Salam alaikum.
Kembara hati yang begitu membekas.
Saya melihat hati-hati yang gagah. Hati-hati yang benar-benar gagah. Sisters saya di mana jua mereka berada, kamu yang saya sayang, memang gagah.
Merefleksi diri sendiri. Segagah mana iman saya pula?
Lima hari saya di bumi uk. London-Cardiff-Warwick-Liverpool. Subhanallah. Hanya Dia yang dapat memahami betapa luluh hati ini melihat sendiri keadaan adik-beradik saya di sana. Mereka struggle. Sangat. Sedangkan saya di sini, masyaAllah... Mungkin boleh campak ke laut bagi ikan paus telan.
Himmah mereka, kekuatan mereka, kesabaran mereka, ketabahan mereka, kesunyian mereka. Membuatkan saya merasakan, ya allah... Betapa kufur nikmatnya aku ini!
Dublin, bumi tarbiyah. Namun, apa perubahan yang telah saya buat? Bukankah tarbiyah itu mengubah? Bukankah?
Acapkali berjabat, acapkali tangan merangkul jasad mereka, saya dapat merasakan betapa mereka berusaha untuk terus kuat di sana.
Mungkin mereka tidak tahu, tetapi setiap kali tangan ini dihulurkan... Doa saya iringi.
Ya tuhan... Salaman tangan ini bukan yang pertama dan bukan yang terakhir. Pelukan ini bukan pelukan kosong. Alirkan keyakinan mereka kepada kami. Kami perlukan Mu. Pelihara ukhuwah ini. Kerana aku ingin bertemu dengan mereka di jannahMu.
Setiap kali tangan ini melambai, pergi meninggalkan mereka.... Mata ini tidak mampu menampung airmata. Hati ini tidak mampu menampung rasa rindu. Jiwa ini meronta-ronta tidak mahu. Tapi apakan daya, Dia suruh pergi. Medan saya bukan di sana. Medan saya di sini. Betapa hati ingin lompat keluar bas, keretapi, kapal terbang.. Untuk terus berada dalam dakapan mereka. Kerana dalam dakapan itu, saya rasa kuat. Dalam dakapan itu, saya rasa supersaiya. Dalam dakapan itu saya tahu, saya bukan seorang diri.
Tidak saya nafikan, hati ini takut untuk pulang ke sini. Dublin. Hati ini sangat takut. Seandainya perkara yang sama saya ulangi. Khilaf yang sama saya iringi. Kotoran hati yang serupa saya persembahkan kepada Dia dalam solat.
Saya ingin menjadi hamba. Hamba yang sedar erti kehambaan. Hamba yang menyayangi hamba Dia yang lain, bukanlah kerana cinta manusia... Tapi menharapkan cinta dari Dia.
Ukhuwah fillah itu... Adalah apabila hati-hati yang benar kefahamannya, benar kesuciannya, benar keikhlasannya... Dipertemukan oleh allah. Untuk memperjuangkan kalimah Nya. FILLAH. Itu bukan perkataan main-main la der... Allah itu superb. Takkan lah ukhuwah FILLAH itu hanyalah untuk bende-bende yang sweet sweet je? Ukhuwah itu datang dengan tanggungjawab. Sama-sama usaha, sama-sama struggle... Tangisan yang sama meskipun jauh, dakapan yang sama meskipun abstrak, perjuangan yang sama meskipun perjalanan kita lain batu kerikil dan onak durinya.
Saya takut. Tapi Dia kata,
"katakanlan wahai muhammad, apabila hamba Aku bertanyakan tentang Aku, katakanlah bahawasanya Aku dekat. Dan Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Aku. Maka hendaklah mereka memenuhi perintah Aku dan beriman agar mereka mendapat petunjuk." (2:186)
Saya tersandar ke dinding. Melihat langit. Ya allah, aku fikir Engkau jauh di sana. Tapi sebenarnya Engkau ada dekat sangat dengan aku.
Teringat saya pada satu sabda baginda s.a.w.
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tuhan Kami, Pemberi Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap malam hingga ke langit yang paling dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3 malam dan Dia berfirman ; Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu, akan Aku ampunkan. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Subhanallah... Air mata mengalir deras. Tidak tertahan. Mengenangkan dosa maksiat yang dilakukan. hina. Mennginsafi ketaatan yang tidak saya lakukan. rugi. Astaghfirullah...
Dan Dia kata lagi,
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(39:53)
Seorang sister, dia berkata.
Apa yang dah berlaku... Telah berlaku. Yang penting kita terus ke hadapan. Allah tak tengok apa yang kita dah buat, tapi Dia tengok apa yang kita akan buat utk membaiki kesalahan yang kita telah lakukan.
Benar. Dia tahu saya lemah. Dia tahu saya tak gagah. Dia tahu saya. Sebab itu Dia beri saya ujian untuk saya struggle. Dia beri ujian untuk saya sedar. Dia beri ujian untuk saya faham. Dia beri ujian untuk saya belajar ikhlas. Dia beri ujian untuk saya kenal cinta. Cinta Dia dan cinta dia dan cinta mereka.
insha allah, kembara hati ini akan diteruskan. mencari apa apa sahaja cara untuk membersihkan hati. mensucikan niat. hanya kerana Dia. susah der, tak tipu. tapi tak tahu kenapa... saya nak jugak! tak kire!!!! doakan. tolong. membawa diri ke bumi jordan tak lama lagi. mencari. mencari bekal. doakan. :')
4 comments:
;(.. saya tak akan kasi kamu datang sini lagi..dah la datang mcm satu nikmat.. pastu kamu balik..! emo sekejap.. i miss you cik mimi
:)
meninggalkan jejak, bekas di hati...
awak yang kita sayang,
jaga Dia sentiasa
aimi, jgn lupa nnt kembara ke oklen pulak :)jenguk2lah ukht awak sorg kat nz ni..
somehow,
itulah yang sy rs masa meninggalkan sisters Ireland semalam. T-T
syg akak FILLAH ! (ini bukan main-main,der) hehe.
Post a Comment