Saturday, July 21, 2012

o f f

salam alaikum.

just to let everyone knows, i'm not going to post anything here anymore.
quit writting? hah, perhaps. entahlah.
[laugh] like there's anyone who read this blog. -_-''

happy ramadhan kareem...

be thankful of what He gives you.

i'm sorry for my mistakes, for my words, for my action. as i'm only a slave. but i want to be His slave who realise that she cannot live in this world without Him.

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Friday, July 13, 2012

kakashi-naruto-sakura-sasuke

salam alaikum.

tak sangka, rupa-rupanya ada nilai dakwah dan tarbiyah dalam anime kegilaan saya, dahulu. NARUTO.

dahulu menjadi pengisi masa lapang.
penghibur hati tatkala bohsan.
pembakar semangat untuk belajar. [apakah??!! sangat apakah kan?!!]

kini, menjadi medium untuk penyebaran kalimah-Nya.
penghubung antara saya dengan 'mereka'.

apabila kaca mata islam itu digunapakai dengan sempurna,
maka segalanya akan kita nampak sebagai tarbiyah.
alhamdulillah...

kisahnya?
sabar ye. insha-allah lepas JOM2012. fuh fuh fhu~~~
mungkin ada yang dah tahu.. hehehe. >.<

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

gedegang!

salam alaikum.

gedegang! langgar dinding. ter.

otak malfunction bila teringatkan kata-kata ini.

kita kata kita nak membina dan menyelamatkan ummat di luar sana, janganlah kita lupa bahawa...

keluarga kita pun adalah sebahagian daripada 'ummat' itu.

T_T

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

[surah at-tahrim: 6]

[hadoi, sakit kepale. >.<]
The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Wednesday, July 11, 2012

diam. please.

salam a'laikum.

dia membisik,

"woi, give up lah!"


"kau jangan nak perasan terer."


"tolonglah jangan nak belagak gagah depan manusia''.

hampir, sangat hampir untuk tunduk pada bisikan itu. tapi...

"eyh, kamu! diam sikit boleh? saya nak fokus kejar redha Allah ni."

dibisikkan lagi,

"GIVE UP lah weeeeyhhhh!!!!!!!!!!!!!"


"G-I-V-E-U-P. paham tak?"

allah.

"kalaulah saya bole selotep mulut kamu..."

allah, allah, allah. please...

"dan orang-orang yang berjihad untuk [mencari keredhaan] Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."
[al-ankabut, 29:69]

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Monday, July 9, 2012

Mama saya terhebat!

salam a'laikum.

hujan. DOA cepat!

luar sana, hujan. sejuk. tak tipu. kipas FULL BLAST pulak tu. [geleng kepala] tak faham... geledah almari cari selimut. ambil semula tempat duduk depan laptop.

mula menyusun, nama adik-adik yang bakal bertentang mata tak lama lagi. mencari satu persatu. 

scroll down. 

scroll down.

scroll down.

terhenti pada satu nama. nama yang mengajar saya untuk sentiasa senyum walau apa juga takdir-Nya. dan sehingga kini, masih mengajar. terfikir sejenak. ya allah, dia bukan sahaja adikku, tetapi murabbiku.

hurm... selama ini... saya tak berani nak menggunakan perkataan seperti DAKWAH, USRAH, TARBIYAH dalam blog ini. kerana saya tahu siapa pembacanya. dan berkemungkinan besar segolongan dari pembaca itu tidak mampu menerima penggunaan perkataan itu dalam sehari-harian. takut kalau-kalau identiti terbongkar. [ceeewaah!]. takut kalau-kalau mereka tidak boleh terima. takut kalau-kalau kena marah sebab buat benda lain selain belajar.

sehingga pada suatu hari, saya gagahkan hati dan diri untuk bertanya kepada mama.

"ma... mama perasan tak something different kat orang?"

mama sedang membawa kereta. hanya kami berdua di dalam kereta unser hitam no plat R-A-H-S-I-A 007. [hehehe]. kerana itu saya berani bertanya.

"different apa?'' mama masih fokus memandang jalan di hadapan.

"alaaa.. maaa.... cane nak cakap hah?" garu-garu kepala.

suasana menjadi... teeeeeeettt.. -_-'' awkward awkward awkward.... -_-'' 

awkward TAK TIPU!

.......senyap.........

lepas itu,

"mi, you are my daughter. and i realised that you changed a lot. cuma mama tak nak cakap je. sebab mama tau awak tak suka orang tegur bile awak berubah.'' 

saya terus diam. sambil menitis air mata memandang luar tingkap. hati berdoa, bersyukur. mama tak perasan pun.

"mama tahu je awak ikut usrah. benda baik kan? tapi.. jangan sampai study terabai."

(gulp) telan air liur.

