Wednesday, September 29, 2010

terlalu dissolve dengan IB; macam mana nak buat keputusan hah?

salam a'laikum ^_^

kesibukan dunia menghentam iman.

bagi sesiapa yang tidak pernah mengambil diploma International Baccalaureate [IB saya mengharapkan kamu-kamu tidak berfikiran yang kurang betul tentang para pelajarnya termasuklah kami, di KMB. saban hari bergelumang dengan kesibukan dunia dan ada antara kami yang terlalu 'dissolve' dalam IB sehingga alpa tentang matlamat hidup seorang muslim; abid dan khalifah.

kakak-kakak selalu pesan. sem 3 ini paling mencabar. betul. mencabar dari segi hati dan iman. mencabar apabila kita ingin membuat sesuatu keputusan. cabaran yang hebat sehinggakan kita tidak mampu untuk menghadapinya seorang diri. apabila diri sedang bersendirian, maka minda ini akan mula beroperasi secara kurang normal sehinggakan berfikiran yang bukan-bukan.

"dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk dan Allah memurkai dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka Jahannam. Dan (neraka Jahannam) itulah sejahat-jahat tempat kembali."
[Surah al-fath, 48:6]

seorang diri. tidak berteman. iman futur. kepala pusing. hati resah. fikiran serabut. syaitan akan datang mencucuk. oleh itu, keputusan yang dibuat bukanlah berdasarkan kebergantungan kita kepada Allah. kerana keyakinan kita sendiri akan goyah.

apabila hati ini telah dipenuhi dengan cinta kepada dunia, maka bagi tahu saya, adakah masih wujud ruang untuk cinta Allah bertakhta dalam hati kita? ada kah? hah? hah????

analoginya. kalau satu botol yang berisi air mineral yang suci bersih berseri, tiba-tiba diisi dengan air kopi yang pekat tahap melampau. kita nampak lagi tak kejernihan air mineral dalam botol tersebut? nampak ke? hah? hah???? tak kan? walau sebanyak mana air mineral kita top up dalam botol itu pon, warna kopi yang hitam legam itu akan masih kelihatan.

botol ibarat hati kita.
air mineral ibarat cinta Allah.
air kopi ibarat cinta dunia.

kalau hati kita sudah terisi dengan cinta kita kepada dunia, macam mana cinta Allah berkuasa? sebanyak mana kita nampak cinta Allah pun [nikmat Allah], tapi kalau hati kita masih melekat kepada cinta dunia, tidak berguna juga.

"Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya..."
[surah al-ahzab, 33:4]

oleh itu, kebergantungan kita kepada Allah amat penting dalam membuat sesuatu keputusan. untuk kita rasa bergantung kepada Allah kita haruslah bercinta dengan Allah. untuk bercinta dengan Allah, terlebih dahulu kita perlu kenal Allah. siapa Allah? Dialah yang telah menciptakan kita dan mencintai kita sepenuhnya, Maha Penyayang.

usia cinta lebih tua daripada dunia.

kenapa ek?
bukan dunia ini wujud dulu baru manusia ada. lepas itu barulah wujud cinta di muka bumi ini.

bukan....

sebenarnya, atas dasar cinta kepada kitalah Allah telah ciptakan dunia ini untuk kita. jadi, betullah cinta lagi tuakan? cinta apa? yang pasti bukan cinta manusia. tapi cinta Allah.

kenapa ah?

kerana atas dasar cinta lah, Allah menciptakan dunia ini untuk makhluk-makhluknya terutama kita. kita!!! tak ke rasa amat dihargai? dunia ini.. dunia!! untuk kita!! Allah cipta dunia ini untuk kita kawan-kawan.... betapa sayangnya Allah dekat kita.

