Sunday, February 6, 2011

moga tak tersalah pilihan

salam a'laikum.

ujian terbesar ialah apabila kita perlu lepaskan mereka yang paling kita sayang dalam membuat keputusan. itu susah. lebih-lebih lagi apabila sinar kasih sayang tersebut baru sahaja kita rasai walaupun sudah sekian lama bergelumang dalam masyarakat. 

walaupun, baru dijumpai, dirasai, dan terpaksa membuat pilihan... saya yakin, Allah telah menyediakan yang terbaik buat kita semua yang bergelar hamba ini. iya la, siapa kata cinta Allah itu tak mahal? haruslah diperoleh dengan satu usaha, jihad yang hebat. huh~~ keluarga. kadang kala apabila menghadapi dua pilihan, sama pilihan pertama= keluarga ataupun pilihan kedua=[fill in the blank], bak kata seorang sahabat, hati ini seperti terbelah 40. yang mana satu? pilihan kalbu? ahaks [macam lagu Saloma pulak]. 

tiba-tiba teringat akan pesanan diri sendiri kepada seorang sahabat, "apa-apa pilihan yang dibuat pasti ia adalah yang terbaik... untuk agama kita sebab we are nothing without Islam". zaaaaaaaaaaaappp!!! sekilas tamparan maya terkena di muka sendiri. ok sekarang, sudah tahu nak buat keputusan apa?

diakui saya bukanlah seorang yang penuh dengan keperihatinan kepada orang lain. tetapi, jalan ini mengajar saya untuk melebihkan orang lain lebih dari diri saya sendiri. sehebat-hebat ukhuwah ialah itsar dan selemah-lemah ukhuwah ialah berlapang dada. well, saya masih belum berjaya sampai ke tahap tertinggi itu, [jauh sekali], manakala hati ini juga sering paranoid dengan manusia dan alam. sepanjang perjalanan hidup ini, saya belajar, hidup ramai-ramai lagi seronok super duper hebat daripada hidup seorang diri dengan bertemankan buku-buku teks dan buku-buku rujukan. tapi, Allah sentiasa mentarbiyah hamba-hambaNya agar tidak melebihkan cinta dunia lebih dari cinta mereka kepada-Nya.

hah~~ cinta dunia. saya benci itu. saya geram bila mana saya lebih kan dunia tanpa saya sedar. too DUNYA. ok jangan emosi. kawal. 

tapi, bilama tiba saat Dia menguji dengan cinta manusia saya lemah. aduh. sukar betul hati ini nak memberatkan mana-mana pilihan. isu kegeraman tidak timbul. yang ada hanyalah "aku bingung". di situlah sebenarnya Allah menguji sejauh mana keikhlasan hati ini mengatakan "jom carik cinta Allah". berat, betul berat. 

terdengar satu cerita,

semasa umat islam ingin berperang [asif, saya tak ingat perang apa], saidina Umar r.a. telah menginfakkan separuh [1/2] daripada hartanya untuk perang tersebut. manakala, saidina Abu Bakar as-siddeq telah menginfakkan seluruh hartanya. kemudian, Rasulullah s.a.w. bertanya, "apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?"

abu bakar menjawab, "aku tinggalkan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya". 

Allah Maha Mengetahui, bilamana kepala ini pusing pikirkan jawapan yang tak mampu dipikirkan, Dia hantar bantuan dalam bentuk yang tak disangka-sangka. ^_^

"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu". [at-thalaq, 65:3]

knock knock!! earth to Aimi!!! here ARE your anwsers! dont you see? lain kali, buat pilihan yang betul-betul. asalkan pilihan itu adalah berdasarkan niat ikhlas semata-mata ingin mencari dan mencintai Allah, apa-apa yang berlaku selepas itu, baik atau kurang baik... seronok atau kurang seronok... tugas kita adalah bersangka baik dengan Allah. sebab apa-apa yang terjadi adalah yang terbaik untuk kita. fuh~~ my hands are shaking right now.

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

2 comments:

mustapha syuhada said...

One of the hardest thing to do is; making decision. One knows that one has to pray so that He would willing to shed some light to one's heart kan? Apa2 pun, kebergantungan kepada-Nya overrides everything kan cik mimi? p/s- dengar kata anda telah dilamar?? kahkahkah.. gila gelak nak terguling.. anywho, at least deeb pray so that you will be able to make the right choice..ROFL!

keberkatan said...

nicely said syud.

but dilamar? come on! you know me well right?

go and ask her again. you will gelak golek2 lagi dahsat lepas tu. ^_^

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...