Sunday, November 28, 2010

ambiguity

salam a'laikum.

sorry for the silence.
it had been a while since i last opened this web.
yeah, even facebook, nothing to be done with it.
except for stalking others. ha ha ha.

tomorrow's gonna be math SL paper 1 and paper 2. hurm... insya-allah, i'll try my best.

when it comes to exam, everyone will be like "ya allah bantulah hambaMu ini". well, same goes to me. but then, when we are not in exam mode, "wah! akulah yang terhebat!".

we use exam as a tool to seek for Allah's blessing or we use Allah's blessing as a tool to sit for exam?

hurm...


think about it?

insya-allah i'll continue this entry later.

gtg. salam!!!

p/S: to KMBians, all the best.

Saturday, November 20, 2010

ibu bapa.

salam a'laikum...

leteran seorang kakak kepada adik-adiknya.

"korang kena belajar rajin-rajin. kasik dapat markah hebat-hebat. kesian mama ngan papa keje susah-susah. ingat belaja lagi susah ke dari keje?"

tapi, apa respon...

sadis... sadis.. sadis...

mata dijulingkan. focus hanya pada laptop.

terasa pedih di ulu hati.

tiba-tiba terkeluar pertanyaan yang tak dirancang pun.

"macam mana one day mama tak balik rumah? eksiden? bila lagi korang nak buat mama happy?"

adik-adik masih buat tak tahu.

ini kerana mereka tidak tahu.
tidak-tahu.
dua perkataan tersebut menjadi penghalang segala-galanya.

mereka tidak tahu betapa peritnya kehilangan seseorang yang amat disayangi.
mereka tidak tahu sakitnya menghantar jenazah ke tanah perkuburuan.
mereka tidak tahu deritanya untuk menerima pemergiannya dengan hati yang redha.
mereka tidak tahu.

sahabat-sahabat,
hargailah mereka yang anda sayangi. please!
especially ibu bapa.
sayangai mereka sepertimana mereka berhak disayangi.
kerana kita tidak tahu, bila akan tiba masa mereka. masa kita.

ya Allah, rindunya aku pada Jannah-Mu.
semoga jannah bahagia di sana.

Friday, November 19, 2010

in 9 days...

salam a'laikum.

hurm.. exam is near.
even though it is the 3rd semester exam.
which everyone considered it as tak-score-exam-ni-pon-takpe-sebab-tak-include-dalam-pape-result-pon-better-focus-on-ee-ia-tok.
but for me, it is huge!
if i fail or get lower grades tham sem 2, something bad is gonna happen.
huhu...
doa, usaha, istiqamah, tawakal.
see!! must work hard first, then you can tawakal!!!!
not when is only left 5 more minutes till exam starts. duh~~~

ya allah, permudahkanlah perjalanan hidupku. please...

Thursday, November 18, 2010

romanticism

salam a'alaik.

nothing much to be shared.
just that,

harun yahya had really made me think, rethink actually.

"there is a subtle danger that leads people away from religion, prevents them from submitting to God as their Lord, adn ultimately, brings numerous other forms of trouble and distress upon them. this danger is romanticism, which leads people to live, not according to their reason, but according to their emotions; that is, according to their desires, hatreds, their susceptibility to temptations and their whims."
[Yahya, Harun (2002), Romanticism: A Weapon of Satan. India: Millat Center; page 13]

all of the time, when we use our emotions to judge something, it will end up --> UGLY. ugly i tell ya. not only you'll loose the lovable people around you, but also yourself. your are just trying book a place in hell. don't you want to live happily ever after? in jannah? i do.

yeah. sometimes we fall in love. well, that is what we call fitrah. but ain't now is too early? as if belasan tahun. ok.. i know, 19 already. this upcoming january... no more number 1 infront of my age. gotta accept that. but come on brothers and sisters! life is more than just falling in love. life is much more than that. open your eyes! please.

this is a piece of puzzle from usrah last week. which i didn't manage to attend due to ..... [no need for me to mention here]. asifah adik2.

