salam a'laikum.
baru sahaja menjawap panggilan telefon seorang sister. dia menangis. risau, memikirkan masalah umat. macam mana nak bagitahu semua kawan-kawan bahawa realiti dunia ini sedang menipu penghuninya? macam mana nak kejut kawan-kawan bangun dari mimpi yang kononnya indah? macam mana nak cakap yang kita ini sekkarang tengah kufur nikmat?!
saya terdiam.
astaghfirullah...
menghela nafas, bukan mengeluh. tetapi menghela nafas kerana merasakan tidak layak untuk menyedut oksigen DIA.
sedang jari ini menari-nari di atas papan kekunci, jari-jemari saudara-saudara kira di palestine, syria, afganistan, iraq, kashmir dan banyak lagi.... jari-jemari mereka sedang bertarung mempertahankan agama dan negara. dengan menggunakan apa sahaja yang mereka ada.
ya allah. ampunkan saya.
itu kisah hari ini.
kalau...
dua hari lepas.
di bus stop aungier street, melihat jam di handphone sony ericsson K530i [bukan iPhone ye =P], sudah menunjukkan pukul 8.05 pm. cuak sudaaah... kenapa? kerana saya sudah lewat! janjinya pukul 8.30 pm. perjalanan ke destinasi mungkin memakan masa lebih dari itu. oh-saya-tak-suka-kalau-saya-yang-lewat!
''the next bus is within 20 minutes,'' kata seorang hamba allah ini.
pandang langit, doa.
''ya allah, sampaikanlah aku ke sana pada waktu yang terbaik. walaupun mungkin lewat.''
berjalan dengan langkah yang paling besar untuk ke bus stop yang lain. mengharapkan ada bas yang available untuk ke satu-tempat-yang-saya-tuju. eh, kenapa nak ke sana? kerana saya ada usrah. [yeay!] -_-'' tapi lewat.
dengan cuaca dublin yang konon-kononnya sedang SPRING bunga-bunga chenta ini... hujan+angin kuat, menghambat rasa stress saya sehingga ke anak tekak.
''akak, saya tak suka spring!'' terkeluar dari mulut.
''awak, inilah spring yang sebenar kat ireland ni. sejuk,'' balas dia dengan cool dan bergayanya.
''baik,'' saya diam dan terus berjalan sebelahnya menuju bus stop.
BUS ON TIME. alhamdulillah.
kakak itu saya tinggalkan di tepi jalan. hehehe... Dia tidak menuju tempat yang sama dengan saya lah. =P
dalam bas, melihat luar tingkap. masha-allah... kuatnya angin. sejuknya. ok, dalam bas itu ada heater, tak lah rasa sejuk. cuma sweater yang basah itu... saya macam ya-allah-bagilah-baju-ini-kering-cepat. -_-'' titisan hujan mengetuk-ngetuk tingkap bas. seolah-olah nak cakap,
'' assalamualaikum... marilah ke luar sini... best!'' [ok, boleh abaikan dialog itu.]
beberapa belas minit berlalu.
ok dah nak sampai. saya tekan loceng 'STOP'. tapi pakcik itu tidak berhenti di bus stop yang saya nak turun. i was like,
''mengapakah pakcik?!''
bas itu meluru masuk ke dalam kawasan suatu-tempat-BUKAN-saya-tuju-yang-besar-tak-ingat-dunia. jerit kuat-kuat dalam hati.
''aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaAAAAAAAAaaaaaa, lewatlah lagi saya nanti!''
jam sudah menunjukkan 8.24 pm. maghrib pon dah masuk. [ha! ireland sekarang, magrib ngan isyak dah semakin lewat, subuh semakin awal. siang semakin panjang. malam semakin pendek. saya kena... semakin rajin bermujahadah melawan malas.]
''allah, tolong. aku dah lewat.'' terlintas di hati.
der... allah memang maha mendengar. percayalah. tiba-tiba...
