Monday, April 9, 2012

dunia ini menipu penghuninya. atau penghuni tertipu oleh dunia?

salam alaikum.

pernah ditanya,

''kenapa awak nak terus berada di jalan ni? apa drive awak?''

saya terdiam. bukan cuba memikirkan jawapan. kerana jawapannya sudah ada. bukan untuk menimbulkan tanda tanya. kerana saya pasti orang yang bertanya itu sama jawapannnya dengan saya. kenapa saya pasti? [senyum]

kerana tak lain tak bukan, drive seorang hamba untuk terus berada di jalan ini tentulah Tuhannya. Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antaranya.

''[iaitu] Yang telah menciptakan aku. maka Dia yang memberi petunjuk kepadaku. dan Yang memberi makan minum kepadaku. dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku. dan Yang akan mematikan aku, kemudian menghidupkan aku [kembali]. dan Yang sangat kuingin akan mengampuni kesalahanku pada hari Kiamat.'' 
[as-syua'ara', 26:78-82]

kalaulah apa yang mengdrive saya itu ialah ukhuwah, maka tatkala tiada sisters di sisi, tak perlu lagi saya di jalan ini. begitu?

kalaulah apa yang mengdrive saya itu ialah biah solehah, maka tatkala dicampakkan ke negara tanpa suasana islam, tak perlu lagi saya terus berlari di jalan ini. begitu?

kalaulah apa yang mengdrive saya itu ialah program-program, maka tatkala tiada sebarang program diadakan, tak perlu lagi saya menyusuri jalan ini. begitu?

kalaulah apa yang mengdrive saya itu ialah status kewangan yang-wah-sungguh-stabil, maka tatkala status kewangan saya aiyak-apakah?-ini-tidak-mungkin, tak perlu lagi saya berada di jalan ini. begitu?

-_- [?]

dunia ini bersifat sementara. bahkan manusia itu pun hidupnya di dunia ini hanya sementara. mencari bekal untuk di bawa pulang bertemu dengan Allah. Allah, ya ALLAH.

satu perasaan yang tidak ternilai. perasaan diselamatkan dari dunia yang sedang menipu penghuninya. diselamatkan oleh Allah dengan mempertemukan saya dengan nikmat tarbiyah. satu perasaan di mana hanya mereka yang pernah merasainya, akan faham apa yang cuba saya sampaikan. makanya saya terdiam, perlulah saya... dan mereka... yang pernah merasainya memberi peluang kepada manusia di luar sana untuk turut merasai betapa bahagianya hidup di dunia ini dengan mengenali siapa Allah. 

dahulu saya rasakan hidup sudah cukup bahagia. dahulu? dahulu. waktu awal-awal SELEPAS saya kena tarbiyah.ha?! kerana awal-awal dulu... drive saya ke usrah ialah naqibah saya. [-_-]''. sebab naqibah saya best. naqibah saya faham saya, dia pandai mengorek segala apa yang ada dalam jiwa saya. sebab saya tak reti sangat dalam meluahkan kata-kata. nak katanya, naqibah pertama saya itulah yang memimpin saya di saat awal-awal pentarbiyahan saya. 

sehinggakan pada suatu hari, saya diberitahu akan bertukar naqibah. i was like, ''apakah?! apakah ini akak?!!'' tapi saya ikut sahaja, meskipun dalam hati memberontak-tak-ingat-Tuhan. pada saat itu, mula lah saya hadir lewat ke usrah, memberi pelbagai alasan. tapi hey, saya tak ada lah sampai nak ponteng usrah. cuma, semangat pada tika itu tidak sama dengan semangat awal-awal saya kenal usrah dahulu. kerana apa? kerana naqibah lain.

alhamdulillah, Dia masih tidak bosan dengan karenah saya. masih memberi saya peluang untuk memahami apa definisi tarbiyah yang sebenarnya. tarbiyah itu bukan sekadar teori, tapi amal. bersama-sama naqibah baru itu, naqibah pertama saya masih tidak meninggalkan saya begitu sahaja. dia masih di sisi. sentiasa memberi galakan dan semangat. bertanya khabar iman. dan sedaya upaya memperbetulkan niat dan pemikiran saya yang agak terpesong itu.

''awak, kalau akak mati... awak masih kat jalan ni tak?''

soalan itu menusuk. air mata mengalir. saya tak faham apa yang cuba disampaikan. terus deras mengalir. tidak mahu mendengar penjelasan. bagi saya ketika itu, semua kata-kata dia hanyalah alasan untuk meninggalkan saya. [poyo bukan?!] pernah saya terfikir untuk berhenti usrah. -_-'' astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah.

ini bukan silap didikan naqibah saya. tapi ini silap niat saya. kurang fahamnya saya.

alhamdulillah, Dia mengekalkan hati saya.  saya belajar. saya terus belajar. sedikit demi sedikit. selangkah demi selangkah. meskipun lambat berbanding orang lain. Dia memasakkan hati saya di jalan ini. kalau bukan kerana Dia, tak mungkin saya berada di mana saya berada sekarang. bekerja seperti mana saya bekerja sekarang. berfikir sepertimana saya berfikir sekarang. kalau bukan kerana Dia, saya tak reti ber'cinta' sepertimana saya ber'cinta' sekarang. 

itulah, apabila tujuan utama bukan bermatlamatkan redha Tuhan. macam-macam akan berlaku. tapi, sekiranya Dia tetap mahu, Dia akan tunjukkan jalan. meskipun kita lari jauh beribu batu dari jalan ini, tapi kalau Dia nak juga, akan bertemu jua dengan jalan yang sama.

sebab itu saya kata, drive saya ialah ALLAH.

perasaan diselamatkan dari dunia yang sedang menipu penghuninya

jalan ini, memberi kehidupan. memberi nafas. memberi harapan. kepada manusia yang berusaha menjadi hamba. hanya hamba Dia. bukan hamba dunia.

kadang-kadang kita akan terlepas pandang terhadap kuasa yang mendorong kita untuk terus berlari di jalan ini. sama ada kuasa itu adalah al-Haq, atau kuasa itu adalah dunia. kalau dunia, jom kita sama-sama check balik. kat mana silap. kerana hanya al-Haq akan kekal.


destina cinta ini hanyalah untuk bertemu dengan allah. 

''dan mohonlah pertolongan [kepada allah] dengan sabar dan solat. dan [solat] itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, [iaitu] mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.''
[al-baqarah, 2:45-46]

''... maka kelak allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya...'' 
[al-maidah, 5:54]



 The one who speaks to the others is speaking to oneself.

2 comments:

Tawazun said...

kena jadi naqibah yang x best lepas nh.. t adik2 melekat kat aq.. eh.. haha. jzkk aimi.. ^^,

keberkatan said...

Eh eh ke situ pulak dah..... (lepuk dahi)
Heheheh.. I know u arer kidding my dear ukhti.^_^

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...