Friday, July 8, 2011

hari akademik sekolah

sumber
salam a'laikum.

beberapa hari yang lalu saya telah ke sekolah rendah. sekolah menengah, dan sekolah agama [hurm.. saya tak suka kalau guna term sekolah agama ini. kenapa, hah... nanti-nanti saya explain] adik-adik kandung saya. pergi ambil report cards. almaklumlah, baru lepas habis peperiksaan kan?

macam-macam ragam saya lihat. budak-budak sekolah rendah dan sekolah agama yang tak bawak lansung buku sekolah untuk dibaca kerana dibenarkan pulang awal sekiranya ibu bapa / penjaga hadir untuk mengambil report card masing-masing. yang saya nampak, majalah ujang, kreko, lawak antarabangsa, dan macam-macam lagi. [yang mana saya sendiri tak reti nak sebut, berbelit-belit lidah]. tak kurang juga yang nakal, carik pasal dengan rakan sekelas sementara menunggu giliran ibu bapanya bersua muka dengan cikgu kelas. ada juga yang main sepsepseptomtomtom, onetwojuss, bingo. [erh, kamu tahukan apa budak sekolah main?]

di sekolah menengah pula, suasana yang agak berbeza. kebanyakan pelajarnya, lebih tinggi daripada saya. [tinggi la yang pasti!]. suasana lebih hingar-bingar. keadaan para pelajar yang seperti orang wah-aku-bebas-tak-ada-kelas-yahooo!!. masakan tidak, pada hari yang sama turut diadakan pameran di dewan dan juga hari kantin. adik-adik kecil [sama baya dengan adik kandung saya] yang saya kenal dibangku sekolah rendah dahulu, yang mana masih hingusan kerana belum matang, kini sudah besar. whoah! besar dan tinggi. ah! sungguh sensitif perkataan tinggi. apa-apa pun, mereka sudah berubah. ^_^

para ibubapa begitu risau akan prestasi anak-anak mereka. saya sungguh kagum dengan kesungguhan mereka untuk ambil cuti [bagi yang bekerja] dan hadir hari akademik itu. suri rumah, guru, pensyarah, peniaga warung. semua sangat ambil berat akan peratusan peperiksaan anak masing-masing.

"Irfan [bukan nama sebenar], awak dapat berapa untuk subjek sains?"

"Irfan dapat B, ibu."

si ibu satu berpaling kepada si ibu dua yang duduk di sebelahnya.

"Anak you dapat A kan?"

si ibu dua mengangguk sambil tersenyum bangga. [mak aih, ibu mana tak berbunga anak score!]. si ibu satu kembali menatap wajah Irfan sambil membulatkan mata dan bersuara lantang sehingga saya yang berada di luar kelas turut jelas mendengar komen 'membina' si ibu satu kepada anaknya.

"Ha, kenapa awak tak boleh dapat A? ni malas la ni! ibu dah suruh baca, hafal. kalau rajin macam kawan awak tu [sambil menunding jari ke arah rakan sebelah meja anaknya] mesti dapat A."

saya beristighfar panjang dalam hati. mungkin, remuk hati si Irfan [ceh, macam kenal betul je ngan budak kecik tu] tatkala si ibu berkata demikian. membandingkan keputusan anak dengan anak orang lain. membuka aib anak di hadapan orang lain. oh, makcik. tolonglah balik rumah dan cakap baik-baik dan perlahan-perlahan dengan Irfan. please makcik.

penatkan kalau kita bersaing dengan orang lain? jom kita tengok siapa lagi bagus! penat... penat... lebih indah sekiranya kita bersaing dengan diri sendiri. memanglah kita kena ada persaingan yang sihat dengan orang lain, tapi janganlah sampai kita mengsetkan minda anak-anak-kecil-yang-tidak-faham-erti-kehidupan-sebenar itu dengna pemikiran bahawa kita harus lebih hebat, kita wajib jadi yang terhebat! sehingga menjadikan mereka serba competitive dan tidak kisah akan nasib orang lain.
[tiba-tiba terfikir, macam mana saya nak ajar bakal-bakal anak buah saya nanti? hurm...]

ya, budak-budak kecil memang kita kena tegas. tapi... tegas yang macam itukah? sedih saya melihat air muka Irfan selepas si ibu satu kembali berpotpet-potpet dengan si ibu-ibu lain. mungkin dia sedih, mungkin dia geram, mungkin dia nak baling kerusi ke luar tingkap tanda protes. [hah! ini over]. oh, makcik. ingat senang ke nak belajar? teringat kepada rungutan seorang adik berusia 12 tahun,

"ala, banyak betul nak kene belajar. sekolah kebangsaan lagi, sekolah agama lagi. nasib baik sekolah agama senang je, boleh hafal last menet."

oh! terasa betul-betul terkena kamehameha. itulah aku dahulu. 

