Sunday, January 20, 2013

kadang-kadang...

salam alaikum.

dua panggilan telefon hari ini.

sebak.

-
-
-

kadang-kadang apa yang kita perjuangkan itu, tak semestinya kena pada masanya. bukan nak kata salah. tetapi tidak kena pada masanya. 

kadang-kadang, kita rasa hak kita tak tertunai. tetapi, tanya diri sendiri balik, adakah kita sudah menunaikan hak orang lain?

kadang-kadang, apa yang kita rasa PERLU, bukanlah perlu sangat pun. sebab mungkin pada tika itu, pendorong kita adalah nafs. itu adalah KEINGINAN.

kadang-kadang, kita menuntut pengorbanan daripada orang lain. tanpa kita merefleksi sejauh mana diri sendiri telah berkorban demi dakwah dan tarbiyah ini.

kadang-kadang, kononnya kita dah buat baik-punya-rancangan. tetapi mungkin pada ketika itu, kita lupa untuk menyandarkan perancangan kita kepada Yang Sebaik-baik Perancang.

tetapi,

selalunya, allah tak marah pun ke kita.
selalunya, allah hantar sisters untuk guide kita.
selalunya, allah tegur kita baik-baik.

at the end of the day, sejauh mana kita muhasabah dengan perkara yang telah allah takdirkan. bukan buat i-dont-know-i-dont-care sahaja. 

allah, guide our hearts.

please.

T________T

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Friday, January 18, 2013

possession!

salam alaikum.

:')

pagi itu, mathurat.

selama ini membacanya, tetapi pagi itu. satu ayat. membuat hati ini tak henti-henti palpitation. [i can listen to my own heart beat even i am at rest, woah... mentang-mentang baru selesai 'clinical competency'.]

''Dan kepunyaan-Nyalah siapa saja yang ada di langit dan di bumi. Semua-Nya hanya kepada-Nya tunduk.''
[surah ar-rum, 30:26]

walaupun bacaan mathurat diteruskan oleh sisters yang lain, aku masih terhenti pada ayat itu. cuba memahami. 

errr... tak faham.

aku pun teruskan sahaja bacaan mathurat.

hati tak rasa best.

aku kembali pada muka surat ayat tadi.

hati cuba menafsir kata-kata allah itu. kalamullah itu.

''allah, berikan aku hikmah. please.'' hati kecil aku memohon.

tidak sedar. air mata aku mengalir. senyap. cuba aku tahan bunyi hingus. tak mahu ada yang perasan. 

ya allah, segala di dunia ini... MILIK ALLAH. ya, allah pemiliknya. 

masa, tenaga, pemikiran, perasaan, nafas, pandangan, gerakan, lintasan hati, dan banyak lagi. itu semua milik allah. satu pun bukan milik kita. siapa kita nak claim diri kita ni possessive? siapa kita nak kata ini masa aku dengan diri aku, jangan kacau. ataupun... issshhh... ni duit aku, aku nak saving, tak leh infaq banyak-banyak. siapa kita nak kata hatiku sudah dimiliki oleh orang lain [ceweah..], sedangkan ALLAH PEMILIK HATI KITA?!

membuka encik furqan [nama quran aku]. bertambah sebak.

Dan Dialah yang menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali, dan menghidupkannya kembali itu adalah lebih mudah bagi-Nya. Dan bagi-Nyalah sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
[ar-rum, 30:27]

kadang-kadang kita sendiri tak dapat nak tafsir perasaan diri kan? aku selalu kata yang aku susah nak memahami manusia. kompleks sungguh! betul! tapi hari ini.... aku baru sedar... [betul tak tipu].

hakikatnya, aku pun adalah seorang manusia.

yang mungkin jauh lebih kompleks berbanding manusia-manusia lain. 

fasa ini, aku cuba memahami diri sendiri. [krisis diri? haish....] aku ingin menyusun diri.

di mana aku meletakkan gerabak dakwah ini dalam diri dan hati aku, bukan... di mana aku patut meletakkan diri dan hati aku dalam gerabak dakwah ini. [erh? kompius? aku pun. pada awalnya]

tetapi...