''do you want to stop out there?'' tanya pakcik bas itu sambil menunding jari ke arah bus stop di kawasan satu-tempat-yang-saya-tuju itu.
''yes, and i did ring the bell.''
''i'm sorry. after the last stop, i'll send you back there. is it ok?''
okayh... senyum dan terus duduk. kaki tak larat nak menampung debaran jantung yang kian menggiga dan menggila. [ops, sorry], mengganas. lemah selemah-lemahnya. lutut ketaq. [uih, kuaq da bahsa utagha diaaa]. mata berair. basah.
ya allah, Engkau dekat. Engkau dengar setiap yang terdetik di hati. meskipun manusia tidak mengetahui. sebab apa, duh~~~ sebab manusia bukan tuhan. >.<
keluar dari bas itu, SEJUK-ya-ampuuuuuuuuuuunnn....
tapi saya gagahkan jua. meredah hujan renyai-renyai. tapi anginnya bukan sepoi-sepoi bahasa. dan bukan juga sempoi-sempoi selamba. tetapi ianya bagaikan tiupan kipas angin yang ingin menerbangkan KLCC. [ok, abaikan jugak]. apa yang saya cuba gambarkan ialah, angin itu kuat. sangat kuat. full stop.
jarak satu-tempat-yang-saya-tuju dari bus stop itu agak jauh bagi orang yang pertama-kali-menjejakkan-kaki-ke-bumi-dublin. tapi saya okay aja. sebab saya dah berkali-kali menjejakkan kaki ke sana. ^_^
tetapi, hari itu, saya merasakan satu-tempat-yang-saya-tuju itu amatlah jauh. dah berjuta-juta langkah saya gagahi ini, kenapa tak sampai-sampai lagi? disertakan dengan hujan yang membasahi, memberatkan kot hitam kegemaran saya yang dibeli di liverpool. [perlu ke?] diiringi angin seganas serangan musang-berekor-sembilan.
ya allah, sampaikanlah aku.
angin begitu power sehinggakan saya yang kurang-ringan-tapi-tak-de-lah-berat-sangat, boleh tertolak ke belakang. ke belakang!
![]() |
| source |
sudah saya nampak satu-tempat-yang-saya-tuju itu. sikit sahaja lagi. sikit sahaja.... tetapi... kenapa dirasakan sudah berlangkah-langkah kaki ini dihayun, jarak antara saya dengan satu-tempat-yang-saya-tuju itu masih sama. jauh.
allah, tolong. please. help me allah.
terfikir sejenak.
angin itu ibarat dunia. satu-tempat-yang-saya-tuju itu ibarat akhirat.
T_T
kita diceritakan tetang akhirat. kita diberitakan tentang syurga neraka. kita diperkenalkan tentang sifat-sifat allah. kita diingatkan tentang dosa pahala. kita macam dah boleh bayangkan akhirat itu macam mana, tapi sudah-yakin-lagi-pasti-tidak-ada-kompromi, apa yang kita bayangkan itu sikit pun tidak tercapai apa yang sebenar-benarnya allah da sediakan untuk hamba-hamba Dia.
kite tahu dan insha-allah aware dengan berita akhirat. tapi kita ditarik-tarik mahupun ditolak-tolak oleh dunia. betapa susahnya nak sampai akhirat tu dengan tarikan dan tolakan dunia. entah la. tapi itulah yang saya fikirkan masa itu.
betapa kuatnya godaan dunia, sehinggakan walaupun kita tahu akhirat tu macam mana, kita akan tertolak jauh ke belakang kalau kita tak ada pegangan yang kuat. yaitu, iman dan islam.
nabi muhammad s.a.w pernah pesan,
“Islam itu tinggi, dan tidak ada agama yang lebih tinggi daripadanya.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)
hurm... alhamdulillah. berjaya redah hujan dan angin kuat. sampai ke satu-tempat-yang-saya-tuju. dan... saya tak lewat. alhamdulillah....
The one who speaks to the others is speaking to oneself.

No comments:
Post a Comment