Sunday, August 5, 2012

ramadhan #1

salam alaikum.

baru sahaja beberapa hari lepas, aku berkata-kata dengan seseorang.

"still tak dapat nak 'rasa' kehadiran ramadhan kali ini.''

menangisdi hadapan laptop. tanpa ingin orang lain memandang. sedih. kesiankan diri sendiri. tidak tahu ke mana hilang rasa itu. puas aku membaca artikel-artikel berkaitna ramadhan. mendengar video-video ramadhan. meminta pencerahan dari sisters. tetapi, masih. hati ini terasa kosong. aku tak tahu, tak tahu!

sehinggalah, satu sms aku terima petang semalam.

"...ayah saya baru meninggal pukul 3 petang tadi..."

ketika itu aku di dalam kereta. istighfar panjang. sepanjang yang pernah aku ingat. ya allah, Engkau masih memberi aku nikmat untuk menyambut ramadhan walaupun aku tidak punya 'rasa' itu. siapa sangka pada 30 syaaban, nyawa ditarik. dipanggil pulang menemui ilahi.

hanya tinggal lagi beberapa jam untuk umat islam di malaysia menunaikan solat sunat terawih berjemaah di masjid. namun, takdir telah mendahuluinya. allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat mereka sekeluarga.

semalam, persiapan ramadhan disambut dengan membeli barang-barang keperluan dapur. namun, mereka... menyambut ramadhan dengan perginya seorang pemimpin keluarga, secara tiba-tiba.

ya allah, moga mereka terus kuat dengan Engkau. aku yakin, sahabat aku itu kuat, kerana dia ada Engkau.

al-fatihah buat arwah.

berita itu membuatkan aku tersentap. gugur air mata ketika dahi menyentuh tikar sejadah. ya allah. ya rabbi. terasa ingin sekali menyorokkan muka ini ke dalam tanah. kerana aku malu dengan Tuhan. aku malu.

adakah hati ini terlalu keras sehingga hilang 'rasa' itu?
adakah jiwa ini terlalu kotor sehingga boleh menjadi begitu?

ya allah, aku inginkan ramadhan ini memberi makna. menjadikan aku hamba yang lebih baik. menjadi anak yang solehah.

kerana itu, aku ingin ramadhan ini menjadi permulaan langkah bagi aku. langkah yang bersih. langkah yang mengejar redhaNya. bukan sekadar kata-kata. tapi aku ingin kata-kata ini membuahkan amal. insha-allah.

allah, help me. please.

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

No comments:

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...