Memang seperti itu dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai.

.....


“Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta… Mengajak kita untuk terus berlari…

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”



*ya allah, bantulah aku untuk untuk menyusun TARBIYAH DIRI aku sendiri. bukan orang lain. allah, please.  winter break, dua minggu. aku mahu menyusun. menyusun tarbiyah aku.

segalanya milik allah. termasuk planning aku. dan planning kamu. keinginan aku keinginan kamu. kehendak aku kehendak kamu. itu milik allah. makanya harus JELAS! 

sebenarnya, tak salah untuk kita berhenti sekejap dalam perjalanan kita, untuk mengikat tali kasut yang terbuka. supaya perjalanan seterusnya tak adalah adengan jatuh tergolek terpijak tali kasut sendiri.

ada yang menjawap, ''tak payah lah pakai kasut bertali.''

hehs, aku berkata, ''aku suka kasut tali. [senyum]''

akhirukalam, luruskan hati. dalamnya hanya bisa ada satu. dan itu, [aku, kamu sedar bukan?] hanya allah. segala yang berpaut pada allah takkan lenyap. kerana allah itu al-haq. kalau perasaan itu disandarkan pada allah, maka ia takkan lenyap. yakinlah. percaya lah.  

 The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Friday, January 11, 2013

Hadir.

Salam alaikum.

DiKau hadir
Di kala aku memerlukan
DiKau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan diKau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Bila mana mula terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba

Allah, Engkau ingin membersihkan.
Aku tahu.
Kuatkan aku.
Kuat!!!!!!!!!


Tuesday, January 8, 2013

Dalam d i a m.

Salam alaikum,
Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya.
Tidak pernah.

Tengah study, hafal-hafal.
'Message notification'.
Satu link.

Nak buka, tak nak, nak ke tak nak?
Takut dengan isi kandungan link itu.
Errr...
Hurm.

'Click'

Dengar.

Airmata.

Dalam diam Engkau berbicara kepada aku melalui dia.


Aku ingin hati yang besar sepertinya juga.
Allah.
Alhamdulillah.
Ya allah, kuatkan aku dengan kehadiran hambaMu.
Moga aku juga mampu memberi kekuatan kepada mereka, 
walaupun sedikit.


5:35

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada allah dan carilan wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah dijalanNya, agar kamu beruntung."


The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Monday, January 7, 2013

C a l m

... And the toughs get going. :)

He is al-qawiyy.

Saturday, January 5, 2013

post-PMS

salam a'laikum.

akhirnya kutemui jawaban. alhamdulillah.
[senyum; nangis]

hampir seminggu telah berlalu.
PMS, Perhimpunan Musim Sejuk 2012 di Sheffield. 

di sana, aku melihat jiwa-jiwa yang sedang dahagakan tarbiyah. ruh-ruh yang ingin sangat pulang kepada kuasa terhebat di dunia dan alam semesta, semestinya di akhirat juga. ALLAH s.w.t. tidak pernah aku sangka sebegitu 'hidup' hati manusia-manusia di situ. 

ini adalah PMS aku kali kedua. tetapi, menghadiri PMS bukan sebagai peserta mahupun sebagai seorang adik [seperti yang telah aku lalui tahun lalu] membuatkan aku lebih berfikiran terbuka. banyak benda yang aku belajar. dari semua orang. daripada kakak-kakak uk dan ireland, dan juga daripada adik-adik uk ireland sendiri. masha-allah. sudah lama aku tidak melihat, sinar-sinar wajah mereka yang pertama kali diketuk pintu hatinya untuk mengenal islam. mengenal siapa ALLAH.  mengenal diri dan memahami apa itu 'saya seorang muslim'.

semangat adik-adik yang berkobar-kobar dengan cinta tarbiyah. ramai yang menemui 'turning point' nya ketika dan selepas PMS. begitu juga adik-adik aku. mendengar feedback daripada sisters menjadi fasilitator yang mengendali kumpulan adik-adik aku, panas mata ini terasa. tanpa sedar, air mata aku mengalir. betapa allah jualah yang memegang hati-hati mereka. dan juga betapa Dia mendengar doa yang lintas dalam hati ini sepanjang aku menjadi kakak mereka. mereka ingin berubah. berubah menjadi hamba.

