Tuesday, November 29, 2011

kata hati

salam a'laikum.

pernah tak kita cakap,

''kenapa susah sangat mereka ni nak terima islam?''

''apalah masalah manusia ni? keras sangat ke hati?''

''saya dah cuba, tapi dia yang tak mahu terima! not my fault....''

kite mahu menyeru manusia kepada allah. apakah ini yang kita pamerkan? manakah hilangnya kesabaran? manakah hilangnya kekuatan hati? manakah hilangnnya pergantungan kita kepada Allah?

MANA?!!

tidak mungkin tidak kita menunding jari kepada manusia kerana tidak menerima seruan kita. apakah superior sangat diri ini ingin menghukum manusia?! masakan tidak, sudah ada titik-titik hitam. sehinggakan merasakan diri lebih hebat. lebih kool. lebih bergaya dari orang lain. menunding jari? itu sahaja kamu mampu buat?!

mari kita sama-sama bermuhasabah, satu jari ditunding pada mereka... empat atau tiga jari lagi, kepada siapa?

sudah cukup bersihkah encik hati?
sudah cukup luruskah encik niat?
sudah cukup benarkah encik ikhlas?
sudah cukup tegarkah encik iman?

akhirulkalam,
sudah cukup kuatkah kebergantungan diri kepada Allah?

[tunduk kepala, meleleh]
ya Tuhan, apakah aku telah melakukan sebegitu?

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Monday, November 21, 2011

dengar. SEGALANYA!

Salam a’laikum.

[ya, saya ada assignment yang perlu disiapkan MALAM INI jugak. tapi saya rasa ingin meletop sudah... meletop di sini sahaja okayh ^_^]
bismillah ar-rahman ar-raheem...

Dia sentiasa mendengar kan? Segala-segalanya, [and i mean, SEGALANYA!] Dia dengar. 

Walaupun, kita berbisik kat dalam hati pun, Dia dengar juga. Walau kita cakap dalam kepala otak kita saja, Dia dengar juga.

Tatkala melihat seseorang hamba Allah yang begitu dekat hati dan dirinya kepada Allah, saya jeles [oh sungguh tidak kool] dan ingin merasakan apa yang dia rasa. Merasakan kehadiran Tuhan dalam setiap langkahnya. Menyedari kekuasaan tuhan dalam setiap penglihatannya. Merelakan diri menjadi hamba dalam setiap langkahnya. [apakah masalah dia sebenarnya sampai boleh jadi macam itu sekali??!!!] Saya cemburu. dan terdetik di hati, 

‘’Ya Allah, boleh tak aku nak jadi macam dia? Boleh tak bagi aku rasa apa yang dia rasa? apa yang buat dia jadi cinta sangat dekat Engkau?’’

hanya terdetik, der.
Dan Dia mendengar lintasan ini. Meskipun, tangan tidak ditadah. Meskipun,  mulut terkunci. meskipun, kening tidak berkerut-kerut. Dia mendengar.

namun, bukan semudah itu untuk Dia memberikan 'perasaan' tersebut. tidak dijatuhkan dari langit, paaap! tidak. semestinya tidak. tapi, kalau Dia mahu, siapa kata tak mungkin perasaan itu boleh jatuh dari langit berada di hati ini dengan sekelip mata? itu mungkin, Dia boleh buat apa sahaja. dan Dia juga tahu cara yang terbaik untuk mendidik. untuk mentarbiyah. untuk mengalirkan kasih sayang. kepada hambaNya yang perasan kool ini. [-_-'']

satu demi satu. ujian. ujian. ujian.

selesai satu. dapat satu.

selesai lagi. dapat lagi.

dan lagi. [argh!!!!]

sehinggakan saya merasakan penat. penat yang teramat. bukan secara fizikal. tapi hati ini begitu aduh-sakit-lah bertahan dengan ujian-Nya. terduduk jatuh. mengalir air mata.


saya melihat langit. bertanya kepada hati.

''kenapa ya, encik hati? kamu kenapa? kenapa sudah tidak gagahperkasa seperti dahulu?''

hampir seminggu saya keliru. mana hilangnya rasa gagah itu? [hadoih.. ini lah masalahnya, perasan gagah!]. apa silap? mana salahnya? saya mencari jawapan. saya mencari Tuhan. saya mengadu domba kepada Tuhan. seperti seorang anak yang sedih kehilangan duit belanja sekolah, menangis meleleh-leleh kepada ibunya.

''Ya Allah, murkakah Engkau pada aku?'' [menggigil tangan tatkala bertanya Dia dalam tahajjud].

masih tidak ketemu jawaban yang saya perlukan. penat. tidak saya nafikan penat mencari. pernah terfikir untuk berhenti mencari jawapan dan teruskan kehidupan dengan normal. tapi, masalahnya... TAK BOLEH! hadoih... kerana persoalan itu... bermain kejar-kejar police and theif dalam kepala. menggaru-garu hati.

lama... sangat lama.

persoalan itu dijawap. HARI INI. alhamdulillah. [sila menangis hingus-hingus sekarang!]

kerana hati ini perlukan Tuhan.
kerana diri ini pernah meminta untuk merasakan kehadiran Tuhan.
kerana jiwa ini pernah meronta menagih perasaan cinta kepada Tuhan.
ingin cintakan Dia.
kerana... kerana Dia mendengar. Dia mendengar. Dia dengar lintasan hati ini. suatu ketika dahulu.

saya sedar tentang erti pengorbanan. insha-allah saya cuba memahami walaupon tak super mana nak berkorban.
pengorbanan paling besar ialah.... pengorbanan perasaan. yes, P E R A S A A N. 