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. "
[surah al-baqarah, 2:30]

tapi apa kita dah buat dengan dunia? kita utamakan dunia dari Allah. sedihkan? kita lebih cintakan dunia dari Allah. terukkan?

kadang-kadang bukan niat kita untuk terus 'dissolve' dengan IB, tapi itulah... apabila keputusan yang dibuat bukanlah dipandu dengan keimanan, maka hanyutlah kita. sebab kita buat keputusan bukanlah keputusan yang diredhai allah.

terasa amat sedih apabila sedar yang saya telah membuat satu keputusan tanpa berserah diri kepada Allah. hati dan minda dibelenggu dengan komitmen dunia sampai saya hampir melupakan komitmen terbesar saya pada jalan ini.

tapi, alhamdulillah... Allah telah menghantar sahabat-sahabat dan kakak-kakak untuk kembali memperbetulkan hati saya yang semakin lama semakin jauh dari jalan yang lurus. saya terfikir, sampai bila saya ingin begini? melencong, kemudian kembali betul. terpesong, kemudian kembali lurus. tidak kah saya seharusnya rasa malu dengan Allah? sudah beberapa kali Dia mengetuk pintu hati ini untuk kembali mencintai-Nya sebagaimana seorang hamba harus mencintai Tuhannya. tapi, adakah perkara yang sama akan terjadi kalau hati saya kembali berbolak-balik? macam mana kalau tiba-tiba saya tersenget jalan, dan berterusan senget sampai bila-bila. na'uzubillahiminzaalik.

saya terbaca dalam satu majalah,

kalau kita hilang cinta Allah, bermakna kita sudah hilang segala-galanya.

ya allah, ampunkan dosaku ya Allah. jangan Engkau tinggalkan aku ya Allah.

seorang sister bertanya kepada saya,
"kita sudah lama kan ada kat jalan ini. alhamdulillah. sudah banyak Allah beri kebaikan kepada kita apabila kita berada atas jalan ini. tapi pernah tak kita fikir, apa kebaikan yang telah kita berikan kepada jalan ini?" [a point to punder]

terasa diri ini sangat terhina apabila melihat kembali apa yang telah berlaku. dunia. dunia. dunia. sanggup dilepaskan sesuatu yang disukai dan dicintai Allah, semata-mata kerana dunia?!!! apakah???!!!!

usrahmate saya pesan, semua perkara yang kita nak buat kita kena minta dari Allah. tak kira lah apa-apa pun, sebab semua pun milik Allah. lebih-lebih lagi apabila kita nak buat keputusan. minta kepada Allah [ peringatan untuk diri sendiri juga]. minta minta minta. Allah mendengar segala rintihan kita. cuma kita harus yakin yang Allah sedang mendengar. bersangka baik dengan Allah.

mungkin ini satu fasa yang sedang saya jalani untuk ke fasa yang lebih baik. hopefully. janganlah fasa yang lebih teruk. semoga Allah memelihara kita semua. semoga Allah memelihara cinta kita kepada-Nya. insya-allah.

p/s: maaf kerana lama tidak menulis, well... nikmat DUNYA jgn sesekali kau mengaburi hati aku lagi! please!!!

Sunday, September 26, 2010

faham, tapi terpaksa buat tak tahu.

faith.
please dont go away.
ya allah perkuatkanlah aku.
tolong ya Allah.

Saturday, September 18, 2010

there is no other god for me but Allah

salam a'laikum.

my mother scolded me for wearing those pair of earphones.
well, damaging the eardrums of course!
aren't you grateful of what Allah had given to you? you supposed to take good care of them.
yes, mother.

hurm...
these were what i was listening to.
maa lii rabbun siwah @ sejuta harapan by Da'i Nada.
repeated them for thousands of time!
can't get my heart off the songs.

MAA LII RABBUN SIWAH

Ma li rabbun siwah
I have no god but Him
Tiadalah bagiku Tuhan selain-Nya
Ghaffarun yamhuz zunub
Forgiver erase the sins
Pengampun memadamkan dosa-dosa
Ma li rabbun siwah
I have no god but Him
Tiadalah bagiku Tuhan selain-Nya
Nurun yahdil qulub
A light guide the hearts
Cahaya menunjukkan hati-hati

Ya Allah ‘abdun kathuraz zunubi
O my god, I have a lot of sins
Ya Allah, hamba banyak dosa
Zadat hauni qurobi
My weakness has increase because my sins
Tambahkanlah dekatku dengan-Mu
Minka ilaika qhurubi
From you and to you must I get closed
Dari-Mu kepada-Mu aku kembali

