Monday, November 30, 2009

terima mereka seadanya? ubah mereka?

salam alaik.

kenape la rajin buat entry la skg nih?
felik2...
woih.. nak final dah laa!
tolong sedar diri siket.

eceh~~

keputusan telah dicapai.
tidak ada lagi keraguan.
ape nak jadi jadilah.
aku x kesah da.

hidup normal mmg camni.
ada yang datang... ada yang pergi...
ada yang pergi x kembali2.
ada yang datang... pergi... kembali...
tapi..
bukan dengan rela hati.
ada yang kembali dengan senang hati...
tapi...
x lagi seperti yang diharapkan.

ape buleh buat...
inilah kehidupan.
penuh dengan warna warni..
kadang2 rainbow. kadang2 gelap gelite. kadang2 menyerlah gile!
tapi itu yang buatkan hidup nih santek!

biarlah mereka.
biarlah mereka nak jadi ape.
biarlah mereka nak buat ape.
biarlah mereka.. biarkan... biarkan...
asalkan kite masih anggap mereka tu sebahagian dari hidup kita.
sbb tanpa mereka hidup nih x akan berwarna warni.
kite perlukan mereka sebagaimana mereka perlukan kita.
insya-allah.

tapi... wajarkah kita biarkan sahaja?
kalu kite dan mereka sama2 duduk dalam satu rumah.
n then, rumah tuh terbakar.
PANAS!!!
BAHANG!!!
API!! API!! API!!!
kite cuba carik jalan keluar.
kite dah jumpe!
tapi mereka sedang nyenyak tidur.
nak kejut?
kesian pulak... KEPALA HOTACKS KAMU!!!...
kalu x kejot.. terbakarla mereka nnti!!!
kene kejut.. kene sedarkan mereka.. kene sama2 selamatkan diri dari rumah terbakar tuh.
jgn tinggalkan mereka dibelakang hangus dijilat api yang membara.

kite sayang mereka kan?
x kan kita nak biarkan orang yang kite sayang hangus terbakar?
rentung?
x mo x mo xmo...

so, pikirkan lah...

biarkan... atau... bantu...

anda yang menentukannya.

bagi saya,
mereka amat disayangi dan x mungkin saya akan biarkan shj.
biarpun saya mungkin akan tercedera dalam kebakaran ataupun turut sama terkorban...
tapi yang pasti.. saya telah menjalankan kewajipan saya.

mereka aset terbesar saya. mereka tanggungjawab saya. mereka adalah saya.
x mungkin saya sanggup biarkan mereka.

Saturday, November 28, 2009

belum terlambat kan?

salam alaik.

mungkin masih belum terlambat untuk ucap

salam aidil adha.

sepanjang cuti nih, saya kurang sihat.
mungkin inilah pengorbanan buat saya.
study.. insya-allah akan dipulun bile saya dah kembali powerful.

akan kembali ke kmb malam nih.
yup tonite.
sekali lagi, kena pulun!

final sem 1 kames depan.
sume year 1 n year 2 akan melepaskan keNGENGan mereka pada minggu ni.
hahaha...

ape lagik?
ok ni out of topic.

pernah terlintas kat pale otak nih untuk membenci INSAN.
benci kerana keadaannya yang sekarang.
benci kerana pemikirannya sekarang.
benci kerana kelakuannya sekarang.
benci kerana pergaulannya sekarang.

tapi baru tadi saya sedar.
bukan hak saya untuk membenci sesiapa.
bukan hak saya untuk menilai sesiapa.

dan saya juga sedar, bahawa...
mungkin saya bencikan dirinya kini,
tapi kami rindukan INSAN yang dahulu.

but wud that INSAN be the same?

Thursday, November 26, 2009

air mata


salam.

air mata mengalir pasti ada sebabnya.
tatkala aku melihat sahabat2 lama aku di mana2 jua mereka berada.

mereka sudah besar.
mereka sudah matang.
keputusan hidup ada di tangan mereka.

mereka senyum, mereka gembira, mereka bahagia, mereka seronok, mereka enjoy.
bukan kah aku harus sekali berasa gembira untuk mereka?

tapi mengapa hati aku luluh?
mengapa hati aku pilu mengenangkan mereka?
mengapa sedih di lubuk hati kini merebak keseluruh sanubari?

cintakan dunia. takutkan mati.
AL-WAHN.

aku tidak menafikan bahawa aku juga cintakan dunia.
aku juga takutkan mati.

