Sunday, August 5, 2012

ramadhan #15

salam alaikum.

dalam uskab [usrah kabilah] tempoh hari, di masjid klcc; masjid as-syakirin. allah, Dia mempertemukan aku dengan satu jawapan. iaitu aku inginkan pengampunan dari-Nya.

kini telah masuk fasa kedua bulan ramadhan. maghfirah. beerti pengampunan.

sebelum melangkah keluar rumah pagi itu, monolog dalaman.

''ya allah, sampaikanlah aku kepada syurga-Mu.'' 

entahlah, itu yang terlintas. malam sebelumnya, berborak dengan seseorang, aku katakan yang aku takut untuk ke uskab, aku takut hati aku yang tak bersih, dosa aku yang menggunung tinggi menjadi hijab kepada mereka yang inginkan sangat cinta allah. aku tidak mahu menjadi daie yang panda bermain kata, tetapi dia hanya berdusta. cuba memberikan rasa kepada yang lain tetapi hakikatnya hati tidak merasakan apa apa. T__________T

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.

[kahfi, 18: 103-104]

aku tak mahu pedangangan yang merugikan!

keluar rumah seawal 7.00 pagi. sedangkan uskab aku bermula sekitar jam 10.00 pagi. aku pastikan aku masih dalam keadaan berwudhuk. melangkah masuk ke dalam kereta ayah. aku lewat sebenarnya. adik-adik aku sudah bising hendak awal ke sekolah. haish. tiba-tiba hari ini mereka nak pergi awal pula ke sekolah. -__-'' . dalam kelam kabutan, aku tertinggal telefon bimbit aku. tengah recharge. muka aku serba tidak kena. tetapi aku diam. adik lelaki aku perasan,

"tertinggal apa?''

aku hanya senyum dan terus memakai kasut yang aku bawa dengan tangan semasa memanjat kereta tadi. dalam hati, 

''ya allah, ampunkan dosa aku. sampaikan aku kepada syurga-Mu.''

dua jam perjalanan, padahal lebih kurang sejam sudah boleh sampai ke klcc kalau aku memulakan perjalanan aku dari lrt bukit jalil. tetapi aku berhenti seketika, [selama satu jam] di stesen lrt bandar tasik selatan. memperbaharui niat. meluruskan niat. 

sesampai di klcc, aku awal. jam baru menunjukkan pukul 9.30 pagi. merancang ingin terus ke masjid asy-syakirin. ingin menenangkan hati di sana. ingin menjadi tetamu awalNYA  di sana. tetapi... baru aku sedar setelah sampai di luar pintu klcc, hujan. agak lebat. 

aku memandang tingkat bawah... melihat hamba-hambaNya yang lain sedang sibuk menyediakan kedai masing-masing untuk mula beroperasi jam 10.00 pagi. sekali lagi aku monolog,

"allah, sampaikan aku kepada syurgaMu, maafkan dosa-dosa aku."

alhamdulillah...

uskab bermula selepas selesai menunaikan solat sunat tahiyatul masjid dan solat dhuha di masjid as-syakirin. hujan tadi sudah reda.

uskab dimulakan dengan tazkiyah hati oleh seorang sister. aku terdiam apabila ayat yang dia tadabbur adalah ayat yang ingin aku kongsikan pada hari itu. 


Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.

[surah an-naml, 27:14]

ayat ini merujuk kepada Firaun dan kaumnya yang mengingkari keesaan allah taala. sedangkan mereka tahu dan yakin akan kebenaran yang dibawa oleh nabi musa alaihi salam.

aku menerangkan ayat ini melalui satu post yang aku baca di blog inche gabbana, yang mana aku kira ramai yang terpana membaca blog beliau. berkenaan daie yang tak serupa daie.

daie yang berada dalam indenial. tidak mengiktiraf perkara lagha yang dilakukannya sebagai jahiliyah. tidak mengaku meninggalkan perkara sunat sebagai jahiliyah. tidak layan apabila dikatakan dia sedang buat kesalahan sebab bajet terer dan bebas dari dosa. astaghfirullah.

dan allah kata, 


Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.

[surah an-naml, 27:14]

apa kesudahan orang yang membuat kerusakan?

firaun, kaum ad, kaum samud, kaum nabi lut dan sebagainya.

ironi kan?

menyeru manusia kepada allah, tetapi adakah sudah terlupa untuk menyeru diri sendiri kepada allah?

banyak benda yang bermain-main dalam fikiran aku ketika uskab itu. teringat macam-macam perkara. namun, aku berhentikan diri aku. kerana khuatir terlalu banyak cakap. macam buat essay english lah. lagi panjang kita tulis, lagi besar kemungkinan untuk ada berjuta-juta kesalahan grammar. hurm...

kerana itu, kita butuhkan keampunan dari Dia. kita takkan penah lekang dari melakukan kesalahan. kita bukan nabi. tetapi kita nak jadi pengikut nabi. kan?

dan bulan ramadhan ini, bulan penuh keberkatan, bulan sarat dengan keampunan, bulan yang menampung berjuta-juta rahmat. jom rebut peluang ini.

masuk ke bulan ramadhan ini ibarat memasuki satu bilik yang penuh dengan emas. amat rugilah kalau kita keluar dari bilik itu tanpa satu gram emas pun, malah hanya mendapat karbon hitam melekat pada baju. maka, apabila kita memasuki bulan keampunan ini, amat rugilah kalau kita keluar dari ramadhan tanpa mendapat sedikit pun pengampunan dari Allah. T__________T

dan sisters lain turut berkongsi cerita, dan berkongsi rasa. yang paling aku terkesan adalah apabila ada seorang sister ini mengatakan bahawa, kita semua pernah jahat. kalau diceritaka kembali siapa diri kita sebelum tarbiyah menyapa, mesti orang lain akan cakap, "kau tipu!". tetapi itulah hakikat. tarbiyah itu mengubah. tarbiyah adalah satu proses dalam usaha meletakkan diri pada tahap yang allah redha. TAHAP YANG ALLAH REDHA! 

ya aku juga jahat. macam-macam aku buat. dan perkara-perkara itu membahagiakan aku suatu ketika dahulu. tetapi, lebih bahagia adalah... perasaan diselamatkan oleh allah daripada dunia yang sedang menipu penghuninya. dan aku ingin orang lain merasakan benda yang sama. inginkan pengampunan dari Dia. 

ya allah, moga dosa-dosa aku Engkau ampunkan. sampaikan aku kepada syurgaMu.

T__________________________________________T allah.



 The one who speaks to the others is speaking to oneself.

No comments:

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...