Ya Allah la tahrimni naima
O my God don't prevent me your gifts
Ya Allah jangan haramkanku nikmat-Mu
La tatrukni saqima
Don't leave me ill
Jangan tinggalkanku kesakitan
Ya Mannanar Rahima
You are The Giver and The Merciful
Wahai Maha Penganugerah & Maha Penyayang

Ya Allah Anta ‘Aliyul Qadirul ‘Azimu
O my God you are The Highest, Almighty and The Greatest
Ya Allah Engkau Maha Tinggi, Maha Pengatur & Agung
Ya Allah Antas Samiul Basirul ‘Alimu
O my God you are The Hearer of All, The All-Seeing and The Knower of All
Ya Allah Engkau Maha Pendengar, Melihat dan Mengetahui

Ma li rabbun siwah
I have no god but Him
Tiadalah bagiku Tuhan selain-Nya
Rabbus sama’il udul
The Lord of the sky ( heavens )
Tuhan langit yang rata
Yaghfiru man asoh
Forgive to who disobeys Him
Mengampunkan sesiapa yang menderhaka-Nya
Wa huwal Halimur Rauf
and He is The Forbearing and The Kind
Dan Dialah Maha Lembut dan Memberi Rahmat
Ya Allah Rahmanul lil baraya
O my God He is The Gracious for all creatures
Ya Allah Pengasih kepada manusia
Ghaffaru lil khataya
Forgiver for all sins
Pengampun kepada kesilapan
Wa rajaya huwa hudaya
And my wish is to guide me
Dan harapanku adalah hidayah


Ya Allah irham dho’fi wa hali
O my God mercy my weakness and myself
Ya Allah ampunkanlah kelemahanku & keadaanku
Faqa zanbu ihtimali
I can't stand my sins
Padamkanlah dosa-dosa yang tidaku kusedari
Faghfirli Ya Zal Jalali
O almighty Allah so forgive me
Ampunkanlah daku Wahai Yang Memiliki Keagungan

Ya Allah Antal ‘Azizul Ghafurur Rahimu
O my God you are almighty, The Forgiver and The Merciful
Ya Allah Engkau Maha Mulia, Pengampun & Pengasih
Ya Allah Antal Quddus Salamul Karimu
O my God you are The Holy, The Source of Peace and The Wise
Ya Allah Engkau Maha Suci, Sejahtera & Pemurah

source [english translation]: http://eljundiyy.multiply.com/video/item/34/Maly_Robbun_Siwah_Dai_Nada
source [Malay translation] : http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=20&thread_id=2428

is actually the arabic version of Sejuta Harapan. but don't get me wrong it is not the translation! maa lii rabbun siwab means that there is not other god for me but Him [Allah] @ I have no god but Him. when i listen to this, i can feel that He is watching over me. Guiding me. Protecting me. i think i just insert here the lyrics. really hoping that you guys can feel the same even better. insya-allah. now, another version of the song. the Malay version: Sejuta Harapan. this song the next song in my playlist.

sejuta harapan
yang aku sandarkan
seberkas cahyaMu
untuk terangi jalanku
Ooooo…..
tanpa rahmat ampunMu
tanpa kasih sayangMu
hampa terasa hidupku

Ooooo…
ku ingin bersamaMu
dekat selalu denganMu
bahagia bersamaMu

ya Allah terangilah gelap hitam hatiku
ya Allah sucikanlah hati ikhlas untukMu
ya Allah terangilah gelap hitam jalanku
ya Allah sucikanlah hati ikhlas untukmu

source: http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=20&thread_id=2428

Friday, September 17, 2010

sedang diperhatikan; scary tak?

salam a'laikum.

ah-ha!! pernah tak kamu-kamu semua rasa kamu-kamu sedang diusha? maksud saya sedang diperhatikan dengan penuh minat? scary kan kan?

itulah perasaan yang saya alami selama ini. dan peristiwa semalam telah membuatkan hati saya lagi berdegup-degup. mana-mana saya pergi mesti ada perkara yang berlaku dan membuatkan saya... fuh~~~ konon-konon nak perasaan ada stalker.