....

air mata mengalir lagi deras. kali ini, itu air mata sedih. betapa hati ini luluh kerana tak mampu nak sampaikan kebenaran yang best-gile-wa-kecek-sama-lu ini kepada mama sendiri. saat itu saya masih mentah. masih baru di jalan ini.

seorang ibu memang akan concern perihal pelajaran anak-anaknya.

mama lah yang menjadi orang kanan saya dalam gerabak dakwah ini. meskipun mungkin dia tidak tahu apa yang saya sedang lakukan, tetapi dia yakin saya tak bunuh orang. tapi saya cuba nak selamatkan orang. saya cuba nak sampaikan rasa best yang saya rasa.  mama support saya setiap kali saya nak keluar pergi program. walaupun kadang-kadang ada lah jugak soalan-soalan nya... but.. what can I do? she loves me so much. [heheheh] jawab aja laa...

mama back up saya setiap kali saya hampir mengkantoikan diri.

"we were once 18, and we chose our own path without our parents interfere with our decision. so, let her choose her own path.''

ini kata-kata mama ketika saya telah terkantoi dengan papa. [menangis]

ada juga masanya, mama sendiri hantar saya ke tempat program.
ada juga masanya, mama rahsiakan program-program saya.
ada juga masanya, mama hantar mesej suruh fokus masa pengisian.

allah jualah yang memegang segalanya. yang menulis takdir kita dengan penuh kasih sayang. dengan cinta yang melimpah ruah. takdir mama, dan takdir saya.

mama terpaksa dimasukkan ke hospital atas sebab slipped disk. dah lama mama sakit. sejak saya di ireland lagi tapi mama tak nak mengaku je. sebab dia tahu, dia perlu menjadi 'mama'. dan di rumah perlukan 'mama'. sudah hampir seminggu mama di hospital. 

semasa melawat mama tempoh hari, mama bertanya,

"mi, cane dengan program awak next week? seminggu lebih awak tak ada kan?''

diam. sambil menghadap tingkap, pura-pura menyusun surat khabar atas meja. oh, sebak! tahan-tahan......... tahan......... tak boleh menangis depan mama. saya kena kuat! [monolog dalaman]. usaha kumpulkan kekuatan. istikharah tidak mendapat jawapan. lagi. berharap agar jawapan yang dikeluarkan adalah jawapan dari Tuhan. dengan nama allah yang ar-rahman ar-raheem. senyum dan berkata.

''ok je lah ma... orang tak jadi gi. okayh je. there is always next time.'' 

walaupun saya tahu, program itu merupakan program kemuncak summer ini. program yang memang saya target untuk pergi sejak di dublin lagi. program yang selalu dicanang-canangkan oleh sisters. hurm... Allah ingin mengajar saya untuk melihat pada semua amal sama sahaja. yang penting... ikhlas. perkara kecil boleh menjadi besar kerana niat, dan perkara besar boleh menjadi kecil kerana niat. moga saya terus ihsan dalam apa juga amal.

saya bukanlah anak yang baik. tetapi saya mahu menjadi anak yang baik dan solehah. doakan mama cepat sembuh. doakan atok saya juga. 

macam-macam perkara terjadi dalam satu masa. inilah itulah. macam-macam. sampaikan mulut ni susah nak senyum. rasa nak tembak je semua bintang kat langit itu. [hahah, over] sehingga allah mempertemukan saya dengan adik itu semula. yang tetap bangun walaupun mendapat ujian hebat dari Allah. yang tetap gagah melangkah walaupun bertubi-tubi tembakan syaitan ditujukan. yang tetap senyum walaupun dalam hatinya saya tahu sedang menangis. tetapi... dia menangis dengan Allah. 

awak, jazakillah khairan katheera kerana mengajar saya erti senyum kerana Allah. whatever happens, tetap senyum... kerana ALLAH KAN ADA...

allah, thank you for lending me a mama like her.

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Friday, July 6, 2012

have faith

salam a'laikum.

kamu perlu gagahkan langkah
meskipun payah.

air mata,
ingin mengalir di hadapan manusia?
simpan...
tinggikan nilainya di hadapan Tuhan.

hati,
bersihlah dengan asma-Nya yang husna.
pasakkanlah kecintaan pada-Nya.
terus kuat dengan-Nya.
kuatkan iman.

der... jalan dakwah dan tarbiyah ni bukanlah jalan yang ada tangga bergerak macam kat shopping mall itu. mendaki gunung la der... gunung. semakin tinggi semakin banyak halangan dan dugaan. lagi tinggi 'gunung', lagi tebal 'hutan'. lagi banyak 'benda-benda' pelik dan ajaib kita akan jumpa. lagi banyak 'strategi' kita perlu fikirkan untuk sampai ke 'puncak'.

der, sabar dan yaqeen. Dia melihat. Dia mendengar. 
der, wherever you are... whatever you do...

 always trust your heart more than you trust others. but only trust your heart when your heart have ultimate faith in allah.

