Thursday, March 7, 2013

nama mereka.

salam alaikum.

masa zaman sekolah dulu-dulu.

bila aku dengar nama ABU BAKAR, UMAR, ALI, OSMAN, BILAL... semasa cikgu mengambil kedatangan, terdetik di hati...

''kenapalah mak ayah dia bagi nama tu? tak de yang lagi glemer ke? ammar rafeeq ka? daniel ka?''

ya allah, betapa tidak izzah dengan nama-nama itu dulu.

kini?

:)

nama-nama itu membuatkan darah mengalir deras setiap kali disebut. terbayang kehebatan pemilik nama itu. kekuatan iman dan keteguhan akidah mereka, aku terkesima. 

ya allah, hebatnya mereka!

ada yang sememangnya dijanjikan syurga. tetapi mereka beramal seolah-olah mereka dijanjikan neraka. subhanallah! [pengsan!]

kita? 
hurm.. syurga neraka pun tak pasti lagi. tetapi amalan kita? amalan aku? [nangis hingus-hingus]

mengenang seorang murabbi yang kini berada nun jauh di malaysia. katanya, 

''orang mukmin itu hebat. sebab mereka percaya dan yakin pada benda yang mereka tak nampak. GHAIB.''

percaya = iman

susahnya nak percaya benda yang tak nampak dengan mata kasar. -_-''

mungkin di situlah; mujahadahnya.

pernah ditanya oleh murabbi yang mencintai kura-kura [hehs], 

''kenapa kita buat dakwah? kerana cinta allah, atau kerana kita memang suka buat benda-benda macam ini?''

tersentap aku saat soalan itu menjadi pembuka bicaranya. tak pernah aku fikir pun tentang itu. bila muhasabah, hurm... boleh jadi... orang yang mengatakan dirinya membuat dakwah, bukanlah cinta dan redha Allah menjadi pendorongnya, tetapi minatnya dalam berhubungan dengan manusia dan juga mungkin dia seorang yang suka membuat kerja-kerja kebaikan dan kebajikan. mungkin juga kerana dia mudah menyayangi manusia, maka dia menyertai gerabak ini. kan dakwah itu adalah cinta? kan dakwah itu menyeru manusia? 

hurm... [garu-garu kepala]

mungkin pada awal 'tumbesaran'  kita di jalan dakwah dan tarbiyah ini REDHA dan CINTA  allah menjadi pendorong utama. kerana pada tika itu, kita baru mula kenal, apa itu islam apa itu thoghut. apa itu putih apa itu hitam. kita struggle yang amat sampai menangis-hentak-kaki [err...] bila nak tinggalkan jahiliyah kita. jahiliyah fizikal kita. pergaulan, perangai, pemakaian, cara tutur, bual bicara, hobi [erm.. daie ada hobi ka? bukan hobi itu perkara yang dibuat pada masa lapang? kita ada masa lapang kah? erm....].

dan pada saat kita berjaya tinggalkan jahiliyah fizikal kita itu, kita berjaya mengosongkan hati dari karat-karat-busuk-dunia-yang-sedang-menipu-penghuninya. dan kita isikan dengan cinta allah. saat itu adalah saat paling bahagia dalam hidup seorang hamba. yang mana, pada tika itu... kita semua sanggup buat apa sahaja asalkan dapat penuhi apa yang allah nak. sebab sayang sangat ke allah. cinta tahap melampau mokhsyanya.

tetapi...

as time goes by... baru aku sedar. ada lagi jahiliyahnya. jahiliyah hati. yang mana, untuk aku merasai semual perasaan pertama itu, pengorbanan yang lebih besar perlu diambil. treshold perasaan pertama itu semakin meningkat sehinggakan menuntut suatu mujahadah yang super saiya tahap ke-tak-tahu-lah-apa-tahap-paling-terer. sebab hidup kita ini, bukanlah mendatar. ia adalah satu pendakian. daki gunung? mungkin. 

dan setiap tahap gunung itu, berbeza tekanan udaranya. yang menuntut kita untuk berusaha lebih untuk survive. yang menuntut kita meninggalkan beg-beg berat kita sikit demi sikit. sehingga kita berjaya sampai ke puncak. dan melihat matahari terbit. indah bukan?

macam dnt ini. satu pendakian. semakin lama kita di jalan ini, semakin hebat ujian dan onak durinya. yang menuntut mujahadah yang lebih untuk tetap tsabat. yang menuntut kita untuk mengikis sikit demi sikit karat-karat jahilyah hati yang masih bersisa. sehingga ke akhir perjuangan kita, jannah. dan melihat wajah allah. bahagia bukan?

tetapi,... macam mana sahabat-sahabat dulu boleh mokhsya ja?!

mungkin kerana keinginan mereka yang kuat [iradat qawiyyah]. keinginan yang kuat kepada allah itu. sehingga nama mereka harum mewangi sepanjang zaman. 

pesanan seorang murabbi ketika aku berjaulah ke mesir,

''selarikan amal luaran dengan amal hati supaya dapat menyucikan jiwa dan membersihkan hati dalam menyampaikan risalah allah.''


p/s: murabbi-murabbi sekalian, doakan. T_T

one who speaks to the others is speaking to oneself.

1 comment:

Anonymous said...

nama aimi diyana pun kool jugak :)

-kj

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...