya bawa ke mana-mana sahaja. Tapi ingat ye der, membawa quran ke mana-mana sahaja, tak sama dengan membaca quran di mana-mana sahaja. -_-'''
Kehidupan setelah mengenali encik furqan... Membuatkan air mata saya mengalir apabila mengenangkan kehidupan saya sebelum saya mengenali encik furqan. Astaghfirullah. Biarlah kehidupan itu menjadi pengajaran dan rahsia antara seorang hamba dengan Tuhannya. Apa-apa pun, i feel blessed for having this chance to know furqan.
Bermulalah langkah sebagai seorang hamba yang baru, baru mengenali Tuhannya, baru menemui "manual" hidupnya, baru membuka matanya tentang tujuan sebenar penciptaannya, sebagai abid dan khalifah.
dua tahun kemudian...
saya di sini. di dublin mosque. masih menanti murabbi saya. [haish mana kakak ni?? hehehe] tak pernah saya sangka saya akan bersama-sama encik furqan di sini, pada hari ini. sekiranya tidak Dia pertemukan kami, tidak tergambar kehidupan saya sekarang. tak berani nak saya gambar dan bayangkan. al-quran itu penyelamat, kan? ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)




