salam a'laikum.
sehebat mana pon seorang manusia itu merancang, walaupun telah membuat beberapa backup plans... namun, sekiranya tidak mendapat keizinan daripada-Nya... tidak juga akan berjaya.
ya, hati ini sedih. mengenangkan beberapa perkara yang terpaksa aku menarik diri di saat-saat akhir disebabkan immune system yang kurang hebat. dan mungkin telah menyebabkan kesulitan kepada beberapa pihak. apakah kerna dosa aku, perjalanan aku dibantutkan oleh-Nya?
di sini, sekali lagi... entah yang ke berapa kali... aku belajar untuk bersangka baik dengan-Nya. meskipun diri ini kadang kala merasa penat dan muak dengan pengajaran yang sama [berulang kali], namun Dia tidak pernah muak daripada menyelamat aku. dari terus berada dalam kesesatan.
"argh! ape salah aku?!"
GEDEGAAANGGGG!!!
kepala terhantuk dinding yang terang tang tang ada kat depan mata.
itu lah, hamba tak kenal erti bersyukur! ini mmg balasan yang wajar aku terima. bergema kata-kata murabbiku, seakan-akan aku dapat melihatnya tatkala kepala masih lagi sakit.
"selagi mana kita tidak lulus ujian Allah tu, selagi itu kita akan diuji dengan ujian yang sama. sampailah kita pass with flying colours!!!"
diri ini perlu diperbaiki.
"apa lagi?!"
di saat manusia merasakan dirinya sudah cukup, di situlah puncanya kealpaannya daripada ingat kepada Tuhan.
GEDEGAAANGG!! sekali lagi.
pintu dapur pula menjadi sasaran.
apakah kepala dan hati ini cukup keras untuk sedar hakikat bahawa...
diri ini perlu diperbaiki!
memetik kata-kata seorang yang amat aku kagumi himmahnya,
"tarbiyah ini bukan macam makan, tapi seperti minum air. kalau makan, lagi kita makan... kita akan rasa kenyang. tapi kalau lagi banyak kita minum air, lagi kita rasa dahaga."
so, lagi kita mencari sinar tarbiyah itu, selagi itu kita akan merasa tidak cukup dan nak lagi!
semoga rasa sakit ini menjadi penghapus dosa.
insha-allah.
tak semestinya apa yang kita rasa terbaik untuk diri kita itu, adalah yang terhabis baik untuk kita. dan juga sebaliknya.
al-baqarah, 2:216
sedangkan Dia lebih mengetahui.
focus on the lyrics during 4.21.
focus on the lyrics during 4.21.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
2 comments:
Alahai, aimi..siannya..X p, kalu ko jd flower horn pon aq syg gak..Hi2x..jgn putus asa ye, setan akan buat kita rasa macam..so bertenang dan mulakan langkah semula..(^^,)
salam choi...
huuu... lame kot ta dgr cite ko.
hurm.. flower horn.. mmg cam flower horn da skg ni...
kalu kene jual ni... mmg mahal...
tp nak dibandingkan dengan tarbiyah direct dari allah, flower horn ni... nothing laaa... ^_^
huh!! langkah dengan penuh barakah!!!
Post a Comment