salam alaikum.
masuk sudah ramadhan ke 7. alhamdulillah.
pernah aku katakan kepada seseorang yang amat aku percayai. bahawa dahulu aku ini seorang yang susah untuk mempercayakan orang lain. mungkin boleh dikatakan seorang yang paranoid tahap gaban. hurm... secara fizikal aku okayh aja dengan semua orang, tapi jujur aku katakan... susah. susah. susah. untuk aku betul-betul percayakan orang tersebut.
bukanlah aku nak kata aku ni bagus sangat ke apa. tapi pengalaman membuatkan aku jadi begini. hah? salahkan pengalaman? okayh, sabar dulu. dengar dahulu cerita aku.
aku seorang yang lurus, mungkin. senang dibohongi, senang dipermainkan, senang diperbodohkan, suatu ketika dahulu. maka itu membuatkan aku tidak rela lagi menjadi bahan tertawa khalayak ramai dan juga bahan gurauan so-called-friend. dan aku juga bukanlah seorang yang akan stand up and fight untuk diri sendiri. maka oleh itu, segala keperitan aku simpan, dan simpan. sehingga menjadi parah. hades.
segalanya menjadi teruk dan mungkin sampai tahap maksima ketika aku di sebuah kolej persediaan untuk ke luar negara. kisah aku yang aku kira tak perlu orang lain tahu, diceritakan dengan senyuman dan gelak tawa kepada orang lain. yeah, mungkin baginya itu bukan apa-apa pon, tapi bagi aku hey-itu-sangat-memalukanlah! meskipun cerita itu disampaikan kepada orang yang juga rapat dengan aku.
sejak hari itu aku membina tembok yang sangat tebal antara aku dan semua orang. tembok yang hanya aku yang nampak. aku yang rasa. aku mula membenci mereka yang bergelar manusia. bagi aku, yang hanya aku percaya adalah keluarga kandung aku sendiri. meskipun aku tidak sepenuhnya membuka cerita kepada mereka.
aku melihat manusia dengan pandangan yang hey-aku-takkan-jadi-bahan-ejekan-kau-lagi.
aku memandang setiap dari mereka dengan jelingan tolonglah-stay-away-from-me.
sehinggalah pada suatu hari, aku dipertemukan dengan seseorang. yang mana melalui dia, aku mengenal Sang Pencipta. sedikit demi sedikit ego yang bermaharajalela dalam hati ini berjaya dirobohkan, apabila aku disapa cinta dari langit. pada awalnya, aku juga tidak mempercayai dia, aku rasakan dia ingin kan sesuatu daripada aku sebagai balasan. tetapi aku diam. malas aku nak berbalah, bertikan lidah. [konon]
masih, tembok itu masih ada. serpihan tembok itu masih ada. luka di hati aku itu masih berdarah. [poyo]. itulah namanya dendam kesumat. kadang kala kita selalu tersilap dengan terminologi BERLAPANG DADA. sekiranya betul-betul berlapang dada, maka tidak ada sedikit pun dendam yang disimpan. hati terasa lapang, badan terasa ringan, fikiran terasa best tahap super saiya. tetapi, kalau dendam, segalanya akan menjadi berat. malah untuk mengukir senyuman, itu satu perkara yang sukar.
mungkin sebab itu, ramai yang mengatakan aku ini jarang senyum. -_-''
sehingga aku ditegur, oleh Dia.
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
[ali imran, 3 : 133-135]
allah suruh aku BERSEGERA mencari keampunan dariNYA bagi mendapatkan syurgaNYA yang Dia sediakan untuk hambaNYA yang bertaqwa. tetapi, ada syarat-syarat untuk menjadi yang bertaqwa itu,
1. infaq ketika senang dan susah.
2. menelan amarahnya.
3. maafkan orang lain
'menelan' amarahnya. kalau telan, memang tak akan nampak pun. tak nampak apa-apa effect, dan at the end apa yang ditelan akan dibuang. kan? itulah berlapang dada. bukannya dibibir kata, "it's okayh la, der. no worries. kita kool kan?" tapi sebenarnya dalam hati, meletup-letup gunung berapi.
dan,
memaafkan kesalahan orang lain. di saat itu, aku tewas. quran aku tekupkan ke wajah. air mata membasahi helaian. nota usrah aku yang berada di riba, basah. perkara yang paling susah untuk aku buat. memaafkan orang lain.
