![]() | |
| cahaya itu sepatutnya berada di mana? |
salam a'laikum.
aku mulakan tulisan aku dengan pertanyaan.
cahaya itu sepatutnya berada di mana?
aku teruskan lagi dengan pertanyaan kepada diri sendiri.
sedang aku menulis dan berfikir untuk menulis post ini, apa yang sedang aku cari?
sekarang, kamu pula jawap soalan aku.
sedang kamu membaca post ini, apa yang kamu sedang cari?
sejak berkurun lamanya, gambar itu dan persoalan-persoalan itu membengkakkan kepala aku. [gile exaggerate]. aku berusaha mencari jawapan. uh- hampa. kemudian, aku lupakan. tiba suatu ketika, pertanyaan-pertanyaan itu kembali menembusi benak aku. ok fine, aku cuba cari jawapan. erm- hampa, LAGI. jadi, aku terlupa. kembali, dan kembali... dan kembali tanpa jemu. aku juga tanpa rasa jemu mencari jawapan yang aku mana akhirnya TIDAK JUGA AKU JUMPA. maka, aku cuba lupakan. oh tidak. kali ini, aku tidak berjaya melepaskan diri.
"macam mana kalau niat kita mula-mula memang kerana Allah, tapi as time pass by... kita rasa niat kita macam dah terpesong?"
"awal-awal dulu memang buat semua ini kerana Allah suruh, tapi... as time pass by... rasa macam buat semua ini sebab orang dok bagi tumbs up memanjang."
"dulu, follower tak ramai.tapi sekarang ramai la jugak. riak kah itu?"
hah! jawap... jawap...
aku akui. aku manusia biasa. terjatuh dan tersungkur, namun aku cuba untuk bangkit.
pernah aku berhajat ingin berhenti menulis. membunuh minat aku ini semata-mata kerana aku takut, apakah niat aku sebenarnya.
berkali-kali juga aku menukar URL, kerana aku khuatir apakah yang aku sampaikan kepada kamu benar-benar dari hati aku. atau semata-mata kerana setiap hari kamu akan membuka R E M I N D E R?
pernah juga aku memprivatekan blog ini, kerana aku khuatir hati ini akan terlalu berbunga-bunga tatkala ada komentar-komentar yang memberi galakan terhadap penulisan aku.
tidak aku nafikan ada juga beberapa komentar yang tidak aku publishkan [maafkan aku], bukan bermakna aku tidak menghargai... [ subhanallah... komentar kamu membakar semangat aku untuk terus berjuang di jalan-Nya melalui laman ini ], cuma hati ini terlalu lemah dek hasutan dan godaan syaitan sehinggakan aku bimbang akan hati ini takbur, ujub, riak. sekali lagi, aku hanya manusia.
sebenarnya, bukan mudah untuk mengikhlaskan niat. nak mentazkiyah [mensucikan] hati.
cakap senang, kerana Allah. tapi betulkah? tak ada niat sampingan? ah- jangan bohong.
aku mencapai satu tahap di mana aku hampir putus harapan. huh~ dosa aku tinggi menggunung, mana la Allah nak pandang.
aku lupa.
selama ini, Dia dengar lintasan hati aku. selama ini, Dia tahu apa yang bergelora dalam jiwa hamba ini. selama ini, Dia nampak aku mereng tak tentu pasal sebab tak dapat-dapat jawapan.
tapi tak bermakna Dia dah tak pandang aku.
Allah tahu apa yang terbaik. sekian-sekian masa aku menunggu Dia menjawab soalan aku. stress menyebabkan aku terlupa bahawa Dia juga menunggu, menunggu masa yang terbaik untuk memberi aku jawapan yang dapat aku fahami makna dan ibrahnya.
"syaitan itu sangat halus dalam merosakkan amal manusia, bila dia tak dapat jauhkan kita dari dakwah sebab kita memang dah yakin sangat dengan dakwah, sebab kita sangat-sangat beriman bahwa ia adalah tugas wajib kita, syaitan tidak akan berputus asa daripada menjatuhkan kita. dan satu caranya ialah dengan terbitnya perasaan-perasaan yang tak best itu. tp kita kena sangat-sangat bare in mind, adakah perkara ni akan buatkan kita berhenti daripada melakukan sesuatu amalan?"
[hamba Allah]
satu jawapan yang padat.
dakwah. fuh~~ aku ttidak menggunakan perkataan ini dahulu. pernahkah aku menggunakannya? rasanya tidak. sebab aku takut akan persepsi kamu terhadap aku. waaa... "dakwah"... extremist!! mungkin juga aku sendiri ada persepsi kurang positif terhadap perkataan dakwah. ah! sekarang aku dah tak kisah! aku nak semua orang tahu,
dakwah bukan ajak orang buat bom, dakwah bukan pandu kapal terbang langgar bangunan, dakwah bukan tangkap orang tidak bersalah lepas itu buat video tayang kat youtube. dakwah bukan itu semua. tetapi dakwah adalah kasih sayang. menyeru manusia kembali kepada Allah.
dakwah bukan specific untuk pak lebai janggut panjang. dakwah bukan kerja untuk ustaz ustazah sahaja. dakwah bukan bahan gurau kat warung kopi. tapi dakwah adalah satu kewajipan bagi semua umat islam, jika kita faham.
memang aku, kamu akan diuji. syaitan menghasut aku dan kamu juga adalah dengan izin Allah. jadi, hasutan syaitan adalah ujian dari Allah. yang penting, aku dan kamu terus bermujahadah mempertahankan niat asal. yakni, semata-mata kerana Allah.
walaupun, kadang-kadang aku terkalah kepada hasutan itu, tapi aku yakin... mujahadah aku ada rekod saham di akhirat kelak. jadi, tidak akan aku berhenti menulis selagi mana Allah mengizinkan aku. mujahadah kamu pun ada rekod, dan rekod Allah tidak akan salah.
berbalik kepada gambar di atas, aku hanya ingin menekankan perkara berkaitan niat. niat kita membuat sesuatu kerana apa, harus kena pada tempatnya. niat harus berada pada tempat yang betul. sepertimana cahaya itu. cahaya itu memang tempatnya di langit dan cahaya itu tidak akan sesekali hilang. ia hanya akan berubah tempat mengikut masa. oleh itu, niat kita kena fixed sepertimana fixednya cahaya itu di dada langit.
aku minta maaf seandainya bahasa aku kasar. tetapi ini apa yang aku ingin kongsikan setelah sekian lama. [penggunaan 'aku' ini mungkin akan berterusan.. mungkin akan bertukar kembali kepada 'saya'.. tengoklah keadaan macammane]. sekian, wassalam.

5 comments:
HUH!..haha..bgi comment demotivating sket..(^__^)
heheh... jazakillah khair choi... ko mmg uhtki terbaekk laaa... [opps ini da memuji ni.. BALING PASIR!!!!]
tapi jujur aku cakap la... mmg susah nak sentiasa mejaga hati ni spy tak over2.
semoga ketemu kekuatan itu.saya di sini, meskipun jauh, sentiasa menyokong dan tidak pernah jemu menyokong.
=)
salam... dari jauh... ^_^
semoga kita semua terus thabat di jalan ini.
jazakillah khair katheer ... [mengharapkan kamu seorang ukti, hehehe]
wa iyyaki..
iAllah,
jauh tapi dekat.=)
Post a Comment