salam a'laikum.
![]() |
| hujan. DOA cepat! |
luar sana, hujan. sejuk. tak tipu. kipas FULL BLAST pulak tu. [geleng kepala] tak faham... geledah almari cari selimut. ambil semula tempat duduk depan laptop.
mula menyusun, nama adik-adik yang bakal bertentang mata tak lama lagi. mencari satu persatu.
scroll down.
scroll down.
scroll down.
terhenti pada satu nama. nama yang mengajar saya untuk sentiasa senyum walau apa juga takdir-Nya. dan sehingga kini, masih mengajar. terfikir sejenak. ya allah, dia bukan sahaja adikku, tetapi murabbiku.
hurm... selama ini... saya tak berani nak menggunakan perkataan seperti DAKWAH, USRAH, TARBIYAH dalam blog ini. kerana saya tahu siapa pembacanya. dan berkemungkinan besar segolongan dari pembaca itu tidak mampu menerima penggunaan perkataan itu dalam sehari-harian. takut kalau-kalau identiti terbongkar. [ceeewaah!]. takut kalau-kalau mereka tidak boleh terima. takut kalau-kalau kena marah sebab buat benda lain selain belajar.
sehingga pada suatu hari, saya gagahkan hati dan diri untuk bertanya kepada mama.
"ma... mama perasan tak something different kat orang?"
mama sedang membawa kereta. hanya kami berdua di dalam kereta unser hitam no plat R-A-H-S-I-A 007. [hehehe]. kerana itu saya berani bertanya.
"different apa?'' mama masih fokus memandang jalan di hadapan.
"alaaa.. maaa.... cane nak cakap hah?" garu-garu kepala.
suasana menjadi... teeeeeeettt.. -_-'' awkward awkward awkward.... -_-''
awkward TAK TIPU!
.......senyap.........
lepas itu,
"mi, you are my daughter. and i realised that you changed a lot. cuma mama tak nak cakap je. sebab mama tau awak tak suka orang tegur bile awak berubah.''
saya terus diam. sambil menitis air mata memandang luar tingkap. hati berdoa, bersyukur. mama tak perasan pun.
"mama tahu je awak ikut usrah. benda baik kan? tapi.. jangan sampai study terabai."
(gulp) telan air liur.
....
air mata mengalir lagi deras. kali ini, itu air mata sedih. betapa hati ini luluh kerana tak mampu nak sampaikan kebenaran yang best-gile-wa-kecek-sama-lu ini kepada mama sendiri. saat itu saya masih mentah. masih baru di jalan ini.
seorang ibu memang akan concern perihal pelajaran anak-anaknya.
mama lah yang menjadi orang kanan saya dalam gerabak dakwah ini. meskipun mungkin dia tidak tahu apa yang saya sedang lakukan, tetapi dia yakin saya tak bunuh orang. tapi saya cuba nak selamatkan orang. saya cuba nak sampaikan rasa best yang saya rasa. mama support saya setiap kali saya nak keluar pergi program. walaupun kadang-kadang ada lah jugak soalan-soalan nya... but.. what can I do? she loves me so much. [heheheh] jawab aja laa...
mama back up saya setiap kali saya hampir mengkantoikan diri.
"we were once 18, and we chose our own path without our parents interfere with our decision. so, let her choose her own path.''
ini kata-kata mama ketika saya telah terkantoi dengan papa. [menangis]
ada juga masanya, mama sendiri hantar saya ke tempat program.
ada juga masanya, mama rahsiakan program-program saya.
ada juga masanya, mama hantar mesej suruh fokus masa pengisian.
allah jualah yang memegang segalanya. yang menulis takdir kita dengan penuh kasih sayang. dengan cinta yang melimpah ruah. takdir mama, dan takdir saya.
mama terpaksa dimasukkan ke hospital atas sebab slipped disk. dah lama mama sakit. sejak saya di ireland lagi tapi mama tak nak mengaku je. sebab dia tahu, dia perlu menjadi 'mama'. dan di rumah perlukan 'mama'. sudah hampir seminggu mama di hospital.
semasa melawat mama tempoh hari, mama bertanya,
"mi, cane dengan program awak next week? seminggu lebih awak tak ada kan?''
diam. sambil menghadap tingkap, pura-pura menyusun surat khabar atas meja. oh, sebak! tahan-tahan......... tahan......... tak boleh menangis depan mama. saya kena kuat! [monolog dalaman]. usaha kumpulkan kekuatan. istikharah tidak mendapat jawapan. lagi. berharap agar jawapan yang dikeluarkan adalah jawapan dari Tuhan. dengan nama allah yang ar-rahman ar-raheem. senyum dan berkata.
''ok je lah ma... orang tak jadi gi. okayh je. there is always next time.''
walaupun saya tahu, program itu merupakan program kemuncak summer ini. program yang memang saya target untuk pergi sejak di dublin lagi. program yang selalu dicanang-canangkan oleh sisters. hurm... Allah ingin mengajar saya untuk melihat pada semua amal sama sahaja. yang penting... ikhlas. perkara kecil boleh menjadi besar kerana niat, dan perkara besar boleh menjadi kecil kerana niat. moga saya terus ihsan dalam apa juga amal.
saya bukanlah anak yang baik. tetapi saya mahu menjadi anak yang baik dan solehah. doakan mama cepat sembuh. doakan atok saya juga.
macam-macam perkara terjadi dalam satu masa. inilah itulah. macam-macam. sampaikan mulut ni susah nak senyum. rasa nak tembak je semua bintang kat langit itu. [hahah, over] sehingga allah mempertemukan saya dengan adik itu semula. yang tetap bangun walaupun mendapat ujian hebat dari Allah. yang tetap gagah melangkah walaupun bertubi-tubi tembakan syaitan ditujukan. yang tetap senyum walaupun dalam hatinya saya tahu sedang menangis. tetapi... dia menangis dengan Allah.
awak, jazakillah khairan katheera kerana mengajar saya erti senyum kerana Allah. whatever happens, tetap senyum... kerana ALLAH KAN ADA...
allah, thank you for lending me a mama like her.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.

No comments:
Post a Comment