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

result? have faith.

salam a' laikum.

[smile]

everything will be fine.
it will.
it will.

insha-allah.

one word; YAQEEN.

two words; ALWAYS TAWAKAL.

three words; ALLAH KAN ADA...


The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Thursday, July 5, 2012

'home'. alhamdulillah :')

salam alaikum.

kalau di bumi eire, ingin menenangkan hati, ingin merasakan kembali kepada Ilahi, saya melangkah ke Dublin Mosque. indah, perasaan itu tenang. tak tipu. meluahkan segala rasa kepada Allah, kerana tahu... Dia lebih fahami kita daripada diri kita sendiri. diceritakan segalanya. beserta linangan air mata. pohon kekuatan. pohon kesabaran yang baik. pohon hati yang bersih.

hari ini, hati terasa begitu rindu kepada tempat itu. tempat segala rahsia hati dibongkarkan kepada Dia. [erk, walaupun sebenarnya... Dia tahu je kalau saya tak bongkarkan. al-a'lim kan?]. rindu untuk berada di dalam satu ruang yang luas, tetapi pada tika itu hanya ada hamba dan Tuhan. 

maka, perjalanan selepas menghantar adik-adik ke sekolah dihala tujukan ke arah satu tempat yang menarik-narik hati ini dari kejauhan. Rumah Allah. sebuah masjid gah berdiri di kawasan UPM. tak tahu kenapa, semakin dekat, semakin hati ni terasa sebak. rasa macam tak sabar sangat nak masuk, dan duduk, dan bercerita.

enjin kereta dimatikan. kaki dihayun melangkah masuk ke kawasan muslimah. terdengar suara alunan bacanan quran. semakin sebak. air mata sudah mula bertakung. tetapi disekat. air mata itu hanya untuk Allah! tidak akan dialirkan tanpa sebab yang saya pasti tujuannya. tangan dihulur bersalaman dengan tetamu-tetamu allah di ruangan muslimah. semuanya saya kira sudah pangkat ibu dan nenek. tapi, masih lagi tegar belajar membaca quran walaupun tersekat-sekat. nenek... saya tabik spring ngan nenek!.

solat sunat tahiyatul masjid didirikan. belum sempat dahi ini diletakkan di tempat sujud, empangan itu pecah. tidak mampu ditahan lagi. Allah. Allah. ALLAH. sangat mengharapkan dan berdoa agar air mata itu adalah kerana Dia. macam mana nak  tahu?! saya pon tak tahu. jadinya, berdoa agar ia diterima.

kesabaran dipinta, kekuatan ditagih. Dia menjawab melalui surah an-nahl ayat 65.

"dan Allah menurunkan air [hujan] dari langit dan dengna air itu dihidupkan-Nya bumi yang tadinya sudah mati. sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda [kebesaran Allah] bagi orang-orang yang mendengarkan [pelajaran]".

mungkin hati ini telah sekian lama 'kering'. lalu, Dia basahkan dengan air mata. air mata yang patuh kepada perintah Dia untuk jatuh merebah menyembah bumi. walau sekuat mana cuba saya tahan, tapi saya hanya hamba. keliru juga, kenapa sebak? kenapa sebak? kenapa sebak?

kerana Dia ingin 'menghidupkan' kembali hati yang mungkin nyawa-nyawa ikan. tidak saya sedar kondisi itu la sebenarnya. tetapi ayat ini saya dapat rasakan, inilah apa yang Allah nak saya cuba fahami maksud takdirnya. Dia ingin mendengar rintihan hambanya. maka, saya merintih. satu perasaan yang tak mampu digambarkan tanpa merasainya sendiri. cerita... dan terus menceritakan segalanya. 

ya allah.

melangkah kaki keluar masjid dengan senyuman. walaupun mata merah dan hidung sudah seperti badut. memandang langit. senyum seorang diri. kerana langit itu luas. ingin meluaskan hati seperti itu. ingin bertemu dengan Penciptanya dengan hati yang bersih. dengan jiwa yang tenang. 


"Wahai jiwa-jiwa yang tenang! kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku."

[al-fajr, 89:27-30]

ingin menjadi golongan itu. usaha JOM!

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

smile; allah loves you

salam alaikum.

atas dasar cinta, Dia akan uji kesetiaan.

mohon dititipkan kekuatan.

der, relek la der...
allah kan ada.
[cuba untuk senyum]

^_^

alhamdulillah.

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Wednesday, July 4, 2012

[gulp]

salam alaikum,

just a short reminder.

for myself.

S A B A R

be P A T I E N T

allah telah merancang dengan terbaik!

pena telah diangkat,

hanya tinggal kita, untuk beriman denganNya.

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...