Sunday, August 5, 2012

ramadhan #6

salam alaikum.

hari ini aku rebah. seusai aku memberi salam solat sunat dhuha, tersandar aku di tepi hujung katil. memeluk lutut memujuk diri sendiri.

''kuat der, kuat! kuat dengan allah!''

aku seorang yang sangat suka menyusun. tak kisah apa benda pon. tapi susunan yang paling aku lemah ialah menyusun maa. hehs. [senyum sinis] dalam banyak-banyak jenis susunan, aku suka menyusun data. kerana dalam data ada semua benda. dan aku kalau nak buat sesuatu perlu nampak overview benda itu. macam nampak sesuatu perkara secara keseluruhan, bukan pecah-pecahan.

susun nama... informasi berkaitan... dan bila hati berbunga-bunga [sebab tengah buat apa kite suka kan??], maka data itu akan berwarna-warni. santek! hehehehe...

kini, aku sibuk menyusun data adik-adik yang bakal terbang ke ireland. macam-macam ragam manusia aku hadapi. macam-macam taktik aku cuba gunakan untuk mendapat data dan kerjasama semua orang. walaupun, selalunya taktik aku itu tak berkesan. -_-''. seperti yang aku katakan tadi, aku suka buat kerja ini. walaupun mungkin nampak macam apakah?!, tapi... aku suka.

sehinggalah tiba bulan penuh barakah ini. saban hari aku menghadap laptop. meeting sana meeting sini. sibuk la konon. selesai solat wajib aku terus membuka laptop. selesai membuat kerja-kerja di rumah, aku terus naik ke bilik dan membuka laptop. sehinggakan apabila aku tengah santai-santai tak buat apa-apa, adik aku akan bertanya,

"tak de meeting ke hari ni?''

sinis sungguh.

sehinggakan apabila mengangkat takbir, bukan lagi kebesaran allah yang aku bayangkan, tapi...

"data universiti U** aku tak settle lagi, nombor telefon students N*** tak full lagi."

and the list goes on and on...

ingin aku salahkan syaitan durjana kerana menggangu konsentrasi aku ketika solat, tetapi hey! mana ada syaitan durjana bulan puasa ni! nak salahkan siapa? tinggal diri aku sendiri sahaja untuk dipersalahkan.

setakat hari ini, aku kira masa aku luangkan dengan allah sangat sedikit berbanding dahulu. sangat sedikit berbanding dengan masa aku luangkan dengan laptop. konon menyusun data demi kelansungan dakwah dan tarbiyah, tetapi... hubungan aku dengan allah sendiri sudah tidak seindah dulu. dan akulah puncanya.

tetapi... perasaan itu aku cuba padam kan. indenial. tak nak mengaku aku sedang bermasalah. sebab aku bukanlah seorang yang suka melayan perasaan sendiri, apatah lagi perasaan orang lain. bagi aku, mendahulukan perasaan sendiri adalah sangat tidak kool. sebab banyak lagi perkara yang kita perlu fikirkan, ada perkara besar lagi yang perlu diambil kira selain perasaan sendiri yang tah hapa-hapa.

"alah, tak de pape kot der. relek lah. ''

maka, hari-hari aku diteruskan seperti biasa. kerana sikap aku yang tidak sensitif terhadap orang lain dan juga terhadap perasaan sendiri, Dia menegur aku. teguran keras. malam semalam, data yang aku usahakan tidak tidur malam, tiba-tiba aku dapati ia bercelaru. hancus! sekali pandang, aku macam... apa dah jadi? siapa yang sanggup buat macam ni?!

aku hampir menangis kerana teramat marah. namun, aku tahan. tak mampu. air mata mengalir. dahi aku berkerut-kerut. kalau diikutkan sifat jahiliyah aku, sudah lama aku mengamuk-tak-hengat-dunia dan menyalahkan semua orang yang ada access kepada data itu. alhamdulillah, aku masih mampu ber istighfar panjang. mulut aku tutupkan dengan tangan aku, khuatir akan terkeluar perkataan-perkataan yang tidak patut. kerana bila kita marah, macam-macam boleh berlaku. oleh itu, setelah tenang, aku cuba senyum.

namun, air mata aku terus mengalir. macam orang gila pula, senyum tetapi menangis.mujur adik-adik aku sudah tidur. tidak lah mereka sedar tentang apa yang sedang berlaku kepada aku. malam itu, aku tidur dengan kesedihan yang melampau.

keesokan paginya, dhuha. aku kalah. aku menangis sepuas-puasnya di tikar sejadah. ingin mengadu kepada mama? masakan dia mengerti apa yang aku sedang buat? ya allah, aku penat. masih dalam denial.

apabila dibacakan surah al-hajj ayat 77 dan 78 kepada aku, seperti bungkusan yang selama ini menutup hati aku, hancur berderai. tidak lagi aku menidakkan perasaan gusar aku. aku nampak di mana silap aku.

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)." [77]

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan." [78]

allah suruh beribadat dan buat dakwah. bukan buat dakwah semata-mata. di mana bekalan aku atas jalan ini? terlalu larut dalam kesukaan menyusun manusia sehinggakan aku lupa sumber kebahagiaan aku dari mana. dari ALLAH!. aku lupa aku alpa.

kalau dulu stress sebab tak tahu macam mana nak seimbangkan antara dakwah dan study. kini, aku tak tahu macam mana nak seimbangkan dakwah dan ibadah. ah, sekularnya aku!!! apa khabar qiam? T_______T

kalau dahulu ketika sekolah rendah, perasaan lain tatkala ramadhan menyapa.
kalau dahulu ketika mrsm hujung dunia, perasaan lain ketika ramadhan menjelma.
kalau dahulu ketika di kolej tempat aku dipertemukan dengan dakwah dan tarbiyah, perasaannya lain ketika bulan barakah ini tiba.

kini, berada di atas jalan ini, pada saat ini... perasaannya lain. ketika ramadhan datang membuka pintu rahmat dan keampunan.

fasa-fasa yang berbeza, tapi tujuan yang sama. Dia ingin mengajar aku erti hamba. ya allah, tidak mahu aku keluar dari bulan ini tanpa keampunan dariMu.

sedang belajar untuk mencari titik keseimbangan. doakan. doakan. doakan.

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

No comments:

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...