"ah! ini semua salah sistem pembelajaran malaysia. belajar banyak-banyak, last-last jadi hebat dalam satu bidang je. buang mase aku je! kalau tokoh-tokoh islam dulu, macam-macam diorang hebat. dah la otai math, hafal quran plus hadith lagi babe!"

hurm.. [berfikir sejenak].

bukankah itu escapism semata-mata. kalau dah malas, niat pun dah tak betul, memangla susah bro!

saya menyesal, dahulu belajar arab komunikasi untuk PMR semata-mata. kata-kata hikmat dalam buku teks arab itu, buat hafalan sahaja tanpa ada hati nak faham maksudnya. siap buat nota kecil kata-kata hikmat bercorak dan berhias cantik. hanya cantik. masa sekolah rendah, menghafal ayat-ayat hafazan. siapa hafal paling banyak dapat hadiah. saya dapat, beg comel dari sarawak. masa itu, bangga gile dapat hadiah. lepas itu, hafazan entah ke mana. dah masuk kolej tengah ladang kelapa sawit baru terhegeh-hegeh nak hafal balik juz 30 sebab nak lulus PAI. lagi sekali, niat dah salah! sebab itulah tak dapat nak habiskan satu juz.

melihat ke belakang. darjah satu sampai darjah enam di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti dan Sekolah Agama Rakyat Al-Husna. tingkatan satu sampai tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah. tingkatan empat sampai tingkatan lima di MRSM Beseri. dua tahun di Kolej Mara Banting. fuh~~~ dalam banyak-banyak fasa hidup saya ini, saya rasa tak sampai satu tahun pun saya betul-betul belajar sebab Allah suruh belajar. 

erm... saya belajar sebab... semua orang belajar, so saya kena la belajar, kan? 

semua orang kejarkan 5A, takkan saya taknak? kawan-kawan masuk asrama, jeles kot! sebab apa? sebab masa itu, siapa masuk sekolah asrama memang pandai tahap giga lah. mindset nak dapat 9A dalam PMR, sebab apa? sebab nak apply MRSM. belajar bagai nak gila selama bertahun-tahun, lepas itu muntahkan segala-galanya dalam masa sejam atau dua jam di kertas peperiksaan. pergh! 'awesome'! dah dapat MRSM, nak apa lagi? nak 10A1, semua nak score. nak fly. huhu~~  besar sungguh cita-cita.

sekali lagi diingatkan, everything happens for a SOLID reason. 

bengang dan bengkak otak juga lah saya tatkala menilai kembali detik-detik 'kegemilangan' empayar aku-belajar-for-the-sake-of-exam. sehingga sampai satu saat saya berfikir, apa Allah nak ajar aku ye?

era 'kegemilangan' empayar itu bukan ditakdirkan Allah dengan sia-sia. susunan hidup saya begitu teratur. cuma perjalanan untuk mengenal siapa Allah mengambil masa agak lama. tapi, siapa kata lama itu loser? lama... tapi bermakna. [sila tekan butang like sekarang]. 

melihat dari kaca mata tarbiyah, segala yang dirancang oleh Allah adalah persediaan untuk saya betul-betul bersedia untuk mengenal diri-Nya dengan sebenar-benar kenal dan faham agama-Nya. mungkin kalau diawalkan, saya take for granted. santek sungguh susunan-Nya. Dia menulis takdir kita dengan penuh kasih sayang. takkan lah Allah nak menzalimi kita kot? 18 tahun yang sia-sia? heh.. tidak mungkin.

saya rasa, semua orang dari awal-awal kenal dunia, harus dikenalkan dengan siapakah Allah. bukan dengan juara AF9 ataupun cartoon di channel astro 611, 613, 615, 616, 618. apatah lagi filem-filem seram yang saya rasa sesiapa yang tonton cerita seram itu mungkin macam apakah? kenapa nak takutkan diri sendiri? [pelik]. 

percayalah, kalau kita kenal Allah... kita rasa macam kita dah tak perlukan sesiapa. sehinggakan tiba masa kita seorang diri, kita tetap yakin... bahawa Allah ada bersama-sama kita. subhanallah...

one who speaks to the others is speaking to oneself.

1 comment:

Unknown said...

betul tu aimi...:)

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...