salam a'laikum.
memang kadang-kadang ada sahaja rasa nak cabut paru-paru ini keluar.
tekak ini kalau boleh nak rendam dalam ais bagi sejuk.
ubat batuk itu nak buang dalam singki tak nak minum. [tak sedap]
katil itu nak lipat kecik2 supaya diri ni tidak gedik nak sakit sepanjang hari.
laptop ini pula... haish.... peneman setia.
betullah. kalau badan kita tak sihat, memang macam-macam benda kita tak boleh buat. huh~~ sedih bukan?
sahabat-sahabatku berkata,
"ini kafarah dosa."
"try manfaatkan masa kat rumah tu"
"makan obat." [ini paling payah, blerrgghh!!]
"sabar ye. Allah nak bagi awak rehat. banyakkan beristighfar dan berzikir."
aku bukannya nak mengharapkan simpati. jauh sekali nak mengambil perhatian semua orang.
"weeyyh.... tengok laaa tengok laa aku. aku sakit ni weeehhh... tengok laaa..."
[desperate sangat dah ke?]
bukan...
mula-mula memang aku rasa sakit ini beban yang amat sangat. bukan setakat beban kat diri aku sahaja. tapi turut membebankan orang lain. aseef.
namun, setelah mendapat hadiah berupa "
flower horn"... aku sedar. look everything in a positive way. itu aku cakap pada diri ini tatkala ingin membangkang ketentuan Ilahi. [tak senohoh!]
ingin membaca... puuurrftt.. kepala ini sudah kena block.
ingin mengarang...[huhu~~~akhowat sekalian... ingat janji dengan ustaz salam?] apatah lagi...
ingin membuat macam-macam... namun, takdir mendahului aku.
kecut perut ini tatkala teringat pada hadis arba'in imam nawawi. hadis ke-4.
"... Demi Allah, Dzat yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya setiap kalian ada yang beamal dengan amalan penghuni syurga hingga jarak antara dia dengan syurga hanya sehasta. lalu suratan takdir mendahuluinya sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia pun masuk neraka.
ada juga kalian yang beamal dengan amalan penghuni neraka hingga jarak antara dia dengan neraka hanya sehasta. lalu suratan takdir mendahuluinya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia pun masuk syurga. "
[h.r. Bukhari dan Muslim]
huh~~ di manakah aku?
untuk membuat pekerjaan fizikal mungkin tidak aku mampu. kini sehingga immune system aku sudah kembali hebat, aku dapat merasakan bahawa Dia sedang memberikan aku masa untuk muhasabah kembali apa yang telah aku lakukan selama ini. niatku untuk apa? matlamatku adakah redha Allah semata-mata? atau ingin mencari kemasyhuran dunia.
bagi aku, muhasabah diri adalah lebih perit daripada kesakitan yang aku alami sekarang ini. menilai kembali tindak-tanduk, butir-butir kata, pemikiran ala-ala plato... entah la...
huh~~~ tapi aku berharap... sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku.
terlantar bukan bermakna mampu buat bodoh sahaja, tapi itulah masa terbaik untuk menilai kembali diri sendiri, dan kemudia bangkit menjadi hambanya yang kenal erti kehambaan. insha-allah...
aseef, post kali ini ditulis di bawah pengaruh dadah yang telah mendapat kelulusan kementerian kesihatan. sebarang kesilapan amat dikesali.
"masa yang ada niThe one who speaks to the others is speaking to oneself.