Friday, February 18, 2011

senyuman seorang hamba

salam a'laikum.

pernah tak kamu seorang diri, tiba-tiba tersenyum. ya, senyum seorang diri. pernah tidak? kalau ada orang nampak, mesti mereka katakan, "Apa masalah kamu?". 

lagi menghairankan apabila kamu tersenyum seorang diri tatkala kamu sedang menghadapkan diri mengabdikan roh dan jasad kepada Ilah kita, Allah. lagilah orang kata, "hey, gile apa senyum masa solat!". 

salah ke seorang hamba merasakan bahagia di saat bertemu dengan Pemilik Nyawanya?

petang itu. aku masih ingat, aku diuji. berat. sangat berat. sehingga ada satu saat aku mempersoalkan takdir. astaghfirullah... sungguh tidak bersyukur dengan ketentuan Allah. tapi, alhamdulillah Dia tidak membiarkan aku terus lemas dalam pemikiran aku sendiri. senantiasa Dia membantu aku untuk terus berfikiran positif. segala yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. dalam islam, there is no such thing as coincedence. Allah itu Maha Hebat. Dia tidak akan mensia-siakan hamba-hamba-Nya yang meminta dan menangis padanya. 

pertemuan aku dengan Allah semasa solat asar, betul-betul aku rasakan Dia dekat dengan aku. tidak sedikit pun aku sedih mengenangkan keputusan takdir aku. nak dipendekan cerita, aku tidak punya apa-apa perasaan. aku juga keliru. bagaimana aku boleh begitu tegar? tapi aku yakin, jawapannya ialah kerana Allah. aku hanyalah seorang manusia yang bernafas dalam jiwa hamba. aku lemah tanpa-Nya. aku khuatir, mungkin di saat itu, aku kuat aku hebat kerana Allah. namun, aku takut... aku takut perasaan itu hambar tatkala masa menjadi musuh. penantian itu satu penyeksaan bukan? maka, aku meminta, aku meminta lagi kepada Allah.
"ya Allah, sekiranya aku mengalirkan air mata selepas ini sehebat air sungai Nil yang melimpah ruah ataupun sederas air terjun Niagara... aku mohon Ya Tuhan, aku mohon agar janganlah Engkau jadikan air mata itu air mata meratapi nasib kerana tidak menjadi yang terpilih untuk pilihan dunia ini. sebaliknya, jadikanlah air mata itu bukti aku berasa bahagia mendapat tarbiyah dari-Mu. air mata keseronokan kerana menjadi yang terpilih untuk dipandang dan diberi perhatian dalam kalangan beratus-ratus manusia di KMB ini."

alhamdulillah... Dia Maha Mendengar. Maha Memakbulkan Doa. aku pendam. aku simpan rasa sedih itu. aku simpan agar yang terzahir hanyalah rasa syukur kerana menjadi hamba-Nya yang terpilih meskipun bukan pelajar yang terpilih. 

sedang aku berbicara dengan teman sebilik, aku mengalirkan air mata sulung ku. lega terasa hati ini. hilang beban apabila punya sahabat yang mampu melahirkan butir-butir kata yang mendekatkan diriku yang lemah ini kepada Tuhan Pencipta sekalian Alam. aku sebenarnya gembira, tidak tahu aku gambarkan perasaan ini. ya, secara logiknya aku seharusnya sedih kerana masa depan aku kabur...  tapikan logik itu poyo! air mata itu bukan untuk DUNYA. air mata itu adalah kerana aku dapat merasakan kehangatan kasih sayang-Nya. Dia sedang memerhatikan aku menangis di bawah rimbukan pokok kerana-Nya. Dia sedang mendengar rintihan aku, bicara aku tentang-Nya. aku bersyukur kerana aku diberi peluang  untuk sedar bahawa aku ada Tuhan.