alhamdulillah. thumma alhamdulillah.

meskipun aku agak sibuk ketika di PMS kerana perlu menguruskan hal-hal teknikal, aku gagahkan juga untuk mencuri masa-masa yang ada untuk duduk dan bermuayasyah denga adik-adik aku. untuk lebih mengenali, dan memahami cara fikir mereka. mendengar luahan hati mereka. untuk belajar sesuatu dari mereka. tetapi sering kali aku terpaksa meninggalkan mereka ketika sedang rancak berbual kerana tanggungjawab lain memanggil. saat aku terpaksa berlalu pergi, tidak putus-putus aku doa dalam hati, ya allah bimbing hati-hati kami dalam apa jua cara. 

dalam tidak sedar, sebenarnya aku mula merasakan sesuatu yang pelik terhadap adik-adik aku. yang mana selama ini aku cuba untuk elak dari membenarkan rasa itu masuk dalam hati. debar, risau. risau. risau. mungkin, aku mula rasa sayang kan mereka. dan rasa itu bukan aku yang minta. Dia yang hadirkan. dan aku tidak boleh nak elak kali ini. betul. aku sayangkan adik-adik aku. 

risau. kenapa?

kerana aku takut, rasa itu hadir kerana naluri aku sebagai seorang manusia, sebagai seorang kakak yang sayangkan adik-adiknya. aku tak mahu rasa itu. aku mahu rasa itu betul-betul hadiah dari allah kerana perjuangan yang sama, utk mengejar redhaNya. bukan kerana ''ukhuwah sweet sweet''. bagi aku, ukhuwah itu tidak pernah sweet, kerana akan hadir ujian dan cobaan untuk membersihkan setiap abid. tetapi yang membuatkannya sweet ialah IMAN. keimanan yang tahap mokhsya kepada allah yang akan melahirkan kehangatan ukhuwah yang mampu memelihara kita dari kebekuan musin sejuk ini. allah, tolong pandu hati-hati kami. T_T

takut. kenapa?

kerana aku merasakan akulah manusia paling tidak layak untuk menjadi kakak mereka. betapa diri ini penuh dengan lompong-lompong dosa, karat-karat jahiliyah, lumpur nasfu yang mengotorkan hati. adik-adik aku mampu untuk berlari laju. adik-adik aku mampu menjadi lebih terer dan dahsat daripada aku. adik-adik aku butuhkan pengisian jiwa dan hati yang lebih baik. adik-adik aku perlukan murabbi yang lebih baik daripada aku. takut. aku takut, tidak dapat menunaikan hak-hak mereka. aku takut, diri yang lemah ini menjadi penghalang kepada hidayah yang dapat membersihkan jiwa-jiwa pemuda itu. aku takut, aku menjadi tembok pemisah antara mereka dengan tarbiyah. sehinggakan setiap kali aku berdoa, aku mohon kepada allah, 
''Ya allah, sekiranya tarbiyah mereka lebih baik dengan hambaMu yang lain, maka aku rela melepaskan mereka. kerana mereka punya peluang besar untuk lebih kenal diri Mu.''

aku kisahkan kerisauan aku kepada murabbi aku. 

''akak, adik-adik saya terer sangat. saya takut saya tak mampu. saya takut. akak faham tak takut tu apa?''

murabbi aku menjawap dengan kool.

