Thursday, November 26, 2009

air mata


salam.

air mata mengalir pasti ada sebabnya.
tatkala aku melihat sahabat2 lama aku di mana2 jua mereka berada.

mereka sudah besar.
mereka sudah matang.
keputusan hidup ada di tangan mereka.

mereka senyum, mereka gembira, mereka bahagia, mereka seronok, mereka enjoy.
bukan kah aku harus sekali berasa gembira untuk mereka?

tapi mengapa hati aku luluh?
mengapa hati aku pilu mengenangkan mereka?
mengapa sedih di lubuk hati kini merebak keseluruh sanubari?

cintakan dunia. takutkan mati.
AL-WAHN.

aku tidak menafikan bahawa aku juga cintakan dunia.
aku juga takutkan mati.

aku juga sperti manusia lain.
...inginkan...
...dambakan...
C I N T A
H I B U R A N
B E B A S

akan tetapi aku bersyukur, aku dikelilingi oleh hamba-hambaNya yang sentiasa mengingatkan aku kepada siapa pemilik hati aku ini.
pemilik jasad aku ini.

siapa yang harus aku cintai.
siapa yang harus aku sentiasa ingati.
siapa yang harus aku rindui.

keseronokan dunia hanya sementara.
hiburan, sosial dsb.

bukan aku nak menghalang sesiapa berhibur...
tidak...
bukan aku ingin menghalang sesiapa bergaul.. bersosial...
tidak...

tapi...
mengapa segalanya kini kebanyakan sudah lari dari landasan?
kereta api AD-Deen, yang dahulu dinaiki dengan satu destinasi iaitu mencari keredhaan ALLah kini hanya tinggal beberapa orang yang menjadi penumpang.
di manakah sabahat2ku yanglain??

MENGAPA?!
mereka telah turun di stesen2 sebelum sempat tiba di stesen yang mutlak iaitu syurga.
matlamat hidup ialah syurga. namun, kenapa masih ada yang tidak mengerti.?

untuk mencapai syurga kita perlukan keredhaan allah.. kita perlukan rahmat allah...
namun, kenapa masih ada yang leka dan alpha?

aku di sini hanya mampu melihat dan menitiskan air mata buat sahabat2 ku.
kenapa aku tidak berdaya berbuat lebih?
berdosakah aku?

hanya doa yang mampu aku hulurkan.
semoga para sahabat yang bersama2 menaiki keretapi Ad-Deen itu dahulu akan kembali.
semoga hati ini tetap utuh dalam perjalanan sepanjang landasan yang tidak aku tahu bila akan berakhir ini.
aku mencintai sahabt2 ku.
aku ingin mereka bahagia.
aku ingin mersai kebahagian mereka.
tapi matlamat tidak menghalal kan cara.

apa harus aku buat?
agar mereka turut merasai kemanisan dan kenikmatan hidup yang aku rasai ini.
hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.
ya allah, Kau peliharalah sahabat2 ku. Kau peliharalah aku.
perteguhkanlah ukhuwah antara kami meskipun kami tidak lagi bersama2.

allah tidak pernah lupa kepada janji2nya.
hanya kita yang setia buat2 lupe kepada janji kita.


No comments:

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...