Wednesday, September 29, 2010

terlalu dissolve dengan IB; macam mana nak buat keputusan hah?

salam a'laikum ^_^

kesibukan dunia menghentam iman.

bagi sesiapa yang tidak pernah mengambil diploma International Baccalaureate [IB saya mengharapkan kamu-kamu tidak berfikiran yang kurang betul tentang para pelajarnya termasuklah kami, di KMB. saban hari bergelumang dengan kesibukan dunia dan ada antara kami yang terlalu 'dissolve' dalam IB sehingga alpa tentang matlamat hidup seorang muslim; abid dan khalifah.

kakak-kakak selalu pesan. sem 3 ini paling mencabar. betul. mencabar dari segi hati dan iman. mencabar apabila kita ingin membuat sesuatu keputusan. cabaran yang hebat sehinggakan kita tidak mampu untuk menghadapinya seorang diri. apabila diri sedang bersendirian, maka minda ini akan mula beroperasi secara kurang normal sehinggakan berfikiran yang bukan-bukan.

"dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk dan Allah memurkai dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka Jahannam. Dan (neraka Jahannam) itulah sejahat-jahat tempat kembali."
[Surah al-fath, 48:6]

seorang diri. tidak berteman. iman futur. kepala pusing. hati resah. fikiran serabut. syaitan akan datang mencucuk. oleh itu, keputusan yang dibuat bukanlah berdasarkan kebergantungan kita kepada Allah. kerana keyakinan kita sendiri akan goyah.

apabila hati ini telah dipenuhi dengan cinta kepada dunia, maka bagi tahu saya, adakah masih wujud ruang untuk cinta Allah bertakhta dalam hati kita? ada kah? hah? hah????

analoginya. kalau satu botol yang berisi air mineral yang suci bersih berseri, tiba-tiba diisi dengan air kopi yang pekat tahap melampau. kita nampak lagi tak kejernihan air mineral dalam botol tersebut? nampak ke? hah? hah???? tak kan? walau sebanyak mana air mineral kita top up dalam botol itu pon, warna kopi yang hitam legam itu akan masih kelihatan.

botol ibarat hati kita.
air mineral ibarat cinta Allah.
air kopi ibarat cinta dunia.

kalau hati kita sudah terisi dengan cinta kita kepada dunia, macam mana cinta Allah berkuasa? sebanyak mana kita nampak cinta Allah pun [nikmat Allah], tapi kalau hati kita masih melekat kepada cinta dunia, tidak berguna juga.

"Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya..."
[surah al-ahzab, 33:4]

oleh itu, kebergantungan kita kepada Allah amat penting dalam membuat sesuatu keputusan. untuk kita rasa bergantung kepada Allah kita haruslah bercinta dengan Allah. untuk bercinta dengan Allah, terlebih dahulu kita perlu kenal Allah. siapa Allah? Dialah yang telah menciptakan kita dan mencintai kita sepenuhnya, Maha Penyayang.

usia cinta lebih tua daripada dunia.

kenapa ek?
bukan dunia ini wujud dulu baru manusia ada. lepas itu barulah wujud cinta di muka bumi ini.

bukan....

sebenarnya, atas dasar cinta kepada kitalah Allah telah ciptakan dunia ini untuk kita. jadi, betullah cinta lagi tuakan? cinta apa? yang pasti bukan cinta manusia. tapi cinta Allah.

kenapa ah?

kerana atas dasar cinta lah, Allah menciptakan dunia ini untuk makhluk-makhluknya terutama kita. kita!!! tak ke rasa amat dihargai? dunia ini.. dunia!! untuk kita!! Allah cipta dunia ini untuk kita kawan-kawan.... betapa sayangnya Allah dekat kita.