semalam saya berjumpa dengan sahabat-sahabat lama. sepanjang perjalanan saya untuk menemui mereka, Alhamdulillah, dipermudahkan. cuma ada beberapa perkara yang berlaku.

masalah 1. Saya sudah lewat, nak naik KTM? apakah kerja kurang waras? RAMAI!!! dan saya serabut ramai-ramai orang. tambahan lagi, ktm kurang cepat.
tak ada masalah 1: ayahanda saya dengan seikhlas hati menghantar saya ke destinasi yang dituju. alhamdulillah saya sampai tepat pada masanya.

masalah 2: Saya dah sampai, tapi sahabat-sahabat saya tak sampai-sampai lagi. Mereka masih menunggu... KTM.
tak ada masalah 2: Saya dapat meluangkan sebanyak-banyak masa saya di MPH. pergh!! seronok. almost sejam.

masalah 3: saya menghadapi kesukaran untuk memilih buku. rambang mata. [buku-buku berkaitan dengan hati+cinta dalam islam]
tak ada masalah 2: hati saya tergerak. kenapa saya perlu ikut trend orang lain yang seronok baca novel-novel cinta islamik sedangkan saya nak baca novel cinta biasa pun, sahabat saya kata macam baca buku teks biologi. tambahan pula, sekarang saya masih lagi mencari-cari cinta yang hakiki, CINTA ALLAH.

masalah 4: saya mahu pulang. takut KTM penuh dengan manusia. saya akan serabut. hati saya sudah gundah gulana.
tak ada masalah 4: saya hanya perlu tunggu KTM selama 4 minit sahaja. dan tak ramai orang pun. siap dapat tempat duduk lagi dalam tren.

masalah 5: lunch tadi saya tak minum air mineral. tekak rasa sangat kurang seronok. tapi, tak sempat nak beli kat mana-mana store berdekatan. mahu yang kurang mahal.
tak ada masalah 5: setelah saya settle down di dalam kereta ayah saya. [ayahanda saya jemput, eceh.. jemput.... saya di KTM], serta-merta saya dihulur sebotol air mineral yang PERGH~~~SEJUK! fuh~~ logo tokak den. siap di offer sepotong buah tembikai lagi. rezeki.

setiap kali saya hadapi masalah, mesti secara lansung mahupun tidak, akan ada pihak yang 'dihantar' ataupun 'dilewatkan' untuk menyelesaikan masalah tersebut.

setiap kali saya hadapi masalah, mesti hati saya digerakkan ke arah yang memberi manfaat kepada saya.

setiap kali saya ada masalah, saya tahu Allah sedang memperhatikan saya.

tak ke rasa diri ini sedang diusha? sedang dipelihara? sedang diperhati oleh Yang Maha Penyayang?

semalam saya betul-betul merasakan super power cinta Allah. mana-mana saya pergi, apa-apa saya buat, bila-bila saya pikir, mesti diiringin dengan kasih sayang-Nya.

sebenarnya masalah-masalah saya itu, adalah nikmat. peluang untuk saya menikmati cinta-Nya sekiranya saya berfikir. dalam al-furqan Allah banyak suruh kita berfikirkan? kan?

contoh lain.

ambil kehidupan ini secara positif. kenapa? kerana Allah telah menulis takdir kita dengan penuh kasih sayang. jadi, logikkah Dia yang kita tahu memang super hebat kasih-Nya, menetapkan sesuatu yang akan merosakkan, memusnahkan , menderitakan hamba-hamba-Nya?

Ali berlari-lari sebab sudah lewat ke sekolah. dia nak lintas jalan raya. tiba-tiba Ali tersepak batu. jatuh tergolek-golek. siku dia berdarah. tapi tahu tak apa ali fikir?
"Ya Allah, Engkau sedang memerhatikan aku. Engkau sedang memberi perhatian lebih kepada aku. kalau tidak Engkau takdirkan aku terjatuh, mungkin aku akan dilanggar kereta tadi. Syukur ya Allah."
disebabkan ali terjatuh, kereta yang sedang memecut dari arah mana entah hanya memberikan impak angin deras kepadanya yang sedang tertiarap di gigi jalan. selamat nyawanya.

