salam a'laikum.
*post kali ini berinspirasikan blog seorang sahabat. jzkk ^_^
![]() |
| update status! update!! |
kalau dekat facebook selalunya kita akan buat apa?
"oh, gua buka fb, tengok-tengok ada apa-apa updates, mesej-mesej. lepas tu gua chow la."
oo ok ok...
"kat fb la senang saya nak update apa-apa program terkini. event-event osem yang menarik hati [angkat kening, faham ke?]"
yek...
"most of the time, ai suke tengok gambar-gambar orang. kenal ke tak kenal ke ai suke usha-usha. nak buat experiment style posing mana yang lagi osem."
erm....
"saya tak mungkin terlepas bukak profile page si ______. nak tahu la dia buat apa hari ini. almaklumlah.. masing-masing duduk jauh. kat fb ni la yang mendekatkan dan menyatukan hati kami."
erk?
"kalau fb saya buat automatic sign in. jadinya, tak de la susah-susah nak taip email ngan password tiap kali nak usha wall orang lain. saya akan tengok news feed, komen-komen mana yang best lagi osem, saya bacalah. tapi saya tak komen apa-apa pun [sengih]."
i see i see.
"aku selalu tengok wall orang lain, gambar-gambar orang lain, konversation orang lain, ayat-ayat cintan orang lain. lepas tu, aku bagi komen aku. berani kerana benar bro!"
gile kentang.
jadinya, selalu bila kita buka fb itu, kita akan jadi stalker terhebat wooo. [high five!].
okeh, mari sini saya nak bawa kamu semua ke satu dimensi berbeza berkenaan menjadi stalker fb yang terhebat. [boleh juga diapply pada twitter, blogger, dan sebagainya]
jengjengjeng [bunyi drum sikit]
........
apakah perasaan kamu kalau bila di news feed terpampang tulisan-tulisan ini.
[Gambar] Abu Bakar as-Siddiq
"Hari ini Muhammad s.a.w. memberitahu aku tentang perjalanannya dari Masjidil Haram ke Baitul Maqdis. Baginda cakap di Baitul Maqdis, baginda mengimamkan solat untuk para anbiya' terdahulu. Lepas itu, Muhammad add on yang baginda naik ke langit dan bertemu dengan para anbiya' terdahulu di setiap peringkat langit sehinggalah baginda bertemu dengan Tuhan sekalian alam. komfem-komfem aku percaya cakap Muhammad."
[Gambar] Abu Dzar al-Ghifari is now friends with Bilal bin Rabah after listening to Rasulullah saying; “Orang muslim (sejati) adalah orang yang orang-orang muslim lainnya selamat dari (gangguan) lidah dan tangannya.” (H.R. Bukhari dan Muslim).
[Gambar] Abdul Rahman bin Auf dan Sa'ad bin Rabi' are now brothers after Abdul Rahman bin Auf attending Hijrah.
[Gambar] at-Tufail bin al-Harits and Khabbab like 314 ahli badr.
[Gambar] Salahaddin al-Ayubi wrote on Raja Kristian's wall.
"Bukanlah kezaliman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu [Reginald] telah melanggar batas-batas, maka terjadilah apa yang telah terjadi."
[Gambar] Anas bin Malik
"Sesungguhnya kamu semua benar-benar melakukan perbuatan-perbuatan dalam pandangan kamu sangat mudah dan ringan. lebih ringan daripada rambut. padahal, bagi kami yang hidup di masa Nabi s.a.w., kami menganggapknya termasuk perkara yang mencelakakan."
[Gambar] Khalid al-Walid, Zubair bin al-Awwam and Abu Ubaidah bin al-Jarrah are attending Fathul Mekah.
[Gambar] Love Note of the Day
" When My servants ask thee concerning Me, I am indeed close (to them): I listen to the prayer of every suppliant when he calleth on Me: Let them also, with a will, Listen to My call, and believe in Me: That they may walk in the right way" [al-baqarah. 2:186]
[Gambar] Saad bin abi Waqaf and Said bin Zaid were added to 10 Sahabat Dijamin Syurga.
[Gambar] Nusaibah is attending Perang Uhud.
ha! apa perasaan? kalau lah kamu ternampak news feed begini, apa perasaan kamu?
"ooo eemmm jayyy!!!!"
ya Allah, seronoknya kalau boleh betul-betul berada pada zaman itu. tapi mampukah diri yang lemah ini menghadapi tentangan dan dugaan pada zaman itu? hurm.. [ketuk kepala sekarang].
kita selalu sibuk-sibuk nak tahu perihal kehidupan orang lain. maka dengan itu, facebook lah yang menjadi medium utama untuk merealisasikan impian penuh harapan itu. tapi, kita tak pernah nak sibuk-sibuk tahu pasal Nabi kita, para sabahat, kisah-kisah teladan dari al-quran, sejara kita, tujuan penciptaan kita. kan? pernah tak? kalau pernah, subhanallah alhamdulillah. kalau tak pernah, saya kira masih belum terlambat.
islam dahulu pernah menjadi Ustaziatul A'lam. kalau zaman sekarang ini, kita panggil World Order. alah... kalau World Order sekarang ini... tuuu.. tuuu... US tu. kan apa-apa kita nak buat kita rujuk US. ekonomi, hiburan, fashion, teknologi, dan sebagainya.
percayalah, Islam pernah menjadi World Order suatu ketika dahulu pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah. tetapi dengan senang lenang serta goyang kaki, mereka dikalahkan oleh tentera monggol a.k.a. Tentera Tartar yang sangat busuk dan bengis serta tidak mempunyai hobi yang lebih menyeronokkan selain membunuh orang. pancung! zaaaassss!
macam mana boleh kalah? sedangkan kerajaan abbasiyah pasa masa itu giler power! hurm... itulah yang terjadi apabila dakwah dan jihad dilupakan.
bak kata George Santayana,
"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it."
ini lah juga yang terjadi pada umat islam di zaman Turki Uthmaniyyah.
dan perkara yang sama turut membelunggu zaman kini. bila kita nak belajar dari kesilapan dulu? [berfikir....]
jadinya, internet yang laju lagi super lancar di rumah itu, gunakanlah sebaik-baiknya. elakkanlah dari dok pikir nak jadi stalker terhebat facebook. jadilah stalker sejarah islam. seronok wa kecek sama lu! insha-allah kita akan rasa izzah dengan agama kita. berani, cubalah!
![]() |
| izzatulislam |
"The one who speaks to the others is speaking to oneself.


5 comments:
k.aimi!!! sgt suka :) nk share blh? ^^
salam a'laiki.
ye awak, sila-sila. aseef, nama penuh apa ye?
seorg saudara seperjuangan pernah berkata kepada saudara seperjuangannya yang lain..
"Dalam kita hepi nak impikan hidup sezaman rasulullah, pernahkah kita terfikir adakah kita akan menjadi para sahabat, kaum munafik, atau penentang Baginda? Sebab dalam kita tengah join jalan juang pun kita masih belum berubah sepenuhnya, tak sebagaimana para sahabt, turun ayat terus ikut!"
*sekadar renungan bersama.
Kak Long...tertampar..tapi..gila suke la baca crita ni..=)
Salam. Aimi... awk pegi ISK ye??? best kn!!! =)
Post a Comment