Monday, July 18, 2011

mampukah kita menjadi supersaiya?

salam a'laikum.

sila Happy, sebab Ramadhan nak nak sampai.

^_^ dah lama R E M I N D E R agak diam. jadinya, saya memutuskan untuk membuatnya kembali bising. terimalah, Harapan Ramadhan.

ramadhan dah nak mari. kita jangan lari okeyh! uish... tak sabar-sabar rasanya.  kumengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.

kalau tak silap saya,  ramadhan kali ini merupakan ramadhan pertama saya di rumah setelah hampir empat tahun berpuasa di luar kawasan rumah; Beseri dan Banting. Alhamdulillah. 

well, tak ada lagi buka puasa di bilik sebelah. air manis pun sekarang kena bancuh sendiri sebab buka-puasa-mates dan roommate dah ada kat rumah masing-masing yang nun jauh. dah tak boleh nak pow kurma orang. makan dalam talam, tak ada lagi dah. kat rumah, kita pakai pinggan bro! 

petang-petang tak perlu ke DS untuk tapau juadah berbuka. air jus tembikai tak lagi menjadi mangsa utama azan maghrib. ais dah tak beli kat cafe, sekarang kita singgah seven-eleven atau guna yang home-made punya sebab kat rumah dah ada peti ais sendiri.

pagi-pagi dah lama tak dengar orang buat bising kat surau baca quran dan zikir munajat, sekarang dengar suara sendiri yang ala-ala penyanyi rock kapak, dalam bilik baca quran sorang-sorang [sila menangis sekarang]. 

dulu, sahur kena jalan beribu-ribu cm [centimetre] ke DS untuk makan yang mana lauk sahurnya gila mewah; dalam satu pinggan boleh dapat ikan dan ayam dan daging dan telur. lagi osem dari buka puasa. [ikut sunnah ke?] sekarang jalan satu minit saja  dah sampai meja makan.

memang suasana kali ini akan berbeza. orangnya, JUADAHnya [erh, kenapa kena capitalizekan??], suasananya. tapi apa yang paling penting ialah, diri kita. bagaimana kita meraikan ramadhan kali ini. planning harus ada. 
"erh? ramadhan pun kena planning ke? redah je la, pose je kot. pastu gi terawih. susah pe! pastu RAYA!!! ohyeah!"

janganlah kita menjadi orang yang rugi sepertimana Allah beritahu dalam surah al-'asr. 

seorang kakak pernah berpesan, kalau matlamat kita ialah Allah, kita akan buat perancangan untuk mendapatkan Allah. bukan la nak DAPAT kan Allah literally, tapi nak dapatkan keredhaan-Nya, keberkatan-Nya, rahmat-Nya.

jadinya, ayuh buat planning tapi jangan sampai pening! harus plan ikut kemampuan kita. janganlah pula nak berlagak macam supersaiya. tapi, boleh je berangan nak jadi supersaiya ramadhan. nak jadi... no hal. asalkan buat plan dan ikut secara berdisiplin.

insha-allah akan terpancar super power nanti. ^_^

ramadhan, ahlan wasahlan. lama saya tunggu kamu.

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

4 comments:

fasihahsubaker said...

yok yok(mari mari dalam bahasa jawa)kita manfaatkan bulan ramadhan..memantapkan diri, as well as menjadi persediaan untuk bulan yang akan datangnya sehingga datang ramdhan lagi(er, too complex, buat2 faham ye ;P)..semoga ketemu kita dengan bulan penuh rahmat ini..bi izdnillah..

zoul said...

teringat ramai ramai dekat DS dulu berbuka puasa. tsk tsk.

reunion bulan puasa jom dekat DS?haha

silentdreamer said...

kenapa la ko ungkit balik knangan lama tuh..T_T

xpe2, yg penting kita kuat berusaha memanfaatkan bulan ramadhan yg akan tiba..

ya Allah sampaikanlah kami ke ramadhan yg mulia..

weeehuuu~~

Unknown said...

ye, moge kita x rugi...insyaAllah :) shahdu la plak ble hang cite pasal kenangan2 dulu kala...T.T

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...