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. "
[surah al-baqarah, 2:30]

tapi apa kita dah buat dengan dunia? kita utamakan dunia dari Allah. sedihkan? kita lebih cintakan dunia dari Allah. terukkan?

kadang-kadang bukan niat kita untuk terus 'dissolve' dengan IB, tapi itulah... apabila keputusan yang dibuat bukanlah dipandu dengan keimanan, maka hanyutlah kita. sebab kita buat keputusan bukanlah keputusan yang diredhai allah.

terasa amat sedih apabila sedar yang saya telah membuat satu keputusan tanpa berserah diri kepada Allah. hati dan minda dibelenggu dengan komitmen dunia sampai saya hampir melupakan komitmen terbesar saya pada jalan ini.

tapi, alhamdulillah... Allah telah menghantar sahabat-sahabat dan kakak-kakak untuk kembali memperbetulkan hati saya yang semakin lama semakin jauh dari jalan yang lurus. saya terfikir, sampai bila saya ingin begini? melencong, kemudian kembali betul. terpesong, kemudian kembali lurus. tidak kah saya seharusnya rasa malu dengan Allah? sudah beberapa kali Dia mengetuk pintu hati ini untuk kembali mencintai-Nya sebagaimana seorang hamba harus mencintai Tuhannya. tapi, adakah perkara yang sama akan terjadi kalau hati saya kembali berbolak-balik? macam mana kalau tiba-tiba saya tersenget jalan, dan berterusan senget sampai bila-bila. na'uzubillahiminzaalik.

saya terbaca dalam satu majalah,

kalau kita hilang cinta Allah, bermakna kita sudah hilang segala-galanya.

ya allah, ampunkan dosaku ya Allah. jangan Engkau tinggalkan aku ya Allah.

seorang sister bertanya kepada saya,
"kita sudah lama kan ada kat jalan ini. alhamdulillah. sudah banyak Allah beri kebaikan kepada kita apabila kita berada atas jalan ini. tapi pernah tak kita fikir, apa kebaikan yang telah kita berikan kepada jalan ini?" [a point to punder]

terasa diri ini sangat terhina apabila melihat kembali apa yang telah berlaku. dunia. dunia. dunia. sanggup dilepaskan sesuatu yang disukai dan dicintai Allah, semata-mata kerana dunia?!!! apakah???!!!!

usrahmate saya pesan, semua perkara yang kita nak buat kita kena minta dari Allah. tak kira lah apa-apa pun, sebab semua pun milik Allah. lebih-lebih lagi apabila kita nak buat keputusan. minta kepada Allah [ peringatan untuk diri sendiri juga]. minta minta minta. Allah mendengar segala rintihan kita. cuma kita harus yakin yang Allah sedang mendengar. bersangka baik dengan Allah.

mungkin ini satu fasa yang sedang saya jalani untuk ke fasa yang lebih baik. hopefully. janganlah fasa yang lebih teruk. semoga Allah memelihara kita semua. semoga Allah memelihara cinta kita kepada-Nya. insya-allah.

p/s: maaf kerana lama tidak menulis, well... nikmat DUNYA jgn sesekali kau mengaburi hati aku lagi! please!!!

3 comments:

Anonymous said...

a point to PONDER kot... rasanya iA...

chik said...

owh sahabat patik, terima kasih for another reminder to share with us yg rsenye ramai mnunggu post tuan hamba kot.. hehehe. hurm, dunia. betul lar.. knpe asyik terpesong je bile kite rse kite dah btul2 kat jln btul?? mcam yg tuan hamba taw.. patik sgt2lah ingin mmbantu tuan hamba, rse macam beratnye beban yg ditanggungmu!! oh..chik! usah lah bermadah lagi!
every questions yg hg tanya tu, memang btul2 boleh buat the readers muhasabah diri balik..pikir balik.. sedar ke tidak..betul ke.. ape ke.. untuk sape semua ni.. hurm, really2 masyuk dgn analogi air dalam botol tu..well, senang faham! tapi kan addy..knp kadang2 aku rse cam bnda somthing yg dibuat tu macam takde klasifikasi dunia atau akhirat? kalo tak buat, salah..kalo buat pon macam takde ape2 je..wolopon btul2 dah bismillah ape sume..

alaq ashiqin said...

manusia diciptakan dengan kelalaian,
agar dengan teropong kelalaian itu dapat kita lihat kesempurnaa Allah~

be strong in any ways!!!

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...