Salam alaikum.
Pagi ini empangan saya pecah. Pecah.
Tengah hari, pecah lagi.
Petang... Sekali lagi.
Sekarang, malam. Pecah. Empangan itu pecah lagi.
Hati saya tersentuh. Tersentuh dengan cinta Dia. Hati saya tersentuh dengan cinta Tuhan saya. Tuhan saya!!!
Pagi itu, saya diingatkan oleh seseorang tentang detik-detik pertama saya kenal Tuhan saya.
Dia yang Maha penyayang.
CintaNya tidak bersempadan.
Dia yang Maha adil.
TakdirNya tidak akan menzalimi saya walaupun sebesar zarah.
Dia yang Maha kuat.
memberi saya rasa gagah bila sayaperlu gagah.
Dia yang Maha mendengar.
sungguhpun hanya lintasan hati.
Dia yang Maha sabar.
sungguh lama Dia sabar dengan saya, memberi saya peluang satu demi satu.
Dia Tuhan yang satu!
tidak ada lain yang layak disembah melainkan Dia sahaja!

No comments:
Post a Comment