salam a'laikum...
leteran seorang kakak kepada adik-adiknya.
"korang kena belajar rajin-rajin. kasik dapat markah hebat-hebat. kesian mama ngan papa keje susah-susah. ingat belaja lagi susah ke dari keje?"
tapi, apa respon...
sadis... sadis.. sadis...
mata dijulingkan. focus hanya pada laptop.
terasa pedih di ulu hati.
tiba-tiba terkeluar pertanyaan yang tak dirancang pun.
"macam mana one day mama tak balik rumah? eksiden? bila lagi korang nak buat mama happy?"
adik-adik masih buat tak tahu.
ini kerana mereka tidak tahu.
tidak-tahu.
dua perkataan tersebut menjadi penghalang segala-galanya.
mereka tidak tahu betapa peritnya kehilangan seseorang yang amat disayangi.
mereka tidak tahu sakitnya menghantar jenazah ke tanah perkuburuan.
mereka tidak tahu deritanya untuk menerima pemergiannya dengan hati yang redha.
mereka tidak tahu.
sahabat-sahabat,
hargailah mereka yang anda sayangi. please!
especially ibu bapa.
sayangai mereka sepertimana mereka berhak disayangi.
kerana kita tidak tahu, bila akan tiba masa mereka. masa kita.
ya Allah, rindunya aku pada Jannah-Mu.
semoga jannah bahagia di sana.
No comments:
Post a Comment