Friday, July 15, 2011

Aku Janji Akan... bla bla bla.... dan bla bla bla...

salam a'laikum.

apabila masa kita begitu padat, kita jadi macam super hero kan kan? segalanya tip top! jadual harian memang gempak tak ley nak cakap apa la. satu minit yang hilang sia-sia pasti kita rasa frust menonggeng sampai ketuk-ketuk dinding tanda tak puas hati dengan diri sendiri [ok, over!]. nak katanya, kita ini, bila ada macam-macam perkara yang harus diselesaikan atas pemintaan dunia, kitalah yang terhebat di dunia. [tepuk tangan]

masa tengah tensi-tensi dengan masa yang super hebat padat itulah, kita raaaapaaat betul dengan Allah. dalam masa-masa sibuk dengan urusan dunia itu, kita masih lagi ingat pada pencipta kita. Alhamdulillah. solat wajib, tak tinggal. alhamdulillah. solat sunat, semakin hari semakin disupersaiyakan. zikir munajat, senantiasa di bibir kalau masa itu tidak ada perkara-perkara duniawi yang perlu diselesaikan.

setiap doa, kita minta kat Allah supaya permudahkan urusan. penuh pengharapan minta Allah murahkan rezeki. menangis-nangis tatkala mengadu kepada Allah perihal masalah hari ini. kerana hanya Allah yang faham kita dan hanya Allah yang dapat bantu kita.

tapi, makin hari... amalan-amalan kita dengan Allah semakin kurang. namun, amal wajib masih diteruskan seperti seorang hamba yang taat. sebab apa? sebab tanggungjawab kita di dunia ini semakin bertambah. kita pun berkata-kata dengan Allah. "Ya Allah, selepas aku selesaikan semua perkara ini, aku berjanji aku akan fokus beribadah kepada-Mu." *sedangkan Allah itu Maha Mengetahui isi hati manusia yang sebenarnya.

setelah begitu gigih berusaha, istiqamah, doa, tawakal. kita menantikan hari kita menuai usaha gigih kita beberapa hari/bulan/tahun yang lalu. Alhamdulillah! Allah mendengar adu domba aku. Allah makbulkan doa aku. Allah tak tinggalkan aku sendiri.

setelah bahu diringankan daripada tanggungjawab. setelah segala kerja sudah tidak menegangkan urat otak. setelah jadual harian berlopong-lopong untuk diisi dengan 'janji-janji' kita kepada Allah. mulut kita terlopong tengok tv dan screen laptop.

kita alpa. masa lapang yang diidam-idamkan dahulu disia-siakan. segala macam janji nak beribadat dulu, fuhh~~ [sila buat gaya meniup] ditiup angin. kerana kita sudah merdeka bukan? kita sudah bebas dari cengkaman tangungjawab. we are free! sehinggakan kita turut berasa merdeka dari menjadi hamba Allah.

pagi subuh yang dijanjikan dahulu ingin dipenuhi dengan zikir munajat, kini hanya tinggal masa yang diinfakkan kepada katil yang empuk lagi mahal. mathurat yang dijanjikan ingin dibaca pagi dan petang, kini hanya diselangi pagi mahupun petang, malah ada juga hari-hari yang sengaja dilupakan. 

mushaf al-quran yang dahulu dijanji ingin membacanya sekurang-kurangnya lima muka surat setiap hari, kini hanya satu muka surat dalam lima hari. dahulu dijanjikan ingin luangkan masa berkualiti dengan keluarga supaya mendapat rahmat dan berkat Allah, kini masing-masing terperap dalam bilik membuat hal-hal sendiri.

perangai dahulu yang ala-ala  sinchan yang tak besekolah telah diubah dan dijanjikan ingin menjadi baik, kini seperti bapa sinchan. [erk, maaf kepada peminat sinchan]

janji tinggal janji. tapi semua ini Allah tahu. Dia tahu kita berjanji, tapi kita tend to tak tunaikan janji. tapi, Allah tunaikan juga permintaan, doa kita. sebab Dia cinta. 

kita? tatkala susah... kita cari Allah. tatkala sedih, mengadu kat Allah. tatkala serabut, buka Al-quran mencari ayat-ayat-Nya yang boleh mengubat hati yang lara. senang kata, kita anggap Tuhan semesta alam itu macam kaunselor. betul tak?

hello kaunselor, saya stress. please tolong saya.

apabila sudah berbahagia sehingga ke anak cucu [erk, apakah?], yang Maha Pemberi Rezeki itu kita tolak ketepi. ye lah! dah tak stress, dah tak ada masalah, buat apa nak jumpa 'kaunselor' kan kan?

*tidak pula saya memandang rendah pada pekerjaan seorang kaunselor. in fact, Allah telah mentakdirkan seorang kaunselor di kolej tengah-tengah ladang kelapa sawit itu untuk menguruskan perihal placement para pelajarnya di sana. jzkk kaunselor.

itu lah, masa yang lapang itu juga ujian, bukan? 

kini, tanya pada diri sendiri. [bukan tanya sama pokok ya]. masa kita selama ini, kita luangkan, kita habiskan, untuk apa? mungkin akan ada yang berkata, segalanya yang kita buat bergantung pada niat. oyeah, benar! tapi macam mana nak niat? niat kita itu valid kah kalau ia bergantung pada neraca jahiliyah? atau kita nak guna neraca islam, yang mana segala macam panduannya dah digariskan dalam al-quran.

come one la weh, gosip-gosip yang bertandang kat telinga kita bukan main kita percaya. inikan pula kata-kata Allah dalam al-quran, kita persoalkan kesahihannya. apa kes bro! [jangan emo please]

senang cerita, jangan kita menganiaya diri sendiri dengan mengexposekan diri kita kepada neraka Allah. Allah bukan kaunselor, tapi Allah itu Rabb dan Ilah. kita ini bukan penduduk bumi yang super merdeka, kita ini khalifah dan abid. mana hilangnya janji-janji kita dahulu, mana hilangnya masa lapang kita sekarang?

p/s: mata sudah berlebam-lebam kena tumbuk dengan diri sendiri [dush dush dush!]

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

2 comments:

Anonymous said...

VERY WELL SAID. NOTED.

silentdreamer said...

gilerrr terasa. memang teruk aku kena belasah weyhh..

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...