Friday, January 13, 2012

[diam]

salam a' laikum.

saya melihat langit pagi ini, cantik. indah. subhanallah.

[diam]

saya melihat diri. sempurna anggota badan. alhamdulillah.

[diam]

membandingkan diri dengan langit.

[diam]

langit itu luas. angkasa itu luas. apa berbagai makhluk Tuhan yang masih belum diketahui manusia. hebatnya Tuhan itu menghias langit dengan bintang.
agungnya Tuhan, Dia melakar langit dengan awan.

[diam]

teringat kata-kata seorang murabbi.

''kalau kamu rasakan ciptaan manusia itu hebat... cuba kamu lihat langit. ada macam-macam lagi ciptaan Allah yang hebat kat luar sana tu.''

subhanallah...
merasakan diri ini begitu kerdil.
bila dibandingkan dengan ciptaanNya yang lain.
lebih kerdil sekiranya menyedari kehebatan Tuhan itu sendiri.

ya allah, terima kasih kerana kurniakan aku satu cinta. cinta pada langit. karena dengan cinta itu, aku bisa... mengenal cinta-Mu.

 The one who speaks to the others is speaking to oneself.

1 comment:

ketenanganku said...

belajar dari alam..kerana alam itu refleksi penciptaNya..
aimi kuat2 tau!

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...