Thursday, July 28, 2011

dia lambai-lambai kat aku sambil kata, "Hai, nak ngorat boleh?"

salam a'laikum.
tajuk di atas sekadar mereng seketika.
dia kata hai, aku kata baibai.

masa aku untuk mati masih belum tiba.
meskipun ajal itu baru sahaja melambai-lambai dan kenyit-kenyit mata [sambil kata "hai, nak ikut ai tak?"].

aku tahu.

kerana tujuan hidup aku masih belum aku sempurnakan.

khalifah dan ibadah.
  
duduk sebentar di bus stop.bingung.
tidak tahu apakah harus sedih atau bersyukur.

seharusnya aku berasa malu, kerana itu adalah teguran superb dari-Nya.
bahawa aku masih lambat.
aku masih bermanja-manja di jalan ini.
aku masih berlagak super hero sedangkan semut lagi gagah perkasa dariku.

ya, malu.
tugas aku harus disempurnakan.
dugaan cabaran akan mendatang [ini komfem bro].
harus gunakan kebijaksanaan untuk menghadapinya.

Dia masih memberi aku peluang untuk menanti-nantikan Ramadhan.
dengan hati yang berbunga-bunga [bak bunga kat taman botani].
tiga hari lagi. 
apa-apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh singkat itu.
semoga Allah memberi keizinan kepada aku dan kita semua untuk meraikan ramadhan-Nya.

jagalah allah di dalam hatimu.
setiap mehnah yang mendatang adalah ujian kepada kita, 'kita yakin dengan Allah, atau tidak'.

sekiranya aku menyahut lambaian ajal itu.
nescaya, tempat aku bukan di syurga.

kerana Dia sayang.
aku masih diberikan peluang kedua.
untuk terus mengejar cinta-Nya.
meskipun aku penat dan lelah.
asalkan aku dapat bertemu dengan-Nya.
insha-allah.

dear readers, the opportunity that He gives us NOW, do cherish it and use it well. because we do not know whether there is a second chance or not.


The one who speaks to the others is speaking to oneself.

No comments:

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...