sepanjang masa sebelum isyak menjelang. aku telah menerima berbagai-bagai kebaikan baik dari sahabat terdekat mahupun manusia sekeliling yang mewarnai hidupku di KMB ini. aku terkesima. bertubi-tubi kebaikan yang menghujani aku. sehinggakan aku merasakan akulah yang paling bahagia di dunia ini. seakan-akan Dia ingin mengubati luka di hatiku. terima kasih Ya Allah. benarlah, sekiranya kita betul-betul memiliki cinta Allah itu, kita akan rasa begitu bahagia sehingga boleh jadi gila. hahaha. gila apakah? hurm... selang lima minit, akan ada manusia yang dihantar-Nya untuk memberikan apa-apa sahaja yang aku idam-idam selama ini. sungguh Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?!!!

sambil tersenyum, aku mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga. masa yang begitu singkat untuk merasai kehangatan kasih-Nya telah menghapuskan kesedihan dan keserabutan yang aku alami sepanjang tiga minggu lalu. He saved the best for last. sehinggakan aku mampu tersenyum di saat membaca al-fatihah, 1: 1-7. kerana tidak sabar aku untuk bertemu dengan-Nya. sudah lama aku menerima pemberian-Nya, dan kini kerinduan aku pada-Nya begitu kuat. namun, sudah layakkah aku untuk melangkah masuk ke syurga-Nya?

rasa bahagia itu masih mekar sehingga saat ini. masih aku senyum seorang diri mengenangkan betapa manisnya tarbiyah Allah itu. sehinggakan aku merasakan bahawa, aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekiranya aku ada Allah. 

Dia mengambil sesuatu dari kita, bukan kerana Allah kejam. tidak... tapi Dia ingin memberi yang lebih baik untuk kita. kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk diri yang hina ini, sedangkan kita tidak mengetahui. 

albaqarah, 2: 216, sayang Allah.
hasbi rabbi, Allah is enough for me.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.

4 comments:

fasihahsubaker said...

aturan Alah itu cantik bukan?

semoga terus tersenyum my dear..

bi iznillah,

jika kamu kuat, saya turut sama kuat.

syukur dipertemukan insan seterror kamu.=)

[09:129]
"...Allah is sufficient for me, there is no god but He; on Him do I rely, and He is the Lord of mighty power.."

mustapha syuhada said...

all one need is eternal support especially from Him the ultimate supporter. One never knows when one will halt and burst.. ask Him for more support though it sounds demanding.. nonetheless, we are NOT strong enough NOT to hold on tight to him.. After all, the one who practice patience and also firmly believe in His words shall prevail..

Anonymous said...

la tahzan innallahuma'na :)
we know you can, sys!
insyaAllah kiteorg selalu doakan yang terbaik untuk kak aimi and kak azrina, so do the others :) have faith in HIM, and HE will always be there for you, dan insyaAllah semoga Allah permudahkan urusan kakak-kakak untuk mencari tarbiyahNYA di bumi ireland sana ^_^ Allah kan ada ;p

keberkatan said...

seha--> alhamdulillah dear... semoga allah terus kuat kan kita ye!! allah ghayatunna!!! kite semua hebat kerana kita ADA ALLAH!!!

syud --> syukran ya ukhti. it is true that we are too weak to stay away from Him. and i think He is trying to help me to bersih my niat when i chose this path. and this tarbiyah i think is not only for me but also the adorable people around me. may Allah bless us all.

anonymous --> la tahzan, innallahama'ana. hey, akak tahu siapa korang!!! jgn nak annonymous sangat laaa... baik ngaku~!! [alya,najah,tikah,nadiah,ejat, dian]. siapa culprit? hehehe.. korang jgn nak comel sgt laa... insha-allah, Allah thu yang terbaik untuk kami berdua, dan macam akak cakap... kaka redha dengan apa allah tentukan sebab akak tahu Dia lebih tahu. yang penting akak da buat yang terbaik. insha-allah...

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...