''doa, aimi.''

ya allah, betul sangat. doa! DOA! the power of dua! subhanallah. astaghfirullah. aku sibuk bermain-main dengna perasaan takut aku sehinggakan aku terlupa satu kuasa supersaiya yang aku ada. yang semua mukmin ada. DOA. sesuatu yang menghubungkan aku dengan allah secara direct, tanpa ada sebarang medium antara aku dan Dia. 

sepanjang minggu ini, sebelum aku mula study [exam aku dalam masa 10 hari lagi. 14 januari 2013]... masa mula-mula nak masuk gear mood belajar tu... tiba-tiba aku akan rasa sebak. tiba-tiba. air mata tumpah. ergh! tak tahu  kenapa. pikir pasal adik-adik ke? pikir pasal study ke? pikir pasal kawan-kawan ke? pikir pasal family kat malaysia ke? aku pun tak tahu. sehinggakan aku berkata-kata setiap kali aku menangis,

''ya allah, kenapa aku ni? aku nak study. kenapa nangis ni?''

dan terus menangis. [erk, ye nangis.]

merasakan beban yang semakin berat mungkin.
merasakan dakwah yang semakin menuntut mungkin. 
merasakan diri perlu semakin matang mungkin. 
menyedari, 
mula sedari, hati yang perlu lebih dibesarkan dengan cinta allah.
ini bukan mungkin. tapi ini pasti!

seusai solat jemaah dengan seorang kakak tadi, aku berkata.

''akak, saya tahu random. tapi, bagi saya satu nasihat.''

makanya, melalui dia, Allah berkata-kata kepada aku.

''bukankah KAMI telah melapangkan dadamu [muhammad]?''
''dan KAMI telah pun menurunkan bebanmu darimu.''
''yang memberatkan punggungmu.''
[asy-syarh, 94:1-3]

bukankah KAMI...
KAMI...
KAMI...

itu ALLAH.

allah jualah yang melapangkan dada aku, kamu, dia, mereka. allah! betapa kita cuba mencari kelapangan pada benda lain, tetapi kelapangan hati hanya asalnya dari allah. allah yang memberi kelapangan itu. nabi dulu lagi rasa beban kot dakwah ini. nak kena islam kan SATU DUNIA! [pengsan] semestinya rasa berat. tetapi, allah meringankan rasa berat itu untuk dia. keringanan dan kelapangan itu allah sahaja yang boleh bagi. dan, nabi muhammad tenang kan? kool kan baginda? hurm... mahu menjadi kool macam itu.

bukanlah dengan menghabiskan semua lecture notes dapat melapangkan hati aku, sebenarnya.
bukanlah dengan membuat semua soalan past years dapat melapangkan hati aku, sebenarnya.
bukanlah dengan menangis meghoyan dapat melapangkan hati aku, sebenarnya.
bukanlah dengan memikirkan solusi sesuatu perkara dapat melapangkan hati aku, sebenarnya.

tetapi...

allah.

Dia yang dapat melapangkan hati aku, kalau Dia mahu.
dan Dia juga mampu menyempitkan hati aku, kalau Dia mahu.

lama aku tidak bersua muka dengan adik-adik aku. lama juga aku tidak membalas mesej mereka. lama juga aku tidak bising dalam group LINE kami. bukanlah aku tidak mahu. bukan juga aku ingin sangat duduk terperuk dalam 'gua' buatan aku ini. tetapi aku merasakan kondisi hati aku tidak membenarkan. kotoran-kotoran di hati ini mungkin akan mengotorkan hati-hati bersih mereka. 

buat adik yang berada jauh dari aku juga, bukan aku tidak mahu menceritakan apa yang terbuku dalam hati aku. aku cuba. tetapi aku tidak reti. mungkin saja apa yang aku perkatakan tidak seperti apa yang sedang menyerabutkan aku. salah faham. bersangka. itu aku tidak mahu. aku juga tidak mahu mengotorkan sesiapa. hati-hati bersih dan suci itu tidak layak untuk menerima hamba hina seperti aku ini. mereka butuhkan pemilik hati yang besar. 

berhenti!

sampai bila aku nak rasa down macam ini? hurm, daie memang suka muhasabah. tapi kadang-kadang kita lupa nak ada point of action [POA]. terus rasa down tanpa ada apa-apa tidnakan untuk up kan balik diri. sekali lagi, aku lupa, aku ada DOA.

sekotor mana diri ini, aku masih ada ALLAH.
sehina mana diri ini, aku masih punya DIA.
selemah mana diri ini, itulah... aku hamba DIA.

