Thursday, August 9, 2012

ramadhan #20

salam alaikum.

hadiah ramadhan buat diri aku.

ini cerita lama. tetapi, aku tetap ingin bercerita. 

minggu lalu, papa mengambil keputusan untuk menghantar aku sendiri ke tempat program. mungkin dia fikir, haish anak aku ni asek-asek program je.

berdebar, tak tipu. >_<

seperti biasa, sekiranya hanya aku dan papa yang berada di dalam kereta, pasti topik perbualan memerlukan aku untuk sangat bersabar dan berlapang dada untuk melayan papa. bukan aku tak mahu, cuma aku tidak reti untuk meneutralkan keadaan tegang dalam kereta selepas perbualan yang hangat tentang kredibiliti seorang doktor, mahupun seorang yang bertudung labuh. -_-'' 

yang aku mampu buat hanyalah berdialog dengan sedaya upaya mengawal nada suara aku dan juga senyum tatkala air mata ini mula bertakung. T_T

sesampai di perkarangan masjid, enjin kereta dimatikan. aku macam, 

"err... papa nak turun gak ke?"

"papa hantar beg awak sampai atas."

kaget sebentar, 

"okeh."

sampai ke pintu gerbang, setelah mendaki beberapa anak tangga kecil, papa tinggalkan beg aku di situ. 

sambil meletakkan tangannya di kepala aku, [like he always do]... 

"mi, semua orang ada benda yang dia suka. macam papa, papa suka mancing... so papa pegi mancing. kalau macam awak, awak suka qiamullail masjid ni suma, awak pergilah."

kepala aku digosok sedikit sebelum tangan itu aku cium. papa pergi sambil melambaikan tangannya di tingkap kereta. anak mata aku tidak beralih dari mengekor kereta hitam itu sehingga hilang dari pandangan.

"awak suka qiamullail ni suma, awak pergilah."

terngiang-ngiang di telinga aku. ya allah, ini hadiah terbaik buat aku! meskipun papa tidak mengetahui 100% tentang apa yang aku buat selama ini, tetapi akhirnya aku mendapat restu dia untuk meneruskan langkah aku di jalan ini. alhamdulillah.

alhamdulillah

alhamdulillah

alhamdulillah

"... awak pergilah."

tiga tahun aku berdoa. agar mereka redha dengan apa yang aku lakukan. dan kini tiba masa yang Dia janjikan. moga dengan restu mama papa, aku lebih gagah di atas jalan ini. lagi pun, mungkin berkat doa mereka lah aku berada di atas jalan ini pada hari ini.

semalam, papa mengambil aku pulang dari program. [tapi ini program lain.]. dalam kereta, macam-macam aku cerita kepada dia perihal apa yang aku dapat. tapi, aku cuba untuk guna bahasa masyarakat lah. alhamdulillah, papa suka mendengar. dia pun ada bagi pendapatnya juga. alhamdulillah. tiba-tiba...

"bila lagi awak nak keluar lagi?"

soalan itu buat aku terdiam.

"err... keluar mana pa?"

"keluar usrah awak lah."

sambil tersenyum, "ooooooooooo... insha-allah kames or jumaat ni. dengan adik-adik yang nak datang ireland jugak."

papa senyum dan topik perbualan sebelum ini disambung.

"usrah awak"

he acknoewledged my usrah. "usrah awak" . hanya allah sahaja yang tahu. betapa gembiranya hati ini. setelah sekian lama aku takut untuk berhadapan dengan papa tentang hal usrah ini, punyalah aku cuba untuk tidak menggunakan perkataan usrah di hadapannya. tetapi, hari itu, papa sendiri yang mengeluarkan perkataan itu dari mulutnya. ya allah. ya allah ya allah.

T____________________________T

10 malam terakhir. are we ready?!

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

1 comment:

ameera alya said...

saya faham perasaan itu, sungguhpun mungkin perasaan yang sedikit berbeza. *mata basah dan hangat*

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...