Wednesday, March 27, 2013

sabar; kamu akan tsabat

salam alaikum.

di saat kamu merasakan susah untuk memahami dan menyantuni manusia.

ingat semula...

betapa susahnya tika awal-awal dahulu mereka cuba memahami dan menyantuni kamu.

kalau bukan kerana allah mengurniakan kesabaran, maka... mungkin, adakah kamu berada dalam gerabak dakwah dan tarbiyah kini?

setelah mengenal tarbiyyah, masakan kamu tidak mahu bersabar dengan aset-aset dakwah mu?

mereka bersih, mereka suci, mereka ada peluang.

cari kunci yang tepat.

berhenti mengeluh, mula berusaha untuk 'berpeluh'.

allah. allah .allah.

fafirru ilallah.

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Sunday, March 24, 2013

betul ka bila kamu kata kamu cinta?

salam alaikum

''kalau betul awak cintakan dakwah dan tarbiyyah ini, awak akan bercakap je apa yang awak rasa betul.''

''kalau betul awak cintakan dakwah dan tarbiyyah ini, awak akan nak tahu je apa update dakwah di uk, awak nak tahu ja apa yang berlaku di ireland.''

kata-kata ini sangat menggegarkan jiwa hamba yang hina ini.

kepetahan untuk berkata-kata.
kehebatan untuk berfikir.
kebolehan untuk menyusun.
kelebihan untuk melayan manusia.

itu semua,

hanyalah ''added value'' kepada seorang dai'e.

yang penting adalah... 

sejauh mana kecintaan pada DAKWAH dan TARBIYYAH ini menjadi api yang membakar jiwa seorang syabab.

bukanlah himmah yang menjadi pendorong semata-mata. kerna, semangat akan luntur. ya, ia akan luntur. kalau tidak ditampung dengan apa yang sepatutnya. kecintaan hakiki kepada dakwah dan tarbiyyyah. 

yang paling atas adalah, kecintaan kepada ALLAH.

kalau kata cinta allah, masakan seorang hamba itu bisa lari dari melakukan dakwah?

der, dakwah itu bukan semata-mata berkata-kata di khalayak ramai, bukan perlu masuk tv dan berbicara dan berforum mahupun berdebat tetang islam. dakwah itu bukanlah perlu ke medan perang dan bunuh-membunuh. 

abeh tu der, apa itu dakwah?

[senyum]

dakwah itu adalah cinta. yep, dakwah itu cinta.

bak kata seorang yang mencintai dakwah sepenuh hatinya.


Memang seperti itu dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai.


Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedot saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yg menempel di tubuh rentamu. Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. .. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari.

Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. Beliau memang akan tua juga. Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat yg diturunkan Allah.

Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. Dia memimpin hanya sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat bingung. Tidak ada lagi orang miskin yg bisa diberi sedekah. Tubuh mulia itu terkoyak-koyak. Sulit membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja. Tubuh yang segar bugar itu sampai rontok. Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal. Toh memang itu yang diharapkannya; mati sebagai jiwa yang tenang.

Dan di etalase akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin Khathab juga terlihat tercabik-cabik. Kepalanya sampai botak. Umar yang perkasa pun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Kurang heroik? Akhirnya diperjelas dengan salah satu luka paling legendaris sepanjang sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang sholih, yang sedang bermesra-mesraan dengan Tuhannya saat sholat.

Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.
Tidak… Justru kelelahan. Justru rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah heroik, akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”.Justru karena rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani… justru karena rasa sakit itu selalu mengintai ke mana pun mereka pergi… akhirnya menjadi adaptasi.

Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus mengalah. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada.Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka. Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda
dibandingkan jihad yang begitu cantik.

Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeris. Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar. Tapi saking seringnya “ditinggalkan” , hal itu sudah menjadi
kewajaran. Dan menjadi semacam tonik bagi iman..Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memamer-mamerkan amalnya adalah anak kemarin sore. Yg takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan Allah. Karena tidak setiap saat mereka memproduksi karya-karya
besar.

Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka justru jadi lelucon dan target doa para mujahid sejati, “ya Allah, berilah dia petunjuk… sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… 

“Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta… Mengajak kita untuk terus berlari…

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”




(alm. Ust Rahmat Abdullah)


aku, kamu, dia, mereka....

HARUS BERGERAK!

kalau benar-benar cintakan dakwah dan tarbiyyah ini.

der, dakwah ini... bukan main-main!

der, rasulullah disakiti kot kerana berdakwah!
der, khabbab kena salai kot kerana dakwah!
der! sumayyah mati kerana dakwah!
dan mereka dapat syurga, der...
mereka dapat jumpa allah, der...
mereka dah tunaikan hak shahadah mereka, der...
mereka pernah menjadi GHULAM itu pada zaman mereka, der...

kamu bila lagi? bila lagi nak cintakan dakwah sepenuh hati? bila nak berhenti mensekularkan islam dalam kehidupan? bila lagi nak betul-betul menyelam dalam dakwah dan tarbiyyah? bila nak berhenti main tarik tali dengan ALLAH?! bila nak berhenti memberi alasan? bila lagi nak sahut seruan syurga? bila, der? bila?!

T___T

penat eh buat dakwah? 

:')

sabar eh? sabar sikit je. berkorban sikit je lagi. dunia ni kejap ja. allah tahu dunia ni ''penjara'' bagi orang mukmin. sebab tu Dia tak bagi kehidupan abadi di dunia ini. tapi keabadian itu adalah di akhirat kelak. tetapi... kehidupan yang singkat inilah yang menentukan keadaan kehidupan kita di ''sana''.

allah, kuatkan aku dengan-Mu.

