| Tuhan, aku tidak mahu menjadi kering. |
salam a'laikum.
dua sahabat berbeza personaliti berbicara. tatkala tarbiyah mempertemukan mereka.
"argh! aku penat la melawan diri sendiri!"
kenapa ni? tak kan la penat sampai macam itu sekali?
"nafsu ni. kalau boleh aku nak buang jauh-jauh! tak de la aku nak buat jahat! [sambil menangis]"
aik? kalu buang nafsu. waaa... nak jadi malaikat nampak... over. kalau tak de nafsu, macam mana nak rasa seronok beribadah? ape yang akan jadi pendorong untuk kita cinta kepada Allah seperti mana Dia cintakan kita?
"....."
awak. saya tahu awak penat. sebab awak tak nampak lagi faedahnya awak lawan nafsu tu.
"...."
erm... mungkin jugak awak penat sebab Allah bukan matlamat utama awak.
"...."
awak nak berubah sebab orang lain berubah kan? it's ok, for a start. along the way, kita kena selalu perbaharui niat kita.
".... [air mata semakin deras]"
[erk? alamak, aku salah cakap ke nih?] camni la awak, sahabat saya pesan... cuba awak bayangkan mujahadah lawan nafsu tu akan dapat duit. waaa... awak suka duit kan? kan? ok. tak nak bayangkan? no hal... cani pulak. setiap kali awak berjaya lawan nafsu awak especially sikap malas awak nak baca buku fikrah tu, awak reward diri awak. bagi la duit ke, beli eskrem ke, gie jalan-jalan ke, beli stosken baru ke... [asek2 beli je, karang timbul nafsu lain pulak karang. -_-']
"be... betul gak ape ko cakap tu. aku rase, aku je yang beralasan bagai selama ni. aku boleh! aku boleh! aku hebat kerana Allah ada bersama-sama aku!"
ha, kan bagus macam tu. Allah nak uji awak je tu. nak tengok tahap mana awak tahan untuk terus bermujahadah. ingat tafsir surah al-ikhlas?
"allah husSomad?"
yup. Dia tempat meminta segala sesuatu. kalau penat, awak minta kekuatan daripada Allah. kalau awak sedih, awak minta kegembiraan daripada Allah. kalau awak stress, awal minta keampunan dari Allah. sebab mungkin segala musibah yang menimpa kita adalah disebabkan dosa-dosa kita yang lalu.
"thank you, babe. aku rase betul la ape Muadz bin Jabal cakap. sekejap je aku dok ngan ko, aku rase iman aku dah recharge! macam super saiya! naruto pon aku boleh kalahkan. apetah lagi rasengan kakashi."
[-_-' mule daaa.. dia da mule daaa...]
"insha-allah. babe, ko tolong aku ye."
insha-allah...
** nak berubah bukan mudah. namun, Allah pasti akan bantu. yang penting, kita harus berkeras dengan diri sendiri. lenturkan nafsu agar nafsu ikut cakap iman kita. bukan iman kita kalah dengan hasutan nafsu. tak mampu nak lawan seorang diri? ^_^ saya faham. saya juga begitu. oleh itu, carilah wasilah.
"wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah [jalan] untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjuanglah di jalan-Nya, agar kamu beruntung."
[al-maidah,5:35]
carilah sahabat yang mampu membawa kita kepada cinta Allah. seorang sahabat pernah berkongsi dengan saya,
the prophet pbuh was reportedly asked: "which of our companions are the best?" he replied: "one whose appearance reminds you of Allah, whose speech increases you in knowledge and whose actions remind you of the Hereafter."
subhanallah.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
No comments:
Post a Comment