salam a'laikum.
kadang-kadang saya berkata kepada dunia,
"aku terasing".
tapi, apabila saya melihat sekeliling, saya jeling-jeling alam terbentang luas ini, saya senyum sinis dan bermonolog,
"hehehe... aku tipu je".
"aku terasing".
tapi, apabila saya melihat sekeliling, saya jeling-jeling alam terbentang luas ini, saya senyum sinis dan bermonolog,
"hehehe... aku tipu je".
![]() |
| jalan ini tak ditaburi bunga harum semerbak kasturi ya! tapi at the end of this road... Allah ada simpan janji-Nya. [senyum sengih luas-luas] |
saya masih mentah di jalan ini. dan pernah juga merasakan diri ini begitu asing tatkala berada disekeliling manusia yang digelar 'masyarakat'. bahasa yang dipertuturkan masih bahasa melayu, tetapi isi kandungan perbualan mereka... saya rasa begitu tidak perlu untuk dibincangkan. maka, mengambil keputusan untuk mengatakan diri ini keseorangan. menjerit pelahan-pelahan "tak ada sesiapa yang memahami aku!". sambil dalam hati mengharapkan hadirnya sahabat-sahabat seperjuangan seakidah untuk merawat kesunyian sanubari. [wosh! ayat talehblah!]
tapi, satu persoalan kepada diri sendiri tiba-tiba muncul dalam kepala-besar ini [kepala saya serius besar].
"aku terasing, atau aku mengasingkan diri?"
hurm... rasa macam bagi chidori kat diri sendiri sahaja. bukankah saya dan kita, seharusnya mahir dalam menggunakan bahasa masyarakat. kita tidak diajar untuk duduk seorang diri dalam gua sepanjang hayat dan berzikir serta solat semata-mata. tapi kita dituntut untuk bergaul dengan masyarakat agar kita dapat mencari cara-cara yang terbaik pada tika itu dalam usaha mengajak manusia kembali kepada Tuhan. Nabi Muhammad pun tak duduk kat gua Hira' sepanjang 23 tahun dia diangkat menjadi Pesuruh-Nya.
"der, kita bukan nabi la der!"
[note: BROTHER. THER--->der. tak pakai bro dah]
ok, baiklah. tapi... kita umat nabi kan? kita ikut sunnah-sunnah baginda macam makan tangan kanan, baca doa tengok cermin, sebelum tidur baca surah al-mulk, buang halangan yang ada di jalan, dan macam-macam lagi. asal der... sunnah terbesar nabi kita tak nak pula buat? memilih!!! [huh?! emos] sekali lagi saya terkena rasengan power sepower sasuke punya pulak.
mungkin bila dengar sedara-mara borak pasal naruto shippuden episod minggu lepas di tv3 ... sambil mencelah-celah tentang kehebatan pasukan cikgu kakashi bertarung dengan gergasi berekor tiga. saya boleh membandingkan pula dengan kisah perang mu'tah yang menggambarkan kesupersaiyaan Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Tholib, Abdullah bin Rawahah, dan Khalid bin al-Walid.
mungkin apabila saya melihat kawan-kawan lama bermain komputer, saya pun on laptop sendiri dan tayangkan video-video superb yang mengingatkan kita kepada Tuhan. atau memberi pinjam external hard disk yang sarat dengan video-video kesengsaraan saurada kita di Palestine.
mungkin apabila saya ter-usha jiran sebelah tengah layan novel cintan, saya duduk sebelah dan buka raheeq makhtum ataupun novel-novel karya Hilal Asyraf mahupun Hlovate. tidak lupa juga buku bertajuk "Hari-hari dalam Hidupku" tulisan Zainab al-Ghazali al-Jubaili. hurm... membaca sambil membuat ekspresi muka yang excited, menangis keluar hingus-hingus, ketawa control-hensem, bajet kool membaca buku-buku tersebut. malah bercerita tentang kisah nabi main lumba lari dengan aisyah r.a. [ooo so suwiit].
hurm... peluang sentiasa terbentang luas kat depan mata kita. cuma kita nampak atau buat-buat tak nampak sahaja. ataupun nak main nyorok-nyorok konon... [erk, apakah?].