[peringatan keras untuk diri sendiri]

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Saturday, March 16, 2013

hear me.

salam alaikum.

seorang murabbi tidak akan berputus asa.

fullstop.

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Thursday, March 7, 2013

nama mereka.

salam alaikum.

masa zaman sekolah dulu-dulu.

bila aku dengar nama ABU BAKAR, UMAR, ALI, OSMAN, BILAL... semasa cikgu mengambil kedatangan, terdetik di hati...

''kenapalah mak ayah dia bagi nama tu? tak de yang lagi glemer ke? ammar rafeeq ka? daniel ka?''

ya allah, betapa tidak izzah dengan nama-nama itu dulu.

kini?

:)

nama-nama itu membuatkan darah mengalir deras setiap kali disebut. terbayang kehebatan pemilik nama itu. kekuatan iman dan keteguhan akidah mereka, aku terkesima. 

ya allah, hebatnya mereka!

ada yang sememangnya dijanjikan syurga. tetapi mereka beramal seolah-olah mereka dijanjikan neraka. subhanallah! [pengsan!]

kita? 
hurm.. syurga neraka pun tak pasti lagi. tetapi amalan kita? amalan aku? [nangis hingus-hingus]

mengenang seorang murabbi yang kini berada nun jauh di malaysia. katanya, 

''orang mukmin itu hebat. sebab mereka percaya dan yakin pada benda yang mereka tak nampak. GHAIB.''

percaya = iman

susahnya nak percaya benda yang tak nampak dengan mata kasar. -_-''

mungkin di situlah; mujahadahnya.

pernah ditanya oleh murabbi yang mencintai kura-kura [hehs], 

''kenapa kita buat dakwah? kerana cinta allah, atau kerana kita memang suka buat benda-benda macam ini?''

tersentap aku saat soalan itu menjadi pembuka bicaranya. tak pernah aku fikir pun tentang itu. bila muhasabah, hurm... boleh jadi... orang yang mengatakan dirinya membuat dakwah, bukanlah cinta dan redha Allah menjadi pendorongnya, tetapi minatnya dalam berhubungan dengan manusia dan juga mungkin dia seorang yang suka membuat kerja-kerja kebaikan dan kebajikan. mungkin juga kerana dia mudah menyayangi manusia, maka dia menyertai gerabak ini. kan dakwah itu adalah cinta? kan dakwah itu menyeru manusia? 

hurm... [garu-garu kepala]

mungkin pada awal 'tumbesaran'  kita di jalan dakwah dan tarbiyah ini REDHA dan CINTA  allah menjadi pendorong utama. kerana pada tika itu, kita baru mula kenal, apa itu islam apa itu thoghut. apa itu putih apa itu hitam. kita struggle yang amat sampai menangis-hentak-kaki [err...] bila nak tinggalkan jahiliyah kita. jahiliyah fizikal kita. pergaulan, perangai, pemakaian, cara tutur, bual bicara, hobi [erm.. daie ada hobi ka? bukan hobi itu perkara yang dibuat pada masa lapang? kita ada masa lapang kah? erm....].

dan pada saat kita berjaya tinggalkan jahiliyah fizikal kita itu, kita berjaya mengosongkan hati dari karat-karat-busuk-dunia-yang-sedang-menipu-penghuninya. dan kita isikan dengan cinta allah. saat itu adalah saat paling bahagia dalam hidup seorang hamba. yang mana, pada tika itu... kita semua sanggup buat apa sahaja asalkan dapat penuhi apa yang allah nak. sebab sayang sangat ke allah. cinta tahap melampau mokhsyanya.

tetapi...

as time goes by... baru aku sedar. ada lagi jahiliyahnya. jahiliyah hati. yang mana, untuk aku merasai semual perasaan pertama itu, pengorbanan yang lebih besar perlu diambil. treshold perasaan pertama itu semakin meningkat sehinggakan menuntut suatu mujahadah yang super saiya tahap ke-tak-tahu-lah-apa-tahap-paling-terer. sebab hidup kita ini, bukanlah mendatar. ia adalah satu pendakian. daki gunung? mungkin. 

dan setiap tahap gunung itu, berbeza tekanan udaranya. yang menuntut kita untuk berusaha lebih untuk survive. yang menuntut kita meninggalkan beg-beg berat kita sikit demi sikit. sehingga kita berjaya sampai ke puncak. dan melihat matahari terbit. indah bukan?

macam dnt ini. satu pendakian. semakin lama kita di jalan ini, semakin hebat ujian dan onak durinya. yang menuntut mujahadah yang lebih untuk tetap tsabat. yang menuntut kita untuk mengikis sikit demi sikit karat-karat jahilyah hati yang masih bersisa. sehingga ke akhir perjuangan kita, jannah. dan melihat wajah allah. bahagia bukan?

tetapi,... macam mana sahabat-sahabat dulu boleh mokhsya ja?!

mungkin kerana keinginan mereka yang kuat [iradat qawiyyah]. keinginan yang kuat kepada allah itu. sehingga nama mereka harum mewangi sepanjang zaman. 

pesanan seorang murabbi ketika aku berjaulah ke mesir,

''selarikan amal luaran dengan amal hati supaya dapat menyucikan jiwa dan membersihkan hati dalam menyampaikan risalah allah.''


p/s: murabbi-murabbi sekalian, doakan. T_T

one who speaks to the others is speaking to oneself.

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...