Thursday, February 16, 2012

ukhti, Dia Maha Tahu.

salam a'laikum.

ya allah, sampaikan lah isi hati ini padanya.
 
allah maha tahu.

walau sedahsat mana kita menyusun kata untuk manusia, allah lebih tahu isi hati kita.
walau segagah mana kita berlagak depan manusia,  allah lebih tahu isi hati kita.
walau berbunga mana status facebook kita untuk manusia baca dan komen-komen serta like-like, allah lebih tahu isi hati kita.
walau sepanjang mana post blog kita, allah lebih tahu isi hati kita.

ukhti yang saya sayang,
kamu kata, ''wajah boleh tersenyum dan senyuman itu disimpan dalam gambar. tapi, hanya Allah sahaja yang tahu secara realiti... betapa sedih dan pilunya hati hamba Tuhan itu.''

jarang saya menulis untuk menyampaikan kata hati ini kepada seseorang. namun, Dia menggerakkan jari ini untuk terus menaip, menaip, menaip. kerana saya sayang kamu, fillah.

maafkan saya kerana kesalahan saya. saya masih belajar. ingin menjadi hamba Dia. namun, saya tersilap langkah. saya terlepas pandang. kononnya sibuk mencari 'permata-permata' baru, saya terlupa akan 'permata' yang sudah lama berada di sisi saya. 'permata' yang indah. 

kamu, menyokong... membantu... mendengar...
tatkala diperlukan mahupun tidak.
tatkala diminta mahupun tidak.

saya tahu, betapa hebat kamu bersangka baik dan bersabar dengan kemerengan saya, kemerengan kami, kamu masih manusia. kamu masih hamba. kamu masih punya hati. kamu punya perasaan.

konon ingin berlari kencang, tapi... angin kencang itu meninggalkan runtuhan-runtuhan dalam hati dan jiwa kamu. seperti si angin taufan, yang hanya datang dan pergi. meninggalkan kerosakan di bumi. hati kamu, luka. tetapi, lambat saya sedar ia berdarah. sehingga menjadi begitu parah.

ukhti yang saya sayang fillah.
kenapa FILLAH ya?
dahulu saya bajet konon-konon faham, tapi tidak. berlagak faham, tapi jahil. saya ingat bila kita sudah bersahabat selepas bertemu di jalan ini, itulah FILLAH. tapi tidak... pertemuan itu hanyalah permulaan pencarian erti FILLAH yang sebenar. 

kerana Allah. saya sayang kamu kerana allah. ukhuwah fillah. ukhuwah kerana allah.

itu hanya terjadi apabila Allah yang menyatukan hati-hati yang suci, untuk satu tujuan. menegakkan kebenaran. dan kebenaran hanya satu, ISLAM. bukan sekadar nak sweet-sweet-gitu. hati-hati yang menjadi pilihan Dia. 

ukhti, nampak sangat, selama saya berukhuwah dengan kamu, hati saya tidak bersih. kotor. sehinggakan Dia menguji ukhuwah ini, untuk membersihkan.

ukhti, dahulu katanya ukhuwah fillah, tetapi...
kamu menangis, saya tidak tahu.
kamu mengadu, saya membisu.
kamu inginkan kebenaran, saya tidak mampu memberi kebenaran.

ukthi, saya masih belajar. saya ingin berubah. berubah kerana Dia. terlalu banyak lopong-lopong dalam diri yang tak mampu saya baiki seorang diri. kamu faham, bukan? 

ukhti, maafkan saya. saya juga terluka. melukakan diri sendiri. merefleksi diri. teruk sangatkah keadaan iman sehinggakan hilangnya sensitiviti saya terhadap hati dan perasaan kamu? entahlah. [-_-]'''

itula... allah maha tahu, bukan? 
Dia lebih tahu sama ada hati saya betul-betul ikhlas menulis ini untuk kamu.
Dia lebih tahu sama ada kata-kata ini lahir dari hati atau pun sekadar ingin bermain-main kata.
Dia lebih tahu sama ada kemaafan yang saya pinta ini, kamu beri atau tidak.

akhir kata, walau apa pun terjadi... insha-allah... saya tak nak lepaskan kamu. kerana saya yakin, Dia menghantar kamu kepada saya dengan sebab yang kukuh. bukan sia sia pertemuan kita di bumi ini. kamu, tak akan saya lepaskan. kerana saya yakin, kamulah antara hamba-hambaNya yang akan menarik saya sekiranya saya terjatuh. yang memapah saya jika saya tersungkur. yang membangkitkan saya tatkala iman futur.

gelak tawa kamu, senyuman kamu, kewujudan kamu, masakan kamu, cerita kamu, celoteh kamu. saya rindu. :'(

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Sunday, February 5, 2012

kembara hati saya di bumi uk.

Salam alaikum. 

Kembara hati yang begitu membekas. Saya melihat hati-hati yang gagah. Hati-hati yang benar-benar gagah. Sisters saya di mana jua mereka berada, kamu yang saya sayang, memang gagah. 

Merefleksi diri sendiri. Segagah mana iman saya pula?