Ali jatuh --> tangan berdarah --> sakit --> tak kena langgar --> selamat.
Ali tak jatuh --> tangan tak berdarah --> kena langgar --> cedera parah --> tak selamat.

nak mana satu?

so, apa-apa musibah yang berlaku pada diri kita, anggaplah perkara-perkara tersebut sebagai satu cara Allah nak kita fikir betapa hebatnya kasih-Nya kepada kita.

fa inna ma'al 'usri yusraa. inna ma'al usri yusraa.
[surah al-syarh; 94:5-6]

Wednesday, September 15, 2010

lagu; nasyid. solat; imam. NIAT apa?

salam a'laikum.

saya naknak tanya.
kalau kita dengar nasyid yang memuji-muji kebesaran Allah.
lagu yang menyatakan rindu kepada Allah.
lagu yang mengagumi kesempurnaan rasulullah.
[by maher zain, sami yusuf, raihan, dan lain-lain]

ataupun, bukan setakat nasyid.
kalau lagu yang dinyanyikan oleh sesiapa sahaja.
rock leleh, jazz, dan lain-lain. [maaf saya tak kenal sangat manusia-manusia yang menyanyi kat dalam dunia ini]

cuba kita pikir dan cuba kita tanya diri kita.
kita dengar untuk kita ambil pengajaran atau untuk kita dengar lenggokan suara mereka?
kita dengar untuk menghayati mesej lagu atau untuk kita terpesona dengan kehemseman atau kesantikan mereka?
kita dengar untuk menambahkan iman atau untuk melayan perasaan terhadap orang yang menghasilkan getaran suara yang mengasyikkan itu?
kita dengar untuk mendekatkkan diri kita kepada Allah atau mendekatkan diri kita kepada neraka Allah?

soalan-soalan ini dah lama bersawang dalam kepala saya.
saya dapat koleksi lagu-lagu latest sami yusuf daripada sahabat saya, bella. [bella!! aku tulis nama ko!! hehehe]. including video clips. pada mulanya saya rasa macam tertarik nak dengar lagu sami yusuf ini sebab ramai sabahat saya yang dengar. macam biasa, SAYA TAK PERNAH NAK KISAH SAMI YUSUF ITU SIAPAKAH. saya dengar sahaja. sedap... memang sedap didengar. apabila saya mula mendengar sambil tonton video clips beliau, fuh~~~pergh~~~lagi lah bertambah effect feeling lagu-lagu tersebut. sebab bagi saya, beliau memang sangat menghayati apa yang cuba disampaikan olehnya. selain itu, beliau juga memang macam betul-betul macam orang yang dilamun cinta, CINTA ALLAH.

sampai satu tahap, saya berhenti. saya rasa lain macam.

"aku tengok vidclip ini, nak dengar lagu atau nak tengok sami yusuf?"

"aku dengar lagu ini, nak ingat Allah atau nak ingat sami yusuf?"

ah-ah! zaaaaapppp!!!!!
ya allah, aku bersyukur ya Allah. kalau Engkau tidak menggerakkan hatiku untuk berperasaan sedemikian, pasti sudah jauh aku melencong.

sahabat-sahabat,
senang sahaja perkara-perkara baik diputarbelitkan dan menjadi penyebab kita mendapat kemurkaan Allah. NIAT.

"Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai dengan niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. barangsiapa berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana DUNIA yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin dinikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan."
[h.r. Abu Abdullah Muhammad bin Ismail dan Abul Husain bin Al-Hajjaj]

niat dengar lagu itu kena betul.

kalau niat nak rapatkan diri kepada Allah, insya-allah akan menuju ke arah niat tersebut. kalau niat nak rapatkan diri dengan sami yusuf [contohnya!], akan menuju ke arah niat itu juga, don't worry... tapi... setakat itu sahaja lah. dapat lah sami yusuf itu. just, rugi lah sebab itu hanyalah DUNIA semata-mata. kita naknak cinta Allah kan kan? kita taknak cinta sami yusuf. [eceh--macam lah sami yusuf itu kenal kita. ^_^]

lain kali, lagi senang kalau saya dengar lagu tapi tak kenal siapakah orangnya. ah-HA!!!! boleh kah? hurm... selepas kejadian tersebut, saya convert lagu-lagu youtube yang best-best menjadi mp3. no more vidclips. suci murni. insya-allah. niat harus dibaiki!!!