aku juga sperti manusia lain.
...inginkan...
...dambakan...
C I N T A
H I B U R A N
B E B A S

akan tetapi aku bersyukur, aku dikelilingi oleh hamba-hambaNya yang sentiasa mengingatkan aku kepada siapa pemilik hati aku ini.
pemilik jasad aku ini.

siapa yang harus aku cintai.
siapa yang harus aku sentiasa ingati.
siapa yang harus aku rindui.

keseronokan dunia hanya sementara.
hiburan, sosial dsb.

bukan aku nak menghalang sesiapa berhibur...
tidak...
bukan aku ingin menghalang sesiapa bergaul.. bersosial...
tidak...

tapi...
mengapa segalanya kini kebanyakan sudah lari dari landasan?
kereta api AD-Deen, yang dahulu dinaiki dengan satu destinasi iaitu mencari keredhaan ALLah kini hanya tinggal beberapa orang yang menjadi penumpang.
di manakah sabahat2ku yanglain??

MENGAPA?!
mereka telah turun di stesen2 sebelum sempat tiba di stesen yang mutlak iaitu syurga.
matlamat hidup ialah syurga. namun, kenapa masih ada yang tidak mengerti.?

untuk mencapai syurga kita perlukan keredhaan allah.. kita perlukan rahmat allah...
namun, kenapa masih ada yang leka dan alpha?

aku di sini hanya mampu melihat dan menitiskan air mata buat sahabat2 ku.
kenapa aku tidak berdaya berbuat lebih?
berdosakah aku?

hanya doa yang mampu aku hulurkan.
semoga para sahabat yang bersama2 menaiki keretapi Ad-Deen itu dahulu akan kembali.
semoga hati ini tetap utuh dalam perjalanan sepanjang landasan yang tidak aku tahu bila akan berakhir ini.
aku mencintai sahabt2 ku.
aku ingin mereka bahagia.
aku ingin mersai kebahagian mereka.
tapi matlamat tidak menghalal kan cara.

apa harus aku buat?
agar mereka turut merasai kemanisan dan kenikmatan hidup yang aku rasai ini.
hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.
ya allah, Kau peliharalah sahabat2 ku. Kau peliharalah aku.
perteguhkanlah ukhuwah antara kami meskipun kami tidak lagi bersama2.

allah tidak pernah lupa kepada janji2nya.
hanya kita yang setia buat2 lupe kepada janji kita.


Tuesday, November 17, 2009

sakit


lately... an incident had taken place.
not really a nice one.
miserable.
made me wish that THEY are rite here by my side.
the OUTSTANDINGs aka OUTSTERZ.
i never realise how much i miss u guys.
i never realise that no one can take over ur places.
but still life must go on.

sentiasa senyum walaupun kamu disakiti

y
eah... sedekahkan senyuman walau sakit cane pon kite rase...
jgn lah kite buat orang lain merasakan kesakitan yang sama dengan kita.
sbb kite tahu rase sakit tuh berada pada level yang mane.

a
naloginya, kalu kite ade sakit mate, mate kite merah pedih berair...
sanggup ke kite nak jangkitkan dekat kawan2 kite?
biar diorang pon rase sakit! camtu?
sanggup ke tgk kawan kite tanggung kesakitan yang sama dengan apaa yang kite rase?
tidak.. tidak...

atas dasar kasih sayang dan hormat aka WA RESPECT SAMA LU,
jgn lah kite bersikap dengki terhadap orang lain.
berkata benerlah walaupun pahit
mereka buat salah...
kite tegur.
mereka masih buat salah...
kite nasihat.
mereka memaki hamun n memerli kita...
kite sabar.
mereka sindir kita...
kite biar.

lame2 mereka insya-allah akan sedar, betapa mereka sedag melakukan sesuatu yang sia2.
malah tidak memberikan kebaikan pada mana2 pihak. hanya kesakitan yang ditanggung oleh kita sahaja yang mengggunung. tapi seperti yang saya tulis tadi, BIAR KITA SAHAJA YANG MERASAI KESAKITAN itu.

mungkin kesakitan itu akan mencapai satu tahap di mana kita x mampu tanggung lagi.
tapi di sini kite kene yakin dengan janji2 Allah. allah x akan memberi ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-Nya. malah, allah menguji kita dengan pelbagai dugaan kerana kasih-Nya terhadap kita. Allah beri perhatian lebih kepada kite. Allah nak tgk smpai tahap mane kesabaran dan keyakinan kite kepada-Nya. tgk... betapa comelnye cara Allah mengajar kita erti sebuah kehidupan.

so, LA TAHZAN. INNALLAH HA MA'ANA...(jgnlah bersedih. s'guhnya Allah ada bersama2 kita)

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...