Lima hari saya di bumi uk. London-Cardiff-Warwick-Liverpool. Subhanallah. Hanya Dia yang dapat memahami betapa luluh hati ini melihat sendiri keadaan adik-beradik saya di sana. Mereka struggle. Sangat. Sedangkan saya di sini, masyaAllah... Mungkin boleh campak ke laut bagi ikan paus telan. Himmah mereka, kekuatan mereka, kesabaran mereka, ketabahan mereka, kesunyian mereka. Membuatkan saya merasakan, ya allah... Betapa kufur nikmatnya aku ini! 

Dublin, bumi tarbiyah. Namun, apa perubahan yang telah saya buat? Bukankah tarbiyah itu mengubah? Bukankah? Acapkali berjabat, acapkali tangan merangkul jasad mereka, saya dapat merasakan betapa mereka berusaha untuk terus kuat di sana. 

Mungkin mereka tidak tahu, tetapi setiap kali tangan ini dihulurkan... Doa saya iringi. 

Ya tuhan... Salaman tangan ini bukan yang pertama dan bukan yang terakhir. Pelukan ini bukan pelukan kosong. Alirkan keyakinan mereka kepada kami. Kami perlukan Mu. Pelihara ukhuwah ini. Kerana aku ingin bertemu dengan mereka di jannahMu. 

Setiap kali tangan ini melambai, pergi meninggalkan mereka.... Mata ini tidak mampu menampung airmata. Hati ini tidak mampu menampung rasa rindu. Jiwa ini meronta-ronta tidak mahu. Tapi apakan daya, Dia suruh pergi. Medan saya bukan di sana. Medan saya di sini. Betapa hati ingin lompat keluar bas, keretapi, kapal terbang.. Untuk terus berada dalam dakapan mereka. Kerana dalam dakapan itu, saya rasa kuat. Dalam dakapan itu, saya rasa supersaiya. Dalam dakapan itu saya tahu, saya bukan seorang diri. 

Tidak saya nafikan, hati ini takut untuk pulang ke sini. Dublin. Hati ini sangat takut. Seandainya perkara yang sama saya ulangi. Khilaf yang sama saya iringi. Kotoran hati yang serupa saya persembahkan kepada Dia dalam solat. 

Saya ingin menjadi hamba. Hamba yang sedar erti kehambaan. Hamba yang menyayangi hamba Dia yang lain, bukanlah kerana cinta manusia... Tapi menharapkan cinta dari Dia. 

Ukhuwah fillah itu... Adalah apabila hati-hati yang benar kefahamannya, benar kesuciannya, benar keikhlasannya... Dipertemukan oleh allah. Untuk memperjuangkan kalimah Nya. FILLAH. Itu bukan perkataan main-main la der... Allah itu superb. Takkan lah ukhuwah FILLAH itu hanyalah untuk bende-bende yang sweet sweet je? Ukhuwah itu datang dengan tanggungjawab. Sama-sama usaha, sama-sama struggle... Tangisan yang sama meskipun jauh, dakapan yang sama meskipun abstrak, perjuangan yang sama meskipun perjalanan kita lain batu kerikil dan onak durinya. 

Saya takut. Tapi Dia kata, 

"katakanlan wahai muhammad, apabila hamba Aku bertanyakan tentang Aku, katakanlah bahawasanya Aku dekat. Dan Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Aku. Maka hendaklah mereka memenuhi perintah Aku dan beriman agar mereka mendapat petunjuk." (2:186) 

Saya tersandar ke dinding. Melihat langit. Ya allah, aku fikir Engkau jauh di sana. Tapi sebenarnya Engkau ada dekat sangat dengan aku. 

Teringat saya pada satu sabda baginda s.a.w. 

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tuhan Kami, Pemberi Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap  malam hingga ke langit yang paling dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3 malam dan Dia berfirman ; Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu, akan Aku ampunkan. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. 

Subhanallah... Air mata mengalir deras. Tidak tertahan. Mengenangkan dosa maksiat yang dilakukan. hina. Mennginsafi ketaatan yang tidak saya lakukan. rugi. Astaghfirullah... 

Dan Dia kata lagi, 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (39:53) 

Seorang sister, dia berkata. Apa yang dah berlaku... Telah berlaku. Yang penting kita terus ke hadapan. Allah tak tengok apa yang kita dah buat, tapi Dia tengok apa yang kita akan buat utk membaiki kesalahan yang kita telah lakukan. Benar. Dia tahu saya lemah. Dia tahu saya tak gagah. Dia tahu saya. Sebab itu Dia beri saya ujian untuk saya struggle. Dia beri ujian untuk saya sedar. Dia beri ujian untuk saya faham. Dia beri ujian untuk saya belajar ikhlas. Dia beri ujian untuk saya kenal cinta. Cinta Dia dan cinta dia dan cinta mereka.

insha allah, kembara hati ini akan diteruskan. mencari apa apa sahaja cara untuk membersihkan hati. mensucikan niat. hanya kerana Dia. susah der, tak tipu. tapi tak tahu kenapa... saya nak jugak! tak kire!!!! doakan. tolong. membawa diri ke bumi jordan tak lama lagi. mencari. mencari bekal. doakan. :')

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...