let me ask you. what do you see infront of you right now?
your answer?
---------------------------------

perhaps you gonna say, it's a dot. tinie tiny dot. a black dot to be more precise.
wow! brilliant! marvellous vision.

but... what actually DID i asked you?
isn't it "what do you see INFRONT of you right now?"???
instead of saying a laptop, or a wall, or even a huge plasma tv... you said "there's a dot".
[to whom had answered other than 'a dot' at the first place, WELL DONE. alhamdulillah...]

see, we tend to see small things instead of the huge, numerous, enormous, gigantic stuffs in front of us. yes, love is important. but to what extend? love towards different gender, it is not a crime. it is fitrah right? but... why? i saw in newspapers, tv... babies are everywhere. in the dumpster, toilet bowl, pile, street, wrapped in newspapers, bitten by dogs, etc. those are CRIME! murderers! is this the ummat that Allah promise Heaven for them???? O Allah, forbid this from happenig to any of us.

no one can find true love. unless that love is originated from Allah. unless that love is based on searching for His blessings. uhibbukumfillah. is that right?

life is only once. appreciate it. don't stop searching for His blessings until you are very sure that you will end up in jannah.

Wednesday, November 17, 2010

terjadi;

nak berubah.
menjadi lebih baik.
define 'baik'.
argh! S E R A B U T~!

Sunday, November 14, 2010

spread the LOVE

location : kmb concourse
time : before Creative Club meeting

melihat dunia.
sedih.
jahiliyah tersebar luas, pantas.
apa mampu aku lakukan?
aku hanya seorang pelajar.
bukanlah seorang perdana menteri yang 'hebat' mencanang-canangkan Economic Transformation Programme.
hanyut, lemas dibawa arus modenisasi sehingga alpa terhadap pengakhiran yang pasti.

kadang-kala, tanpa saya sedari... saya turut lemas. berusaha untuk menyelamatkan diri dari penipuan dunia ini. namun, karat-karat jahiliyah yang setia menemani, menjadi pemberat yang berusaha sehebat mungkin untuk menarik saya jauh dari jalan yang lurus. ya, dunia memang indah. tapi, sadarkah kita bahawa syurga keindahannya berjuta-juta ribu ratus puluh indah dari dunia ini?

hurm... sepanjang dua minggu lepas, saya lemas dalam IOC [interactive oral commentary]. mengkaji puisi-puisi pilihan karya Usman Awang atau nama sebenarnya Wan Osman bin Wan Awang. salah satu puisinya termasuklah Kelopak Rasa. mengisahkan tentang keinginan penyajak berkongsi kebahagiaan dengan semua orang kerana dia yakin bahawa semua orang, tidak kira miskin mahupun sebatang kara, berhak merasai kebahagiaan. selain itu, penyajak berpendapat bahawa tidak semua orang dikurniakan rasa nikmat bahagia dan menjadi satu tanggungjawab buat sesesiapa sahaja yang telah mengecapi kebahagiaan untuk menyebarkan dan berkongsi rasa indah tersebut dengan orang lain.

Jika rasa ini seperti angin malam
bertiup dari laut dan gunung
melampaui tanah-tanah subur dan ladang menghijau
hati ini akan menghembuskan bahagia yang melimpah
bergetar bagai riak di tasik hati bulan cherah
kepada setiap benda supaya semua sama menchechah.

Ambillah sebahagian dari rasa ini, terimalah
seperti hati yang kini mengerdip terserlah
keringkanlan airmatamu, setitis jangan tumpah
biar kolam derita kering dan tak seorangpun
meski pengemis di bawah jambatan dan lorong
merasa sepi dan menatap dunia serba kosong.

Dari sekuntum bibir dan sepasang mata hitam
bertunjang erti rasa; pedih-duka bahagia-ria
Itulah alam hati yang menumbuhkan pohon rasa
kelopak demi kelopak menjelma meniti musimnya.

Bahagia anugerah keramat, alangkah manisnya pagi
datang mendakapku dan biarlah ia selamanya menyanyi
pada setiap bibir dan hati
dengan megahnya mengukir kehalusan rasa.

