salam a'laikum.
ya allah, sampaikan lah isi hati ini padanya.
allah maha tahu.
walau sedahsat mana kita menyusun kata untuk manusia, allah lebih tahu isi hati kita.
walau segagah mana kita berlagak depan manusia, allah lebih tahu isi hati kita.
walau berbunga mana status facebook kita untuk manusia baca dan komen-komen serta like-like, allah lebih tahu isi hati kita.
walau sepanjang mana post blog kita, allah lebih tahu isi hati kita.
ukhti yang saya sayang,
kamu kata, ''wajah boleh tersenyum dan senyuman itu disimpan dalam gambar. tapi, hanya Allah sahaja yang tahu secara realiti... betapa sedih dan pilunya hati hamba Tuhan itu.''
jarang saya menulis untuk menyampaikan kata hati ini kepada seseorang. namun, Dia menggerakkan jari ini untuk terus menaip, menaip, menaip. kerana saya sayang kamu, fillah.
maafkan saya kerana kesalahan saya. saya masih belajar. ingin menjadi hamba Dia. namun, saya tersilap langkah. saya terlepas pandang. kononnya sibuk mencari 'permata-permata' baru, saya terlupa akan 'permata' yang sudah lama berada di sisi saya. 'permata' yang indah.
kamu, menyokong... membantu... mendengar...
tatkala diperlukan mahupun tidak.
tatkala diminta mahupun tidak.
saya tahu, betapa hebat kamu bersangka baik dan bersabar dengan kemerengan saya, kemerengan kami, kamu masih manusia. kamu masih hamba. kamu masih punya hati. kamu punya perasaan.
konon ingin berlari kencang, tapi... angin kencang itu meninggalkan runtuhan-runtuhan dalam hati dan jiwa kamu. seperti si angin taufan, yang hanya datang dan pergi. meninggalkan kerosakan di bumi. hati kamu, luka. tetapi, lambat saya sedar ia berdarah. sehingga menjadi begitu parah.
ukhti yang saya sayang fillah.
kenapa FILLAH ya?
dahulu saya bajet konon-konon faham, tapi tidak. berlagak faham, tapi jahil. saya ingat bila kita sudah bersahabat selepas bertemu di jalan ini, itulah FILLAH. tapi tidak... pertemuan itu hanyalah permulaan pencarian erti FILLAH yang sebenar.
kerana Allah. saya sayang kamu kerana allah. ukhuwah fillah. ukhuwah kerana allah.
itu hanya terjadi apabila Allah yang menyatukan hati-hati yang suci, untuk satu tujuan. menegakkan kebenaran. dan kebenaran hanya satu, ISLAM. bukan sekadar nak sweet-sweet-gitu. hati-hati yang menjadi pilihan Dia.
ukhti, nampak sangat, selama saya berukhuwah dengan kamu, hati saya tidak bersih. kotor. sehinggakan Dia menguji ukhuwah ini, untuk membersihkan.
ukhti, dahulu katanya ukhuwah fillah, tetapi...
kamu menangis, saya tidak tahu.
kamu mengadu, saya membisu.
kamu inginkan kebenaran, saya tidak mampu memberi kebenaran.
ukthi, saya masih belajar. saya ingin berubah. berubah kerana Dia. terlalu banyak lopong-lopong dalam diri yang tak mampu saya baiki seorang diri. kamu faham, bukan?
ukhti, maafkan saya. saya juga terluka. melukakan diri sendiri. merefleksi diri. teruk sangatkah keadaan iman sehinggakan hilangnya sensitiviti saya terhadap hati dan perasaan kamu? entahlah. [-_-]'''
itula... allah maha tahu, bukan?
Dia lebih tahu sama ada hati saya betul-betul ikhlas menulis ini untuk kamu.
Dia lebih tahu sama ada kata-kata ini lahir dari hati atau pun sekadar ingin bermain-main kata.
Dia lebih tahu sama ada kemaafan yang saya pinta ini, kamu beri atau tidak.
akhir kata, walau apa pun terjadi... insha-allah... saya tak nak lepaskan kamu. kerana saya yakin, Dia menghantar kamu kepada saya dengan sebab yang kukuh. bukan sia sia pertemuan kita di bumi ini. kamu, tak akan saya lepaskan. kerana saya yakin, kamulah antara hamba-hambaNya yang akan menarik saya sekiranya saya terjatuh. yang memapah saya jika saya tersungkur. yang membangkitkan saya tatkala iman futur.
gelak tawa kamu, senyuman kamu, kewujudan kamu, masakan kamu, cerita kamu, celoteh kamu. saya rindu. :'(
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
1 comment:
only one ukhti came to my mind.. tataulah betul ke tak. semoga tali itu belum putus.... dan anda berdua kembali bersama2. :')
Post a Comment