salam a'laikum.
![]() |
| hello! assalamualaikum, HATI!! IMAN!! kenapa kamu tak angkat talipon??? |
kadang-kala, diri ini memang susah sangat nak belajar dari kesilapan yang lalu.
beberapa hari lepas, saya menghadapi masalah komunikasi kerana saya tidak jumpa di mana saya letak handphone saya. sedangkan pada hari itu, kegunaan kemudahan telekomunikasi amat diperlukan.
"missed call aja la. buat apa nak kecoh-kecoh kat blog pulek?"
lets put it this way.
sudah beberapa hari saya tidak charge. malas. jadinya, batteri pun, semakin approaching zero lah. tapi dalam hati, berhusnuzhon [bersangka baik] dengan handphone sendiri.
"tak pe... nanti 10 minit lagi aku charge. battery ni boleh lagi tahan ni. "
10 minit berlalu.
"alahai, nak kena cari charger pulak. kejap lagi la aku charge. ada lagi 5% battery ni."
ditangguh... ditangguh... dan ditangguh... ZZZZzzzzzz...
sehinggalah kedengaran suara adik lelaki saya mengejut satu rumah bangun.
selesai solat subuh. barulah kabut cari handphone. puas dicari satu rumah. tapi tidak saya temui. hoh! hati sudah gundah gulana. terlupa di mana kali terakhir saya letak.
"ha! missed call!"
tet. tet. tet...
"oo eem jay! [sila baca dengan nada terkezut] . battery habis! tak charge semalam."
dengan keadaan kelam kabut mencari handphone. ayah terhemsem di dunia bertanya permasalahan pagi-pagi buta itu.
"missed call je la," katanya sambil mengeluarkan handphonenya dari poket seluar.
"oh ayah, harapan! battery sudah mati."
maka saya pun bermasalah la sehingga saya bertemu dengan handphone saya yang rupa-rupanya berada di bawah sofa. [macam mana la boleh ada kat situ? kompius!]
oh! cerita bukan main. ok, setelah bertemu [jejak kasih] dengan handphone... saya terfikir.
"Apa Allah nak ajar aku yek?"
sebab semua benda berlaku ada sebabnya. Allah takkan buat sia-sia punyalah!
pikir punya pikir. jengjengjeng! walaweh... [over boleh???]
handphone itu ibarat diri kita, erm.. manusia la. bateri itu ibarat iman dan hati kita. kita seharusnya sensitif terhadap bateri iman kita. kalau dah semakin nak habis, pergilah recharge! carilah apa-apa wasilah untuk mendekatkan diri kembali kepada Allah.
jangan lah jadi macam saya tadi. tunggu 10 minit la, kejap lagi la. macam-macam alasan dikeluarkan, kerana malas and tergoda dengan godaan dunia [apakah?! erm... kamu define godaan dunia ikut pemahaman masing-masing].
sebab kalau kita leka dengan keadaan hati dan iman kita yang semakin tenat itu, maka... tatkala kadua-duanya mati [habis battery], kita akan lost. LOST tell ya, L-O-S-T! diri sendiri mahu missed call pun tak boleh, orang lain nak tolong missed call pon, HARAPAN!!!
samalah macam diri kita ini. kalau kita biarkan hati dan iman kita terlalu lama tak recharge, baterinya akan mati. kekuatan hubungan kita dengan Allah akan semakin pudar.
masa solat, tidak merasakan hati itu tenang. tatkala bertilawah, air mata terlalu beku untuk mengalir. bibir basah berzikir tetapi jiwa hamba terasa kering kontang. menghadiri usrah, tetapi fikiran melayang-layang kepada cerita drama yang tak sempat habis malam tadi. kesabaran semakin menipis, melenting menjadi hobi baru. terasa berat tatkala akak-akak mengajak ke program, sedangkan program itu berlansung di sebelah rumah sahaja. asar dah nak masuk selupuh minit lagi, baru terhegeh-hegeh nak ambil wudhuk solat zohor.
kalau la kita biarkan itu semua berlaku, lama-lama.. sensitiviti kita terhadap perkara-perkara itu akan hilang. hati dan iman kita sudah mati. kita cuba mencari, tapi tidak berjaya. kita minta tolong sahabat-sahabat lain mencarikan hati dan iman kita, pun tak berjaya. beberapa kali kita cuba missed call hati dan iman kita, tapi... tak ada jawapan. apatah lagi bila sahabat cuba missed call.
jadi, sebelum hati dan iman kita R.I.P. [rest in peace]... ayuhlah kita recharge. yosh!! jangan lah kita tangguh. Allah sentiasa beri ketukan-ketukan cinta-Nya untuk kita sedar dan kembali ke landasan yang benar. cuma kita sahaja yang nak terima atau tidak ketukan Allah itu.
kadang-kadang melalui tarbiyah peristiwa, ada juga melalui sahabat, mungkin juga melalui keluarga sendiri, ha! pernah juga melalui kaca mata tv dan juga screen laptop. segalanya berbalik kepada kita sama ada kita nak tengok ketukan-ketukan cinta itu dari kaca mata islam atau kaca mata jahiliyah. insha-allah. selalu-selalu la missed call, hantar sms, tinggalkan pesanan di peti simpanan suara untuk hati dan iman kita ya! ^_^
p/s: hari ini Allah memberi peluang untuk mengrecharge hati dan iman di Masjid KLCC bersama-sama dengan hamba-hamba pilihan Allah di sekitar KL dan Selangor. alhamdulillah.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.

2 comments:
tarbiyyah peristiwa yg sgt mahal! untuk ukhti dan kami...hehe jgn hilangkan taw~~~
da jumpe belum hp nye?budak ni..haish..;P, miss ya..
Post a Comment