Tuesday, August 11, 2015

Pandang belakang, shall we?

salam alaikum.
June 2013.
That was my last entry?
Lamanya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiap orang ada usaha, struggle, kesungguhan untuk membuktikan dirinya yang terbaik di mata Allah. 

Aku pun.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Julai 2009.
Tahun aku mengenal siapa itu Tuhan Semesta Alam. Tahun aku bertatih cuba memahami apa itu Islam. Tahun yang mengubah persepsi aku terhadap erti sebenar ''tujuan'' .

Tahun aku mula 'hidup'.

Der, ISK itu membuka mata. Tetapi bukan mata kepala ya, mata hati.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Julai 2010.
"Akak, saya tak faham!" kerut kelat muka aku.

Hari orientasi pelajar baru akan tiba beberapa hari lagi. Cuak. Tak tipu.

"Awak tak faham apa, Aimi?' balasnya tenang.

Ruang solat perempuan di surau pada tika itu hanya ada aku dan dia, murobbi.

"Kenapa saya kena buat baik dengan adik kandung orang lain? Sedangkan dengan adik kandung saya sendiri saya belasah je dorang?" nada tak puas hati.

"Akak?" kening diangkat tanda tengah annoyed bila soalan tidak berjawap.

Dia hanya senyum. Meletakkan tangannya di atas kedua-dua bahuku. Dia cuba memerangkap aku dalam renungannya. Ah! aku tewas. Aku tenggelam. Tenggelam dalam tenungan matanya yang penuh ketenangan. Seolah-olah dia sedang memberi jawaban, tanpa kata-kata.

"Aimi!! Jom! Dah nak start meeting!!"

Tersedar dari "pukauan" sang murobbi. Tangannya yang kecil molek tetapi handal (dan ganas) bermain bola jaring masih di tempat asalnya.

"Akak, kenapa tak jawab? Saya nak kena pergi dah ni," aku gesa. Mengharapkan jawapan.

"Suatu hari awak akan faham, Aimi. Akak doakan kefahaman itu tiba pada masanya," balasnya lembut.

Namun, kelembutan itu tidak mampu mencairkan ego yang sedang membara-bara pada tika itu. Tandanya, jahiliyah aku masih ada. Tetap berkembang mekar dalam jiwa, meskipun sudah berkali-kali liqa' usrah, berderet-deret pengisian dan taujihat, dan banyak lagi.

"Thanks akak. Saya pergi dulu. See you when I see you,'' aku melangkah tanpa berpaling. Geram punya pasal.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
September 2011.
Ireland. Bumi Tarbiyah.

Allah kurniakan aku tempat dan juga manusia-manusia yang basah dengan tarbiyah. It was an amazing first year to have! Well, was it?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Winter 2011.
"Do you really have to go?" aku bertanya kepada kakak-kakak yang bakal pulang ke Malaysia.

"Dakwah ini akan tetap berjalan tanpa kami, awak sambung perjuangan kita di sini. Ok?" balas salah seorang daripada mereka.

Me being an adik, I was too naive (or too dumb) to understand the fact that I have to grow up. FAST!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Winter 2012.
"Akak, you are going to leave me just like them?" Saban tahun, akan tiba saat yang betul-betul meruntun jiwa aku. Pulangnya mereka ke tanah air, one-way ticket.

"Aimi, you have your team here. He will never leave you alone to carry this burden (read: dakwah)," katanya untuk menenangkan aku dan juga berharap agar air mata niagara aku itu berhenti seketika.

"Akak akan selalu contact awak. Insha allah," dia peluk aku sambil tepuk tiga kali kat belakang aku.

"Akak, they said the same. but they didn't. Akak, are you going to be the same? You know it hurts, kan?"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Winter 2013.
"Not you guys too!"

Team impian aku juga meninggalkan aku. Pulangnya mereka memberi luka paling mendalam dalam hidup aku.

"Aimi, kitorang pun risau nak tinggalkan awak. tapi Allah akan jaga. Kan ada yang lain lagi? Adik-adik pon ada kan?" Itu salah satu percubaan menenangkan yang gagal.

Tiadanya mereka, dakwah aku totally collapse. It took a while before aku boleh betul-betul berdiri gagah luar dan dalam.

Hilangnya mereka dari pandangan mata, aku gagah plastik je. Sebab aku kena gagah. Aku kena kuat. That was the only choice. Plastik pon, plastik lah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Winter 2014.
"Kak Aimi, don't miss us too much ok?" usik anak usrah aku semasa aku menghantar mereka ke Airport Dublin.

Seperti aktiviti tahunan dah. Menghantar produk dakwah tarbiyah pulang ke Malaysia for good.

Mulut aku kata, "dah biasa". Hati aku kata, "der... kau jangan menipu setiap tahun boleh tak?!"

It was the hardest to say goodbye when it was in first time, and to be honest it was even harder every single time.

and for the record, aku tak mampu dah. Aku literally hilang kemampuan untuk berdiri gagah demi diri sendiri mahupun untuk orang lain.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Summer 2015.
August

Finally, I found it.

alhamdulillah T_T

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Enam tahun. Malunya nak mengaku. T.T

Mungkin aku akan cuba tulis bit by bit. Mungkin tak faham pun apa kat atas itu. But, give me some time. Aku dah lama tak "hidup".

Jiwa daie aku sikit demi sikit, makin hilang. Aku tak sedar.

Aku tak punya kisah baru. Tap aku tengah cuba membuat rangkanya. For now, aku cerita yang lama. Yang mana aku tak ceritakan sebelum ini.

insha allah.

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...