sampai bila aku ingin biarkan syaitan bermain-main sepsepseptomtomtom dengan hati aku yang sedang 'kurang sihat' ini. ya allah, lindungilah aku. lindungilah kami. sudah, sudah, sudah! tak akan aku nak biarkan syaitan menang lagi! aku perlu bangkit. muhasabah, muhasabah jugak, tapi action perlu ada.

hurm... berkata-kata memang mudah kan? menulis pun mudah. itulah struggle aku. untuk memanifestasikan blog ini dalam perbuatan. doakan aku. 

bukankah ALLAH telah melapangkan dadamu wahai Keberkatan?

bukankah ALLAH telah melapangkan dadamu wahai Keberkatan?

bukankah ALLAH telah melapangkan dadamu wahai Keberkatan?

hurm...

buat sistersku, di mana jua kamu berada... 
nabi muhammad s.a.w. pesan,

 "Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan cinta kepadanya." 

Anas r.a. mengatakan bahwa seseorang berada di sisi Rasulullah saw., lalu salah seorang sahabat melewatinya. Orang yang berada di sisi Rasulullah tersebut mengatakan, "Aku mencintai dia, ya Rasulullah." Lalu Nabi bersabda, "Apakah kamu sudah memberitahukan dia?" Orang itu menjawab, "Belum." Kemudian Rasulullah saw. bersabda, "Beritahukan kepadanya." Lalu orang tersebut memberitahukannya dan berkata, "Sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah." Kemudian orang yang dicintai itu menjawab, "Semoga Allah mencintaimu karena engkau mencintaiku karena-Nya." 

aku tahu, mungkin aku jarang memperkatakannya. kadang-kadang ia terkeluar dari mulut aku. dan aku betul-betul maksudkannya kalau aku cakap. aku sayang kamu kerana allah. [ok, dah cakap.] dan aku bersyukur rasa itu hadir kerana kita mengejar satu destinasi yang sama. cinta allah. kalau sudah tidak ada lagi cinta allah yang menjadi matlamat kita, maka rasa itu mungkin tidak lagi bermakna kepada aku seperti mana ia memberi penuh makna kepada diri ini. banyak yang aku belajar dari kamu semua. dan aku tidak mahu bosan daripada terus mengutip mutiara-mutiara dari kamu semua. 

buat dia di sana, kamu tahu apa aku rasa. kamu faham apa aku rasa, meskipun kamu jauh. cuma mungkin aku yang lemah dalam menjaga kebersihan ukhuwah ini. aseef. aseef. aseef. aku tahu kita inginkan allah sahaja. dan sepanjang perjuangan itu, Dia akan menghadirkan ujian, cobaan untuk membersihkan. itulah, satu je sebabnya. sebab, allah sayang sangat kepada kita. Dia sayang sangat. dan aku ingin membawa cinta ini sampai syurga. bukan sahaja dunia. aku tahu, biar sakit sebentar,  biar air mata itu mengalir kerana Dia. bukan kerana dunia, Dia tahu kita sedang struggle. 

ya, kita hanya perlukan allah. yang pertama untuk dicari ialah allah. tetapi itu tidak bermakna kita perlu mengabaikan nikmat sisters di sekeliling kita. ini apa aku belajar.

allah NO. 1, but sisters will never be the last.

nabi muhammad ada abu bakar. dan  musa ada harun. aku? aku ada sisters. aku ada kamu.

 mula dari awal jom. 

''salam alaikum, :) nama aimi. panggil aimi. awak?'' 

[sengih, sambil hingus-hingus]

erm... panjangkan post aku kali ini. alhamdulillah.
pembersihan itu satu nikmat.
sisters itu satu nikmat.
tarbiyah itu satu nikmat.
struggle itu satu nikmat.

hanya mereka yang ditarbiyah akan melihat ujian itu satu nikmat. dan aku tahu aku sedang ditarbiyah. oleh 'murabbi' terhebat, ALLAH.

doakan aku terus tsabat. 
kerana aku ingin tsabat sampai aku syahid di jalan ini.
biiznillah.#

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...