salam a'laikum.
mengemas beg untuk ke satu program di masjid yang menjadi saksi tumbesaran aku di jalan dakwah dan tarbiyah ini. terjumpa satu nota.
''jangan jatuh ke dalam lubang yang sama.''
bertarikh 22 september 2011.
menahan sebak kerana aku perlu gegas. sudah lewat. segala keperluan disimpan kemas dan menutup suis lampu bilik. keluar. terus melangkah ke dalam kereta dipandu mama.
aku diberhentikan di putrajya sentral. sambil menghulur tangan untuk bersalam dengan mama, aku berkata,
"ma, redha kan dengan apa orang buat?"
sambil bergurau, ''lebih baik awak pergi sana, daripada awak pergi dikso.''
melakar senyuman dan berlalu pergi. dalam hati aku berdoa moga allah permudahkan segala urusan di rumah ketika ketiadaan aku. bukan nak kata aku ni superhero di rumah.
sambil menanti erl yang bakal tiba sepuluh minit lagi, aku kembali membuka nota itu.
''jangan jatuh ke dalam lubang yang sama.''
tarikh itu adalah sehari sebelum tarikh aku berangkat ke luar negara. peringatan daripada...
DIRI AKU SENDIRI.
puas aku cuba menyorot kembali saat-saat aku menulis tujuh perkataan itu. tak ingat. seriyes tak ingat. tidak aku tahu hadaf tulisan aku sendiri. tidak dapat aku lintaskan latar masa dan tempat peringatan itu lahir. sedangkan, itu tulisan 11 bulan yang lalu.
akhirnya, fikiran aku melayang kepada keadaan aku di 'sana' sekitar period masa 9 bulan. orang kata, masa tahun pertama pengajian medic ini banyak buku fikrah yang boleh dihabiskan. banyak hafazan alquran yang boleh dilancarkan. banyak perkara yang boleh dilakukan. kerana tidak akan membawa usrah.
adakah sudah berbukit buku fikrah tertanam dalam diri? mungkin aku baru ingin memulakan enjin aku sekarang. ya sekarang, bertimbun-timbun buku aku beli dalam cuti summer ini. kerana baru aku sedar akan keperluannya. akan kepetingannya. terkial-kial aku mula membaca. habis satu buku. aku buat nota. kerana aku tahu, ntah bila lagi akan aku buka buku itu. ada juga buku yang tidak sempat aku habiskan. sampai separuh, aku mula membaca buku lain. bosan? erk... kerana aku tahu masa aku tidak cukup. bekalan aku masih sikit. macam mana aku nak hadapi semester baru dengan diri aku yang sekarang ini?
hafazan. sudah teramalkah bait-bait kalam dari allah itu? pengsan . aku tidak mampu menjawap. kerana hafazan aku sendiri masih terhuyung hayang. dikatakan ingin memperjuangkan agama allah. tapi mana tersematnya kata-kata allah dalam hati. yang dinilai allah bukanlah ilmu menggunung tinggi dalam otak besar itu, tetapi apa amalam yang terzahir dari keimanan yang kuat. dari kefahaman tentang perintah dan larangannya yang terang tang tang terpampang dalam alquran. 9 bulan... seharusnya juz 30 dan 29 dalam genggaman. seharusnya tafsir fil zilal tentang surah surah ammar sudah terpahat dalam dada. hanya tinggal untuk disampaikan. bukannya terkedek-kedek membuka helaian buku, ataupun pdf tafsir zilal tatkala diperlukan untuk berkongsi ilmu. menangis. cuti summer ini baru aku mula mengerti perihal itu. ITU SEMUA PENTING! bekalan di jalan dakwah dan tarbiyah ini. jangan hanya menunggu utnuk disuap dambil nganga mulut sahaja. harus ada inisiatif sendiri. konon berada di tempat yang ada lambakan daié. sehinggakan diri menjadi manja di jalan ini. lambakan daié??? aku serius? mungin boleh kira semula, dan definisikan semula, siapakah itu daié. sudah pasti aku jauh tersasar dari menjadi sebahagian dari golongan itu.
benar. di jalan ini, tidak ada yang senang. kalau kamu dijanjikan kesenangan di sesuatu tempat, rasakanlah ada penipuan di situ. terlalu ramai sisters? senanglah kerja dakwah dan tarbiyah di tempat itu. be realistik la weyh! . angka itu bagi aku hanyalah khayalan idealistik. dan aku lambat menyedari perihal ini. jangan bergantung pada angka. itu tidak menjanjikan apa-apa. kerana angka itu ada kemungkinan besar untuk berkurangan sekiranya tidak mempunyai pelapis yang membenarkan al-haq.
kadang-kala yang aku perasan, kita ini terlalu kurang berani untuk bertindak. err.. dia belum bersedia untuk terima semua itu. dia masih baru. dia mungkin akan terkejut nanti. takut dia lari. dan seterusnya justifikasi-justifikasi yang diberikan. ya aku setuju, dakwah ini bukan semberono. bukan main terjah. perlu ada perancangan. tetapi, kalau apa yang dibuat, apa yang diberi tidak berdasarkan keperluan dakwah dan tarbiyah tetapi berdasarkan keinginan manusia, masakan tidak berlaku proses pencairan dakwah?
aku menulis ini bukan beerti aku nak tunjuk bagus ke apa. tetapi ini yang aku nampak dan apa aku lalui dan apa kesalahan yang aku dah buat. terlalu larut dalam keadaan kawasan yang sangat ideal untuk membesar, sehinggakan aku lupa bahawa tidak ada yang ideal dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini. kalau rasa semanis susu pekat ideal itu, maknanya diri ada masalah besar! sangat besar!
persiapkan diri dengan segala yang termampu. ini aku sedang buat, meskipun aku mungkin sudah terlambat 11 bulan dari yang lain. tetapi it is never too late to do ihsan. hafazan dirancang, recording tersusun, timbunan buku. aku akan cuba membawa seberapa banyak bekal. kerana tanggungjawab aku kini semakin banyak. sudah hampir 9 bulan otak aku tidak digunakan secara maksimum. kini, terasa agak berat untuk digerakkan, kerana terlalu banyak karat-karat yang masih kekal. padahal, kalau aku tidak stagnant selama 9 bulan itu, tidaklah aku sesakit ini untuk bergerak kembali. mungkin?
apa yang berlaku menjadi pengajaran buat aku. mungkin itulah sebab nota bertarikh 22 september 2011 itu tertulis. untuk mengingatkan aku setahun kemudian.
ya allah aku harap aku masih belum terlambat untuk memulakan langkah. sepertimana aku dibesarkan di sini, bumi tarbiyah aku, malaysia, di sana juga akan aku perjuangankan ideologi yang sama. gerak langkah yang sama. sentuhan yang sama. disinergikan dengan apa yang ada di ireland itu. moga langkah ini langkah baru. yang tidak akan berakhir dalam lubang yang sama.
ps. sedang mendengar recording. aku rasa hidup. hidup kembali. ternyata, aku rindukan sentuhan di sini.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
No comments:
Post a Comment