[ye, perasaan la der!!!! perasaan.. faham dak??]

berlapang dada dengan segala macam benda, segala macam manusia. mendahulukan yang lain, tanpa mengutamakan hati sendiri. [aduh, ini susah. tapi sapa kata tak boleh? sila cuba dulu. jom try sama-sama.]. berkorban perasaan kerana kita sudah punya perasaan yang teragung. iaitu cinta Ilahi. [cakap terer la der!]

berbalik kepada lintasan hati saya yang kat awal-awal itu... baru saya sedar... saya pernah bermonolog. ingin merasakan perasaan cinta itu. dan alhamdulillah, Dia beri. DIA BERI PERASAAN ITU SEMULA. kenapa 'semula'? kerana saya teringat... saya pernah merasakan cinta itu. tapi, cinta itu hilang. entah ke mana. sehinggakan diri ini merasakan seperti robot. bekerja tanpa merasakan nikmatnya bekerja itu. konon-konon 'hidup' sedangkan nyawanya tergantung.

sebenarnya, apa yang saya cuba kongsikan ialah... Allah mendengar segala-galanya. minta sahaja. Dia akan jawap... pada masa, suasana, situasi yang terbaik. sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik. dan kita tidak [tolong jangan perasan tahu pulek, please laa keberkatan!!!]

tidak saya katakan saya sudah merasakan seperti apa yang seseorang [yang diperkatakan kat atas tu] itu rasa. tapi... saya yakin... it is a process. a long continuous process. saya sedang berusaha. mungkin jatuh lagi. tapi... doakan saya bangkit. doa kan. tolong. moga saya terus kuat. moga kita semua terus gagah. insha-allah. gagahperkasa di mata Dia.

maaf sekiranya tidak tersampai perasaan ini.

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Friday, November 11, 2011

short and precise ##

salam a'laikum.

hati yang kosong tanpa allah, maka syaitan akan datang melepak dan berdisko dalam hati itu sehinggakan manusia itu lupa pada erti kemanusiaan dan kehambaan.

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Wednesday, November 2, 2011

langit itu.

salam a'laikum.

langit.

satu perkataan. tetapi memberikan berjuta ratus puluh ribu belas peringatan kepada diri yang hina ini. entahlah. tatkala begitu bingung memikirkan 'perkara-perkara' yang sepatutnya dipikirkan [you know what i mean kan??], saya melihat langit. hendak menadah tangan memohon pertolongan daripada-Nya, diri ini berasa begitu tidak layak untuk menagih apa-apa. masakan tidak, pemberontakan perasaan dan krisis jiwa yang dihadapi membuatkan saya begitu malu kepada Tuhan untuk meminta, dan terus meminta... namun, tidak upaya saya berikan apa-apa untuk menyumbang menegakkan kalimah-Nya di muka bumi ini.

saya teringat kepada bait-bait kata yang pernah terukir di sini,

ingin sahaja aku terbang mencapai kepulan kapas putih.
menggenggamnya erat tidak pula terdetik untuk melepaskan.

namun, begitu sukar dan mustahil untuk awan bebas itu menjadi milik diri.
sekali ku berjaya sentuh, angin bayu laut menghembusnya lari.

aku coba, tidak aku putus harap.
kini, pancaran kilat menjadi tembok pemisah.
aku menantikan perginya awan kumulonimbus dari kaki langit
agar dapat kumencari awan yang hilang.

sampai kini, aku masih berharap.
menggantung seribu pengharapan kepada kuasa Tuhan.
yang bisa berkuasa membelah langit
dan memberikan aku awan terindah
kerna Dialah sebaik-baik Pemberi _____.
 
******************************* 

kini, apa yang sudah lama terbuku dalam diri ini.
 
di saat ini, awan terindah berada di telapak tangan,
lantas aku bingung memikirkan,
''apakah yang akan aku kerjakan dengannya?''
''bagaimana?''
persoalan-persoalan yang berkejaran di fikiran,
sedikit pun tidak terungkai.
 
aku jatuh terduduk,
sendiri.
titisan jernih yang selama ini bersembunyi di sebalik empangan,
bersatu, memecahkan tembok keegoan.

ingin sekali aku pulangkan awan,
ke ufuk langit.
kerana awan itu 'berat'.
sarat.
saban hari aku coba melepaskan,
namun, aku matikan niatku,
kerana tidak kurasakan 'hidup' tanpanya.

berat, tidak kunafikan.
aku hanya mampu,
menengadah ke langit.
tanpa melahirkan sebutir mutiara kata pun,
kerana aku yakin pada-Nya yang Maha Mendengar,
lintasan hati seorang hamba.
aku juga merasakan kehinaan yang melampau,
kerana diri ni sering menjadi beban.

melihat langit dengan mata berkaca dan jiwa penuh pengharapan,
agar terus diberikan kekuatan mengenggam erat awan.
tidak sekali cuba dilepaskan, kerana yakin,
ia memberi aku erti 'hidup'.

 errr... mungkin post kali ini lain sikit bunyinya. mungkin tak ada yang faham pun, sebab tak reti nak menyampaikan. tapi, sangatlah mengharapkan doa semua. agar diri ini terus kuat dan gagah perkasa serta tidak lupa diri dalam usaha menagih redha Ilahi.

 The one who speaks to the others is speaking to oneself.

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...