ha! alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.

contoh lain. ketika dalam bulan ramadhan.

solat kat surau . jemaah. [reminder: ini bukan kes mengumpat. cuma nak ambil pengajaran].

sahabat A: sedaplah suara imam hari ini.
sahabat B: betulah. best-best.
sahabat A: betul-betul feeling la solat tadi.
sahabat B: .....................
sahabat A: siapa ah jadi imam? siapa? siapa? kamu tahu tak?
sahabat B: ....................
sahabat A: kamu nih! dengar tak saya tanya kamu ni.
sahabat B: pada pendapat sayalah kan, saya lebih rela tidak kenal milik siapakah suara yang mengalunkan kalamullah itu daripada mengtidakkhusyukkan solat saya. cukuplah sekadar mengagumi kurniaan Allah kepadanya. tahu siapa yang jadi imam itu, tak menambahkan kekhusyukan pun. kan kan?
sahabat A: ya Allah, betullah cakap kamu. apa saya sedang pikir ini?!

*bukan dialog sebenar.

saya yang memasang telinga sejak tadi, tiba-tiba mengalir air mata saya. ya allah, sungguh senang hati ini terpesong walaupun sedang menghadap-Mu.

p/s: sorry sami yusuf. contoh terdekat. ^_^

Sunday, September 12, 2010

ibu, tak ada pun syurga?!

salam a'laikum.

"ibu, cikgu kata syurga ada di bawah telapak kaki ibu. naknak tengok?"
dengan senyuman si ibu melihat telatah anaknya yang sedang membelek-belek kakinya.
"ibu, tak ada pun syurga."

itulah perbualan yang common antara seorang ibu dan anak yang sudah belajar di sekolah. saya pun pernah bertanyakan soalan yang sama kepada ibu saya. mungkin persoalan yang sama telah ditujuan kamu-kamu semua kepada ibu-ibu tersayang kan kan? ^_^

kenapa syurga di bawah telapak kaki ibu? kenapa bukan kat tangan ke? kat wajah ibu ke, biar terserlah seri ibu itu sikit. kenapa bukan kat poket ibu ke? senang nak bawa ke mana-mana. asal di BAWAH telapak kaki? kalau kat bawah telapak kaki ibu, masa ibu berjalan-jalan, ibu tengah pijak-pijak syurga kankan? kejamnya ibu....

persoalan ini berlegar-legar dalam kepala saya waktu saya sekolah rendah dulu. almaklumlah, lurus. ^_^ . hadis rasulullah yang berbunyi; "al-jannatu tahta aqdamil ummahati".

syurga,
tempat pengakhiran yang terbaik buat kita semua.
tempat yang menjadi impian semua muslim untuk bertemu dengan rabb.
tempat yang sangat mahal harganya sehingga kita perlu membelinya dengan dunia kita.
itu pun, masih tidak cukup untuk membeli JANNAH.

tapi kalau syurga itu hebat, syurga itu best, syurga itu pergh! kenapa ada di bawah telapak kaki ibu? ^_^ . sebab nak kata darjat ibu itu sangatlah tinggi dan power, lagi tinggi and super hebat daripada syurga. sehinggakan ibu berada di ATAS syurga. tengok! betapa mulianya seorang ibu. tapi kita, kita layan tak ibu seperti yang sepatutnya seorang ibu dilayan?

