Thursday, February 3, 2011

aku JUGA punyai perspektif berbeda

salam a'laikum.

like i promised. it is tomorrow already. and i'm not at home anymore. sad? perhaps. but He knows the best for me.

ok, continue...

why that man chose the treasure instead of the DOTA?

simple, because with the treasure that can feed his family until the 7th generation, he can use it to hire a tutor, the super duper power tutor in dota, the PRO. he thought of the long term. if he choose DOTA, then he'll get to be PRO but that's it. nothing more. so, he made an awesome choice.

ok, anyone understands what i was trying to say?

insha-allah, i'll simplify it. but i think i'll be typing in Malay.


macam lelaki tadi, dia ada peta harta karun untuk mencari harta karun tersebut. kita? kita ada al-quran dan hadith untuk memandu kita kepada Allah. 

daripada peta tersebut, lelaki itu sedar bahawa akan ada perangkap samar yang sedang menanti kedatangan mangsanya. begitu juga dengan kita. allah dan cakap dalam surah al-ankabut 29:2,

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"

kita tahu niat kita nak kejar cinta Allah akan disambut dengan ujian-ujian yang akan lebih memantapkan ketulusan hati kita insha-allah.

dalam cerita tadi, lelaki tersebut ada beri kata-kata semangat dan dia guna kata nama... WE iaitu KITA dan bukan SAYA. menunjukkan betapa dia inginkan kebaikan tersebut untuk semua orang. nak dapat harta karun bagi semua orang kaya. kalau kita? mestilah kita nak semua orang rasai betapa gahnya hebatnya cinta Rabb. takkan nak rasa seorang-seorang. kedekut. mana la boleh seronok duduk dalam syurga seorang diri. ^_^

dan yang terakhir, lelaki tersebut memiliki kecintaan yang amat sgt kepada DOTA sehingga menjadi satu bebanan baginya dalam membuat keputusan tatkala nyawanya sendiri di hujung tanduk.tapi dia pilih, harta karun yang mana dapat mengcover semula kehilangan kemewahan DOTAnya. kalau kita pula? hurm... dalam perjalanan kita mengejar cinta Allah, dalam usaha keras kita memperdalamkan cinta kita kepada Allah, akan ada halangan dan cobaan yang didatangkan oleh Allah untuk menguji tahap keikhlasan niat kita. dan kita akan sampai di satu saat yang mana kita perlu membuat keputusan sama ada inginkan cinta hakiki ataupun dambakan cinta duniawi? 

dan beruntunglah mereka yang memilih cinta Allah yang hakiki kerana dengan memperoleh cinta-Nya dan mencinta-Nya sepenuh hati, urusan seharian insha-allah akan dipermudahkan. usaha sehebat mungkin dan kemudian berserah kepada Allah. manakala bagi yang memilih cinta duniawi, sedarlah bahawa rahmat-Nya mendahului kemurkaan-Nya. masih belum terlambat untuk menoleh ke belakang. ya, kita akan hilang cinta duniawi itu, tapi yakinlah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.

ya saya tahu, untuk membuat keputusan di saat kita sendiri tidak betul, amat payah. dalam membuat pilihan kita selalu mendahulukan nafsu, sedangkan kita ini siapa? hanyalah hamba yang tidak mempunyai apa-apa super power untuk dikasihi sebegitu hebat oleh Allah. malu kepada-Nya.

dan, yakinlah bahawa setiap ujian yang hadir... Allah sertakan dengan pertolongan sebab Dia sayang sangat kepada kita.

ok dah tamat... alhamdulillah ALHAMDULILLAH alhamdulillah

 The one who speaks to the others is speaking to oneself.

No comments:

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...