meskipun kita berada di kawasan yang tiada lambakan umat islam yang faham, tapi percayalah der... kita tak seorang diri der...
segala macam mak nenek kat alam semesta ini adalah islam. pokok is islam. sungai is islam. batu is islam. ranting is islam. cacing kerawit dalam perut buchit is islam. erythrocyte is islam. ayam golek dalam periuk is islam. sebab mereka itu semua adalah ciptaan allah yang sejak azali kejadian mereka adalah komfem-komfem islam.
jadinya, mari sini... cakap kat diri sendiri... terasing atau tidak? keseorangan atau tidak? semestinya taaaaaaaaaaaaaaaaaaak!!! jangan nak tipu!! tak baik! berdosa!
tidak dinafikan perasaan sunyi itu akan hadir. [tipu jugak lah kalau saya kata saya tak pernah rasa sunyi sorang diri]. tapi tidaklah meratapi kesunyian itu seorang diri. saya berusaha bangkit dan berlagak weyh!-aku-tak-sunyi-la!!! dan berharap serta berdoa kepada Allah agar memberikan kuasa sakti untuk membakar semangat diri sendiri untuk terus bermarathon ke arah redha-Nya.
sebab itu, saya lebih gemar mengambil gambar-gambar pemandangan yang indah berbanding mengambil gambar manusia. [erk.. kurang indah ke? hehehehe]. kerana apabila saya rasa 'bermasalah' [oh, serious sahaja bunyinya], melihat kehebatan ciptaan Tuhan sekalian alam itu membuatkan saya berasa bangga menjadi hamba-Nya. gambar-gambar tersebut boleh ditafsirkan ikutsukatiaku-dimanasaja-walaubilamasasaja. seakan-akan gambar itu memahami diri ini lebih daripada manusia lain. [scary pulak]
| mereka sedarahdaging. tapi bukan mereka yang saya fokuskan. heheh.. maaf zahir batin. |
tatkala menadah tangan untuk memohon kepada Allah, saya terkedu. banyak sangat yang saya nak [oh tak malu sungguh, tamak habola]. tapi... dosa saya lagi banyak. ini itu... itu ini... orang kata kita boleh bertawasul dalam berdoa. tapi saya macam... layakkah aku bertawasul dengan amalam-amalan aku? hurm... bengkak hati ini bila memikirkan betapa hinanya diri yang perasan kool ini.
walaupun diri ini diselaputi dosa-dosa kecik dan besar, namun saya sentiasa berharap agar dosa-dosa itu pudar dan terus hilang. digantikan dengan keberkatan agama ^_^. orang kata menangis dan menyesal atas kesalahan lalu dan bertaubat, insha-allah menghapuskan dosa. errmm... [berfikir] jarang saya menangis. susah der nak nangis bila hati keras dan konon-konon nak kontrol macho depan orang ramai. aiyok..[walaupun 'empangan' saya jarang pecah. saya tetap punya hati sensitif ya. oh perasan...]
dalam masa seminggu dari sekarang, saya akan berlepas ke ireland. bumi yang mana menjadi bumi tarbiyah buat supersaiya-supersaiya yang saya kagumi himmah dan tummuhat tarbawiyah mereka. perasaan asing itu sedang membelenggu diri, sehinggakan saya ingat-ingat lupa bahawa kat mana-mana sahaja... Tuhan kita Tuhan yang sama iaitu Allah yang Ahad. dan saya tak akan pernah keseorangan, selagi mana ada wujud rasa izzah dengan islam itu dalam diri ini.
sekali lagi,
kadang-kadang saya berkata kepada dunia,
"aku terasing".
tapi, apabila saya melihat sekeliling, saya jeling-jeling alam terbentang luas ini, saya senyum sinis dan bermonolog,
"hehehe... aku tipu je".
"aku terasing".
tapi, apabila saya melihat sekeliling, saya jeling-jeling alam terbentang luas ini, saya senyum sinis dan bermonolog,
"hehehe... aku tipu je".
sThe one who speaks to the others is speaking to oneself.