"ah", "uh", "ish", "malaslah", "kejap lagi", "kacaulah", "argh!", dan lain-lain.

kenal tak perkataan seerti di atas ini?
pernah tak terkeluar dari mulut kita dalam sedar atau tidak sedar diri?
kalau pernah, sesungguhnya... hati ibu itu sangat lembut, hanya kemaafan seorang anak yang diharapkannya. tak banyak.

hospital attachment di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah merupakan turning point saya. setelah menyaksikan kelahiran dua orang cahaya mata secara live, baru saya tahu betapa sakitnya, betapa deritanya, betapa payahnya untuk seorang ibu melahirkan anaknya. ketika itu, terbayang wajah Puan Noraini binti Hj. Ujang. betapa banyak perkataan seerti di atas telah saya gunakan dalam kehidupan seharian saya selama ini. ya allah, sungguh saya ini seorang hamba yang tidak bersyukur.

seorang kakak ini, anak pertamanya. sangatlah lama untuk dia melahirkan anaknya. saya dan sahabat-sahabat yang lain dah terkepit-kepit kaki ini bagaikan kami pula yang nak beranak. Alhamdulillah, setelah hampir sejam rasanya, barulah anaknya selamat dilahirkan. saya memang tabik spring toink toink kepada sesiapa sahaja yang bergelar ibu, mama, ummi. mother, mom, mommy, bonda, dan lain-lain. kawan-kawan, bukan senang ibu kita nak lahirkan kita ke dunia ini. antara hidup dan mati. serius semua orang kena tengok delivery baby atleast once in a life time secara LIVE! barulah kamu semua akan betul-betul menghargai ibu kamu.

oleh itu, wajarlah ibu lebih power darjatnya daripada syurga.

mama, ai love yu!

Friday, September 10, 2010

eid-ul fitri

salam lebaran.

salam eid-ul fitri.
taqabbalallahu minna wa minkum.
maaf2 yep.

tatkala melawat nenek saya di tanah perkuburan di kemaman,
air mata ini tidak dapat ditahan.
mengenangkan kembali peristiwa lalu.
suasana; kesedihan.
baru saya tahu.
sukar rupanya untuk melupakan kenangan lama.

nuruljannah binti Ahmad sani
semoga allah mencucuri rahmat ke atas kamu.
sekiranya diizinkan Allah,
cuti KMB sempena KASUKMA,
akan saya dan adik-beradikyang lain pergi menziarahimu.
biiznillah

Monday, September 6, 2010

bertukar!


ramadhan ini jadikanlah madrasah [sekolah] untuk kita menjadi manusia dan hamba yang lebih baik daripada sebelumnya.

paling lekeh pon, kalau sebelum ini kita tak pernah kisah nak kutip sampah di sepanjang laluan perjalanan kita... apa kata, kita mulakan dan amalkan UNTUK SELAMANYA!!!

sahabat saya berkata,
berakhirnya bulan ramadhan, berakhirlah bulan kemunafikan.
hurm.. apakah?
maknanya sepanjang ramadhan ini kita sekadar berpura-pura lah ya?
sekadar H I P O K R I T ? [uhuk~~berdesing telinga mendengar perkataan ini]
hurm... apa-apa perkara yang nak menjadi amalan kita, memang lah kena dimulakan dengan kehipokritan yang teramat sangat. sebab apabila sudah menjadi kebiasaan, amalan-amalan itu akan menjadi satu ketagihan buat rohani kita.

ketagih? hah! bayangkan kalau penagih dadah yang salah gunakan dadah. ketagihannya tahap melampau. cuba kita pula yang menjadi penagih. ah-ha!!! jangan salah paham. kita nak jadi penagih kasih sayang Allah. kita akan buat apa-apa sahaja yang Allah suka semata-mata nak rasai cinta Allah. kita sanggup tinggalkan keseronokan DUNYA semata-mata nak dipandang oleh Allah. kita rela dihina dan dicemuh masyarakat, asalkan kalimah cinta Allah itu dapat dikongsi dengan semua orang.

tadarus, tadabbur, solat sunat rawatib, solat terawih, sedekah, solat dhuha, qiam, zikir, dan sebagainya. masa bulan ramadhan ini, raaamaaii yang baik-baik. pijak semut pun, semut tak mati siap boleh buat shuffle lagi [erk.. apakah? out of topic.] lepas ramadhan? hurm... macam mana ye? soalan ini ditujukan khas buat diri sendiri yang sememangnya amat pelupa dan kurang kesedaran diri.

amat sedih kerana bulan 'kemunafikan' ini akan berakhir.
tapi, adakah dengan berakhirnya ramadhan, kita perlu berhenti menjadi penagih cinta Allah?
ah! tidak!

kalau dulu-dulu, berpuasa sebab dijanjikan seringgit sehari.
kalau dulu-dulu, berpuasa dan beribadah sebab ustazah cakap dapat pahala.
kalau dulu-dulu, berpuasa dan beribadah sebab inginkan syurga Allah yang tersangatlah best.
tapi sekarang, berpuasa dan beribadatlah kerana dambakan cinta Ilahi.

