Sunday, September 12, 2010

ibu, tak ada pun syurga?!

salam a'laikum.

"ibu, cikgu kata syurga ada di bawah telapak kaki ibu. naknak tengok?"
dengan senyuman si ibu melihat telatah anaknya yang sedang membelek-belek kakinya.
"ibu, tak ada pun syurga."

itulah perbualan yang common antara seorang ibu dan anak yang sudah belajar di sekolah. saya pun pernah bertanyakan soalan yang sama kepada ibu saya. mungkin persoalan yang sama telah ditujuan kamu-kamu semua kepada ibu-ibu tersayang kan kan? ^_^

kenapa syurga di bawah telapak kaki ibu? kenapa bukan kat tangan ke? kat wajah ibu ke, biar terserlah seri ibu itu sikit. kenapa bukan kat poket ibu ke? senang nak bawa ke mana-mana. asal di BAWAH telapak kaki? kalau kat bawah telapak kaki ibu, masa ibu berjalan-jalan, ibu tengah pijak-pijak syurga kankan? kejamnya ibu....

persoalan ini berlegar-legar dalam kepala saya waktu saya sekolah rendah dulu. almaklumlah, lurus. ^_^ . hadis rasulullah yang berbunyi; "al-jannatu tahta aqdamil ummahati".

syurga,
tempat pengakhiran yang terbaik buat kita semua.
tempat yang menjadi impian semua muslim untuk bertemu dengan rabb.
tempat yang sangat mahal harganya sehingga kita perlu membelinya dengan dunia kita.
itu pun, masih tidak cukup untuk membeli JANNAH.

tapi kalau syurga itu hebat, syurga itu best, syurga itu pergh! kenapa ada di bawah telapak kaki ibu? ^_^ . sebab nak kata darjat ibu itu sangatlah tinggi dan power, lagi tinggi and super hebat daripada syurga. sehinggakan ibu berada di ATAS syurga. tengok! betapa mulianya seorang ibu. tapi kita, kita layan tak ibu seperti yang sepatutnya seorang ibu dilayan?

"ah", "uh", "ish", "malaslah", "kejap lagi", "kacaulah", "argh!", dan lain-lain.

kenal tak perkataan seerti di atas ini?
pernah tak terkeluar dari mulut kita dalam sedar atau tidak sedar diri?
kalau pernah, sesungguhnya... hati ibu itu sangat lembut, hanya kemaafan seorang anak yang diharapkannya. tak banyak.

hospital attachment di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah merupakan turning point saya. setelah menyaksikan kelahiran dua orang cahaya mata secara live, baru saya tahu betapa sakitnya, betapa deritanya, betapa payahnya untuk seorang ibu melahirkan anaknya. ketika itu, terbayang wajah Puan Noraini binti Hj. Ujang. betapa banyak perkataan seerti di atas telah saya gunakan dalam kehidupan seharian saya selama ini. ya allah, sungguh saya ini seorang hamba yang tidak bersyukur.

seorang kakak ini, anak pertamanya. sangatlah lama untuk dia melahirkan anaknya. saya dan sahabat-sahabat yang lain dah terkepit-kepit kaki ini bagaikan kami pula yang nak beranak. Alhamdulillah, setelah hampir sejam rasanya, barulah anaknya selamat dilahirkan. saya memang tabik spring toink toink kepada sesiapa sahaja yang bergelar ibu, mama, ummi. mother, mom, mommy, bonda, dan lain-lain. kawan-kawan, bukan senang ibu kita nak lahirkan kita ke dunia ini. antara hidup dan mati. serius semua orang kena tengok delivery baby atleast once in a life time secara LIVE! barulah kamu semua akan betul-betul menghargai ibu kamu.

oleh itu, wajarlah ibu lebih power darjatnya daripada syurga.

mama, ai love yu!

2 comments:

chik said...

addy, kamu kemane??susahnye nak jawab call...nice entry! banyak maksod.. bnyak nasihat..as usual, evrytime online, open ur blog just to read, feel..., refresh and remember your REMINDER. insyaAllah..

ainna said...

aku lak.. love u aimi~ hahaha

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...