Kuala Lumpur, April 1964

Sumber : Puisi-puisi Pilihan Usman Awang

namun, apabila saya menghayati [ceh.. menghayati gitu...] sajak tersebut, rupa-rupanya ada terselit mesej tersirat. definisi 'kebahagian' di sini merujuk kepada kefahaman dalam agama. kerana...

man yurudillah hu bihi khairan yufaqqihu fiddeen
[barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan untuknya, Allah berikannya kefahaman dalam agama]

tidak semua orang dikurniakan kebahagiaan begini. hanya yang terpilih sahaja, kerana itulah perkataan 'anugerah keramat' digunakan. namun, setiap perkara yang datang dengan harga. kefahaman yang dikurniakan oleh Allah bukanlah untuk disimpan dalam laci dan dibuat cenderamata. ataupun, disimpan dalam hati untuk kegunaan diri sendiri. tapi disebarkan kepada orang lain, agar mereka turut merasai betapa bahagianya menyedari hakikat penciptaan kita sebagai seorang khalifah dan abid. hal ini demikian kerana tidak semua orang dapat merasai 'kebahagiaan' tersebut sehinggakan mereka terjebak dalam kebahagiaan yang tidak sepatutnya. na'uzubillahiminzaleek. sudah menjadi tanggungjawab buat mereka yang sudah mengecapi 'kebahagiaan' tersebut untuk berkongsi dengan yang lain. nak masuk syurga bukan seorang diri [nanti bosan], nak masuk syurga ramai-ramai kan?!!!

selalunya lah kan... bila kita tengok mereka-mereka lemas dalam kemelut jahiliyah, we tend to hate them instead of what they did. huh~~ apakah ini? jalan sebelah-sebelah, buat muka macam nak kena tumbuk. pergi DS, mulut berkata-kata tapi sekadar telinga sendiri yang mendengar. balik hostel lepas ambil dobi, mata melihat... hati menjerit sekuat hati memberi peringatan. tapi sekadar menjerit dalam senyap. kalau perkara ini berterusan, macam mana sahabat-sahabat kita nak tahu apa yang mereka buat itu Allah tak suka? salah siapa sekarang? mereka yang tak tahu, atau kita yang tahu? jawap jawap... come on!!

saya faham, kadang-kala bukan tak nak menjalankan amarmakruf nahimungkar itu sendiri. cuma keberanian semakin pudar. selain itu, mind set pun menjadi Tembok China yang melemahkan semangat untuk mengajak semua orang masuk syurga sama-sama. pemikiran yang mengetengahkan semangat "hidup aku, hidup aku. hidup kau, hidup kau. selagi kau tak kacau hidup aku, aku tak kacau hidup kau." ya, kubur kita lain-lain. tak berkongsi pun. tapi, kubur nanti sebelah-sebelah kan? hurm...

tersebutlah suatu kisah,

pada suatu hari, selepas tamat Remedial Class Biology, Sumayyah dan sahabat-sahabatnya berjalan pulang dari blok akademik menuju ke blok asrama. dalam perjalanan pulang, mereka melalui satu kelas yang mana di dalamnya wujud seorang lelaki... dan seorang perempuan. setiap langkah melintasi kelas tersebut diiringi dengan pandangan yang tidak disedari oleh mereka di dalam kelas tersebut. dalam hati sumayyah, dia tahu perkara itu Allah tak suka. tapi, takut. takut nak tegur. takut nanti mereka terasa hati. sebab mereka berdua itu, kawan sumayyah. langkah diteruskan juga dengan rasa beban yang amat berat. kaki terasa begitu lemah untuk terus melangkah pergi membiarkan sahabatnya terus menempah kemurkaan Allah.

dengan lafaz Bismillah ar-rahman ar-raheem sumayyah memberhentikan langkahnya dan patah balik menuju ke arah kelas tersebut.

"assalamualaikum..." sambil sumayyah mengukir senyuman.

"waalaikumussalam..." balas mereka serentak.