Sunday, September 5, 2010

derita,

salam a'laikum...

setelah beberapa hari saya mencari.
mencari dan mencari.

alhamdulillah, saya ketemu jawapannya.

saya pernah persoalkan, ketika iman ini tahap err.. x ada tahap... futur2.
"Ya Allah, kenapa semua ini terjadi pada aku?"

ujian, dugaan, cobaan.
itu semua memenatkan. hati ini sudah tak mampu nak menghadapi apa-apa halangan lagi.

kerana kasih sayangNya tidak ada sempadan.
kusutan dalam kepala dan hati saya terjawap.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
[asy-syarh, 94:5-6]

kenapa saya perlu persoalkan sedangkan Allah dah janjikan kesenangan ada bersama-sama kesusahan? astaghfirullah... teruknya saya. lepas itu, bertubi-tubi Allah beri jawapan kepada saya. saya terdengar lagu Rahmat Ujian oleh Mestica.


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


hanya yang terpilih sahaja akan mendapat rahmatnya. setiap ujian membuktikan Allah mengasihi hambaNya setiap masa. seandainya diri ini mendapat ujian, akanku panjatkan setinggi2 kesyukuran kepada Allah kerana Dia memilih diri yang hina ini dalam kalangan berbillion-billoin hambaNya di muka bumi ini.

Allah rindu mendengarkan rintihan dan tangisan hamba ini. benar... sudah sekian lama air mata ini mengalir bukan kerana takutkan Allah, tetapi kerana kesusahan hidup dan kesempitan hidup yang dihadapi di dunya ini. ya Allah, sekiranya tidak Kau jentik hati ini untuk kembali sedar bahawa diri ini semakin jauh dari cinta-Mu, sudah pasti... tidak akan kurasai nikmat hidup bernafas sebagai seorang hambaMu ya Allah. tidak akan kurasai kepuasan mengadu-domba kepadaMu ya Allah. tidak akan kurasai nikmatnya merasai cintaMu ya Allah.

segala apa yang berlau pada diri ini seharusnya diterima dengan hati terbuka. walau tersiksa, pasti ada sebab di sebaliknya. kerana...

"Sungguh Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah..."
[an-nisaa', 4:40]

... 4 hal yang telah ditentukan sebelum Allah mengutuskan malaikat meniupkan ruh kepada kita, yakni: rezeki, ajal, amal, dan sengsara atau bahagianya...
[h.r. Bukhari dan Muslim]

Allah telah menetapkan takdir diri ini dengan penuh kasih sayang. Dia Maha Pengasih Maha Penyayang. adakah takdir-takdirNya hanyalah semata-mata ingin menyiksa hambaNya? tidak.. Allah tidak aka menzalimi diri ini. segala takdirnya adalah yang terbaik untuk diri ini. kerana Allah adalah sebaik-baik penyusun. dan siapa lagi yang dapat membantu meleraikan kekusutan dalam diri ini kalau bukan Dia, sebaik-baik penolong. ingatlah, janji Allah itu pasti.

banyak-banyak sabar ya.

*ramadhan dah nak pergi, syaitan-syaitan dah nak lepas. kita sudah bersediakah?

Saturday, September 4, 2010

tired

salam a'laik..

susah kan kalau kita nak ikut permintaan SEMUA orang?
orang ini nak kita buat macam ini.
orang itu nak kita jadi macam itu.

sampai satu tahap saya pikir,
lagi bahagia bila saya ikut permintaan and perintah Allah.
kenapa perlu saya ikut kata2 orang sedangkan kata2 Allah saya tak dapat nak penuhi 100%?

saya penat.
saya tak nak ikut cakap orang lain lagi.
saya penat.
penat.
itu je.

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...