Monday, September 6, 2010

bertukar!


ramadhan ini jadikanlah madrasah [sekolah] untuk kita menjadi manusia dan hamba yang lebih baik daripada sebelumnya.

paling lekeh pon, kalau sebelum ini kita tak pernah kisah nak kutip sampah di sepanjang laluan perjalanan kita... apa kata, kita mulakan dan amalkan UNTUK SELAMANYA!!!

sahabat saya berkata,
berakhirnya bulan ramadhan, berakhirlah bulan kemunafikan.
hurm.. apakah?
maknanya sepanjang ramadhan ini kita sekadar berpura-pura lah ya?
sekadar H I P O K R I T ? [uhuk~~berdesing telinga mendengar perkataan ini]
hurm... apa-apa perkara yang nak menjadi amalan kita, memang lah kena dimulakan dengan kehipokritan yang teramat sangat. sebab apabila sudah menjadi kebiasaan, amalan-amalan itu akan menjadi satu ketagihan buat rohani kita.

ketagih? hah! bayangkan kalau penagih dadah yang salah gunakan dadah. ketagihannya tahap melampau. cuba kita pula yang menjadi penagih. ah-ha!!! jangan salah paham. kita nak jadi penagih kasih sayang Allah. kita akan buat apa-apa sahaja yang Allah suka semata-mata nak rasai cinta Allah. kita sanggup tinggalkan keseronokan DUNYA semata-mata nak dipandang oleh Allah. kita rela dihina dan dicemuh masyarakat, asalkan kalimah cinta Allah itu dapat dikongsi dengan semua orang.

tadarus, tadabbur, solat sunat rawatib, solat terawih, sedekah, solat dhuha, qiam, zikir, dan sebagainya. masa bulan ramadhan ini, raaamaaii yang baik-baik. pijak semut pun, semut tak mati siap boleh buat shuffle lagi [erk.. apakah? out of topic.] lepas ramadhan? hurm... macam mana ye? soalan ini ditujukan khas buat diri sendiri yang sememangnya amat pelupa dan kurang kesedaran diri.

amat sedih kerana bulan 'kemunafikan' ini akan berakhir.
tapi, adakah dengan berakhirnya ramadhan, kita perlu berhenti menjadi penagih cinta Allah?
ah! tidak!

kalau dulu-dulu, berpuasa sebab dijanjikan seringgit sehari.
kalau dulu-dulu, berpuasa dan beribadah sebab ustazah cakap dapat pahala.
kalau dulu-dulu, berpuasa dan beribadah sebab inginkan syurga Allah yang tersangatlah best.
tapi sekarang, berpuasa dan beribadatlah kerana dambakan cinta Ilahi.

4 comments:

Anonymous said...

nak komen sikit. rasanya, kalau kita mengejar2 berlari2 pada jalan Allah... mencari cinta ilahi.. sepatotnya, sikap dan perwatakan kita taklah menibulkan fitnah, rasa menyampah dan benci masyarakat. sebab jalan yang Allah dah reda ialah ISLAM. dan kalau kita betul pegang and faham islam insya-Allah kita akan mempamerkan akhlak yang mannnntttttttaaaaaappppppppp... hehehehe... insya-Allah la kan. ye lah, kita ni bukannya ma'sum mcm Rasulullah SAW kan. tapi... rasanya kita takkan la sampai dicemuh cam dahsyat2 sume.. mmg zaman Rasulullah SAW berjuang dulu mmg ada la gak baginda dicemuh and macam2.. tapi itu kan, mesti dari org yang cam jahat sangat... jahat sangat sangat sangat.. kan3?? wallahua'lam.

Anonymous said...

satu lagi, saudari kata sekarang berpuasa dan beribadatlah kerana dambakan cinta ilahi... kalau cinta ilahi = reda Allah, saya setuju.. tapi kalau saudari maksudkan yang lain.. saya ada kemusykilan sikit la... harap saudari dapat menjelaskan. terima kasih.

keberkatan said...

sememangnya cinta Ilahi lah yang harus kita kejar.
kalau kita cintakan mak ayah kita, pasti kita akan buat yang terbaik, jadi anak yang terhebat,and buat apa2 yang parents suka kan? selagi tak bertentangan dengan agama. sebab apa? sebab kita tak nak lukakan hati mereka and mereka dah banyak beri kita segala-gala seorang anak perlukan.

kalau kita cintakan Allah, pasti kita akan buat sehabis terer apa sahaja yang Allah suka. sebab apa? sebab kita nak hidup dengan keberkatan dan keredhaan Allah. Allah dah beri macam2 nikmat kepada kita. and paling besar, nikmat iman dan islam. sanggupkah kita nak buat apa yang Allah larang, apa yang Allah tak suka apabila kita dah merasai cinta-Nya yang pasti tidak mengecewakan?

insya-allah, cinta Ilahi yang didambakan adalah kerana keredhaan dan keberkataan serta rahmatNya semata-mata. tak salah klau kita berpuasa dan beribadat kerana inginkan syurganya dan takutkan azab nerakanya. tapi pada pendapat saya, kite buat semua itu kerana apa? bukan kerana syurga, bukan kerena neraka... tpi kerana allah yang suruh kita buat semua itu.

insya-allah try search cerita ttg rabiatul adawiyah. mugnkin kebih faham. biiznillah.

*p/s: saudari mengingatkan saya pada seorang sahabat.*

keberkatan said...

segala yang tercoret di blog ini bukanlah daripada saaya. tapi segala ilham datang daripada-Nya. segala pujian hanyalah untuk Allah.

kalau ada pape2 komen yang membina, amat diharapkan... kerana saya seorang hamba yang masih mentah dalam membicarakan tentang kehebatan Allah.

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...