Sunday, April 22, 2012

tembok itu roboh jua; akhirnya.

salam alaikum.


sedang berusaha untuk menjadi matang. [tak cukup matang kah sekarang?]
[senyum sinis seorang diri sambil melihat awan di luar tingkap]


beberapa hari lalu, melalui seorang sister yang amat saya sayang, Dia telah menegur.


'' janganlah kerana ego, ukhuwah dikorbankan.''


di saat terkeluar kata-kata itu dari mulutnya, i was like, ''apakah?!''


[-_-]''


ya saya ego. ego saya kuat. tanpa saya sedar, ego itu semakin kental.
tetapi, alhamdulillah... tak kental mana pon sebenarnya.
alhamdulillah, Dia masih sudi melihat hati lemah ini.
alhamdulillah, Dia masih sudi mengubati hati yang merindui ini.


[huh... susahnya nak cakap soal perasaan ini!]


okayh, senang cerita.


tidak kira di mana mereka dan dia  berada, kedai mamak? bulatan gembira? tepi pantai? dalam lecture hall? di bilik? depan laptop?


saya nak mereka dan dia tahu...


saya juga sayang.
saya juga rindu.
saya juga menanti.


aseefah, saya tak reti cakap. saya tak reti mengekspresikan apa yang terbuku dalam hati. saya tak reti memancarkan cinta seperti yang orang lain buat. tapi, saya cuba. [susaaaaaaaaaaahhhh!!!]


diamnya saya tak beerti saya benci, mungkin sedikit terasa hati. [poyo bukan?]


tapi, saya harap mereka dan dia pecaya kata-kata saya ini...


acapkali tangan ditadah,
setiap bait-bait doa rabitah,
wajah mereka dan dia...
seolah-olah
hadir bersama-sama dalam bulatan cinta itu.


tetapi, maafkan diri ini...
kadangkala, 'musuhNYATA' mencucuk-cucuk.
jarak memarakkan hasutan.
terlintas di hati...
siapalah aku di barisan mereka dan dia...
tidak significant. mungkin.
hanya sempat bertaaruf kurang setengah tahun.
apa sahaja yang mampu jiwa ini dijanjikan?


rindu itu cuba dikaburkan.
cinta itu cuba disekat.
perasaan sedaya hebat cuba ditapis.
kerana... tidak mahu menjadi beban dan tidak ingin terbeban.
sehingga ego mengambil alih identiti.


teguran dari Dia.
memecahkan empangan takungan rindu,
menghancurkan tembok pemisah cinta.
memusnahkan egoistik seorang hamba.
tapi... serpihan-serpihannya masih ada.


'' saya tak akan baca blog dia!'' kata-kata itu terpacul.
tanpa berfikir.


mengasingkan diri dari manusia, sebentar.
kembali. cuba kembali kepada Dia.
melihat langit, mendung.





Mendungnya langit kerana Dia.
Terangnya mentari kerana Dia.
Indahnya pelangi kerana Dia.
Sejuknya angin kerana Dia.

Doa. Moga langkah yang diambil ini adalah kerana Dia.



akhirnya, bingkisan dari dia untuk semua yang berada di bumi tarbiyah ini...
saya baca.

masha-allah...
mengalir. 
pecah.

mereka dan dia.
maafkan saya.
bersangka yang bukan-bukan.
kononya, sibuk... kononnya, ada priority lain...

Saya tahu
Ini...
Allah nak membersihkan.
Membersihkan. T_T


mereka dan dia,
para murabbi saya.
tetapi, mereka dan dia juga manusia.
punya ruang lemah dan perlukan ruang untuk memperbaiki yang lemah.

sekiranya benar-benar fillah,
maka jarak dan masa bukan penghalang.
kerana Dia tidak terikat pada masa dan ruang.


mereka dan dia,
saya yakin, 
sedang gagah berlari...
sedang teguh mencari...
sedang usaha untuk qawwiy...
kan?


walaupun diri ini tidak ada apa-apa,
tapi, saya ada doa.
saya ada allah.
walaupun cinta ini tidak tercapai jauh.
cukuplah dengan Allah yang menjaga mereka dan dia untuk saya.


maafkan atas keegoan,
maafkan atas kedegilan,
maafkan atas kenakalan,
maafkan atas kekerasan kepala.


buat mereka dan dia.
nak bagitahu ni...
saya cuba untuk matang.
saya cuba untuk gagah.
saya cuba untuk sentiasa kool. =P
doakan.




The one who speaks to the others is speaking to oneself.

No comments:

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...