"sya, zack. kamu tengah study ke?" cuba bersangka baik.

"ha'ah... bincang paper chemy. markah sya sadis la mai," syazana mengadu.

"oooo..." sumayyah masih memikirkan apa yang ingin diperkatakan. seboleh-bolehnya dia ingin berada di kelas tersebut selagi mana mereka berdua sahaja di dalamnya. selepas memberi isyarat kepada sahabat-sahabatnya yang sedang menunggu di tangga supaya pulang dahulu, sumayyah melangkah masuk dan menyertai perbincangan mereka. meskipun, mukanya terasa bahang menahan malu kerana menyibuk, namun, dia tahu dia punya tanggungjawab.

"Allahu akbar, allahu akbar!"

azan asar berkumandang. sumayyah mengajak syazana pulang.

"sya, jom. dah asar nih. nnti ada frisbee practice. zack kitorang balik dulu. thanks sebab kongsi ilmu dengan kitorang. semoga Allah memberkati kamu. ma'assalamah"

sumayyah dan syazana melangkah keluar beriringan. meninggalkan zack seorang dalam kelas mengemas apa yang patut. tiba-tiba, tangan sumayyah dipeluk erat. air mata syazana membasahi lengan baju kurung sumayyah.

"aik, kenapa pulak nih sya?" sumayyah bingung.

"thanks mai. sebab tak tinggalkan sya." tersedu-sedu syazana membalas.

"tinggalkan sya? kat mana pulak mai nak tinggalkan sya?" sumayyah pura-pura tak mengerti.

"mai... sya tahu. sya perasan je mai lalu kelas sya tadi. sya dengar je apa yang classmates mai bisik-bisik. tapi sya buat donno je, panas hati dengar. tapi, tiba-tiba mai datang temankan sya. sya tahu mai sengaja. mai otai chemy kot! mane la nak bincang paper lepas-lepas. mai buat-buat tak tahu apa yang kitorang bincang. padahal, mai tahu je." semakin deras air mata sya.

"sya..." sumayyah cuba memujuk.

"mai. selama ini, sya sedar, sya tahu je apa sya buat tadi tak manis dipandang orang. tapi, tak ada siapa-siapa yang ingatkan sya. lagi sya dikutuk adalah. lagi la sya rebel!!! tapi mai tak tinggalkan sya. sebab sya tahu, mai sayangkan sya. mai ambil berat pasal sya. mai tak nak sya masuk neraka kan?" syazana menyambung kata-katanya.

"sya, kalau kita dah sayangkan seseorang itu, mesti kita nak yang terbaik untuknya kan? dan mai sayang sya bukan sekadar sayang biasa. mai sayang sya kerana Allah. mai hanya mengharapkan persahabatan kita ini diredhai allah. mai suka apa yang hilal asyraf tulis dalam buku sinergi." sumayyah cuba menerangkan.

"Kalau kau terjun ke dalam neraka sekalipun, aku akan terjun juga, untuk tarik kau semula, agar kita dapat berpimpin tangan masuk ke syurga."

"kita masuk syurga sama-sama nak, mai." syazana membalas sambil memeluk erat sumayyah.

"jom, nanti kat syurga kita dapat tengok Allah yang menciptakan kita. tak sabarnya mai nak tengok Pemilik kuasa terhebat yang menuipkan roh kita semua." bisik sumayyah sambil mengalirkan air mata kesyukuran.

hurm... seronokkan kalau perkara ini betul-betul terjadi. insya-allah... sebenarnya cerita di atas adalah kisah benar. saya ada touch up sedikit. ^_^ tapi yang pentingnya, apa yang saya cuba kongsikan ialah... manusia punya hak untuk ditegur dan dinasihati. tunaikanlah hak mereka. jangan biarkan ketakutan kehilangan sahabat kerana menegur, menghalang kita daripada menyelamatkan mereka dari kemurkaan Allah. [peringatan untuk diri sendiri juga]

Saturday, November 13, 2010

homey. sayang allah.

alhamdulillah...
finally.
i'm home.
all praises to allah.

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...