''awak, saya tak mampu. berat sangat untuk saya memaafkan diorang.''
aku ingat detik itu. detik aku bertarung dengan diri sendiri. berlawan dengan ego sendiri.
''hati awak jadi berat, sebab awak tak cuba maafkan orang lain. awak jenis yang memendam.''
''awak tak faham saya!"
dia aku tinggalkan di bilik. keluar mencari sesuatu yang aku sendiri pun tak tahu. berlegar-legar keliling padang. duduk sendiri di gelanggang bola jaring, memandang langit. sejak dahulu aku memang sukakan langit. kerana hati aku luas melihatnya. tapi, ketika itu, masih aku belum dapat menghubungkan perasaan aku dengan Sang Pencipta langit itu sendiri. kerana hati aku masih, HITAM.
''maafkan.''
satu perkataan yang bermain-main dalam otak aku. memeluk lutut, mengalir deras.
''allah, please help me.''
setelah puas aku menghabiskan setiap titis air mata yang aku ada, satu perasaan baru hadir. aku berdiri dan terus mencari seseorang. masih keliru dengan tindakan diri sendiri. kaki dilangkahkan ke arah sebuah bilik. seolah-olah aku dirasuk satu kuasa yang hebat. [pergh]. pintu diketuk, dan dia membuka. wajahnya tenang.
dengan berat hatinya, aku menghulurkan tangan.
''awak, minta maaf.''
tangan aku tidak disambut. malah aku dipeluk erat. betubi-tubi ucapan maaf disumbat ke dalam telinga aku. bahu aku basah dengan air matanya. lama. aku terkaku di hadapan pintu. tangan aku masih di sisi. aku terkesima. apa yang sedang berlaku?
aku diam. tetapi air mata aku turut hebat menunjukkan bakatnya. -_-'' . tidak aku inginkan. bukan aku yang mengawal. tetapi Dia. saat itu aku sedar, aku ini sebenarnya tidak ada lansung kawalan terhadap diri sendiri, melainkan Dia. kalau Dia ingin kan sesuatu terjadi, maka jadilah.
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
[yaasin, 36:82]
pelukan dilepaskan, dan aku masih di luar bilik. dia memohon maaf sekali lagi sambil memegang kedua-dua tangan aku. aku kaget. tetapi, aku hairan mengapa aku tidak menarik semula tangan aku atau menolak dia tatkala dia memeluk aku? itu kehendak Dia. ingin menghapuskan sisa baki tembok china ego aku.
sambil senyum aku berkata, ''kosong-kosong eh?''
dia senyum dan mengangguk tanda bersetuju. tangan aku dilepaskan. dan aku berlalu pergi dengan niat tidak ingin berpaling semula ke belakang. tetapi Dia jugalah yang berkuasa ke atas aku. beberapa langkah aku meninggalkan bilik itu, aku berpaling ke belakang dan melambai. dalam hati, ''kenapa aku ni?''
kembali ke bilik sendiri. aku terlantar atas katil. penat. penat mengawal emosi. tetapi, hati aku terasa lapang. badan aku terasa ringan. terasa seperti satu beban telah diangkat dari bahu aku. aku sukakan perasaan itu. suka sangat.
semenjak itu, apa-apa pun yang berlaku, aku cuba untuk betul-betul memahami erti berlapang dada. senyum walau apa pun yang berlaku. cua untuk tenang, luar dan dalam.
siapa sangka, hanya dengan tiga perkataan itu, allah izinkan hati ini menjadi seringan kapas.
saya maafkan awak.
sekiranya kemaafan seorang sahabat itu mampu menjadikan sahabatnya bahagia, apatah lagi keampunan dari Tuhan yang Maha Pengampun. hamba itu akan menjadi hamba paling bahagia di dunia dan akhirat.
doa nabi ibrahim alaihi salam,
‘…dan yang sangat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat’
[asy-syu'ara, 26:82]
kita sudah hampir ke fasa yang kedua, maghfirah. bersediakah kita?
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
No comments:
Post a Comment