Thursday, July 7, 2011

alhamdulillah...

salam a'laikum.

mungkin bila baca tajuk post kali ini kamu dah dapat teka apa yang bakal saya tulis. [angkat kening sebelah].. hehhe...

semalam, whoah! hari yang mana saya tanpa jemu menekan butang F5 berjuta-juta kali [haha. ini hiperbola]. usaha keras selama dua tahun di pusat pengajian tengah-tengah ladang kelapa sawit itu, akan terjawap dengan sekali tekan butang 'Login' ataupun butang 'Call' dengan nama cikgu-cikgu tersayang terpampang di muka telefon.

ahah! usaha keras kamu selama dua tahun? [wah, gile berlagak!]

hurm... kalau masa SPM, ini lah yang akan saya ucapkan. "alhamdulillah... usaha aku selama ini berbaloi. tak sia-sia aku belajar!" 

sungguh rendah level kematangan seorang hamba Allah ketika itu.

bukankah usaha tidak menatijahkan hasil. huh~~ saya mengambil masa lebih setahun untuk memahami konsep itu. sebenarnya, kita usaha setekun naruto atau mempunyai nama keluarga sehebat Uchiha Sasuke sekalipun, kalau bukan dengan izin Allah... kita tidak akan pernah berjaya memperoleh nikmat yang kita ada sekarang.

keputusan IB saya disampaikan oleh seorang sahabat baik. jantung berdegup kencang. memanglah orang kata "dah berusaha, tawakal la. nak takut apa lagi?" hurm... saya manusia biasa yang belum lagi mencapai tawakal tahap super saiya macam rasulullah dan para sahabat. tapi, saya sedang berusaha.

alhamdulillah, keputusan yang diterima memenuhi requirement penaja dan juga universiti yang bakal saya teruskan pengajian perubatan saya. RSCI Bahrain kah? hehehe... itu cerita lain.

setelah persoalan dan debaran selama sebulan lebih telah terjawap, satu persoalan lain yang diberikan untuk dicari jawapan. [wah.. hidup ini memang penuh dengan persoalan bukan?]

kemenangan itu bukan satu kejayaan tapi satu amanah.

ouh, ouch!

teringat pula pada kata-kata Uncle Ben dalam Spiderman,

great power comes with great responsibility.

saya faham lebih kurang macam ini la

great nikmat comes with great responsibility.

wargh! keputusan IB itu Allah bukan bagi percuma-cuma, bukan FOC ya! well, everything happens for a solid reason. ingat itu! ada tanggungjawab yang datang sekali bersama-sama dengan dua angka ganjil dan genap itu. [ahah! budak IB je paham, ke tak?] takut juga tatkala terfikir bahawa keputusan yang Allah beri itu satu nikmat atau satu ujian. ataupun ujian bertopengkan nikmat. [ah? ini pelik sudaaah...].

perjalanan hidup selama dua tahun benar-benar membuat saya melihat dunia dari sudut yang berbeza daripada sebelumnya. sekiranya tidak saya 'terperangkap' oleh tarbiyah ini, mungkin sekarang saya tengah belajar shuffle, atau jadi champion Showdown 2011 ataupun tengah buat persembahan gitar solo di Hard Rock Cafe. [ini pernah terlintas di otaks]. walaupun karat-karat jahiliyah itu masih ada, saya berusaha keras untuk mengikisnya sehabis hebat. 

kenapa nak usaha keras? senang sahaja... ini jawapan saya dulu, kini dan selamanya. insha-allah.

desktop.

insha-allah. 2 tahun... memang boleh mengubah manusia. jadi marilah masuk KMB ramai-ramai. teringat kepada kata-kata semangat seorang super senior sebelun saya melangkah masuk ke KMB.

"prepare to die"
hehehe, alhamdulillah, i survived IB.

No comments:

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...