salam alaikum.
semalam aku bertemu dengan seorang kakak yang kian lama tidak bertentang mata. hanya sekadar bertanya khabar di fb, skype dan mungkin LINE. berkongsi kisah, berkongsi rasa. alhamdulillah, walaupun tidak aku rancangkan pertemuan itu, tetapi Dia telah merancangnya untuk aku. aku kira tidak punya peluang untuk bertemu dengannya sebelum aku pulang ke dublin kerana jadual yang padat dan juga komitmen kepada keluarga terchenta. namun, Dia lebih mengetahui apa yang terbaik.
dia gagahkan jua untuk bertemu dengan aku walaupun aku tiada di rumah. sedangkan pada hari yang sama dia perlu pulang ke utara malaysia.
"akak, saya tak ada kat rumah. kat tesco kajang. aseef. moga kita berjumpa lain kali ya."
sms dihantar.
selang beberapa minit kemudian. handphone aku berbunyi. seorang sahabat seperjuangan bertanya,
"kau kat mana? kitorang ada kat tesco kajang."
subhanallah... bukanlah dia yang melangkah, tetapi allah yang melangkah kaki dan menggerakkan hatinya untuk bertemu dengan aku.
dia di hadapan aku. aku kaget. omaigod nak buat apa ni. awkward? tidak. cuma aku takut. aku takut untuk bersalaman dan memeluknya. kerana aku tahu, pelukan seorang ukhti mampu memecah empangan air mata yang aku selama ini aku tahan. yang selama ini aku nafikan kewujudan perasaan sedih dan sakit itu. yang selama ini aku tidak mempedulikan jiwa aku yang meronta-ronta ingin menerima pujukan. [poyo di situ, aku tahu.]
kenapa? kerana aku tahu ada perkara lebih besar yang perlu aku fikirkan selain diri aku sendiri. ingin mengetengahkan perasaan sendiri sedangkan ummat di dalam rumah dan di luar sana sedang tenat memanggil menagih bantuan dan sentuhan islam??? oh, tidak. aku tidak mahu menjadi penumbang gerabak dakwah. aku ingin menjadi penyumbang ustaziatul alam. maka oleh itu, aku abaikan perasaan sendiri. tapi ada jugak la layan sikit-sikit. well, aku manusia biasa. hurm... tpai layan sekadar ingin menyedapkan hati dan teruskan bekerja.
bukan aku tidak mahu berkongsi cerita dengan sesiapa. ada. namun... aku memilih orang untuk bercerita. orang pertama yang aku ingin meluahkan segala-galanya tidak diizinkan Dia untuk berada di sisi aku ketika aku memerlukannya. kenapa? mungkin kerena Allah ingin mengajar aku kebergantungan hanya pada Dia. maka oleh itu, segalanya aku ceritakan di tikar sejadah. air mata tidak aku alirkan di hadapan manusia kerana niat aku ingin meninggikan nilainya di hadapan Tuhan. Allah ingin mengajar aku erti hamba, kerana itu yang aku minta.
kembali kepada cerita asal, aku berasa sangat takut untuk menerima pelukan. di hadapan keluarga aku, pelukan kakak itu aku sambut dengan hambar. kerana tidak mahu empangan aku dipecahkan. aku perlu kuat demi keluarga aku. aku perlu kuat untuk mamaku. aku perlu kuat untuk adik-adik aku. maka, sekadar pelukan hambar aku balas. tepukan di belakang sebagai tambahan. serta senyuman yang sedaya upaya menyembunyikan jeritan dalam hati.
aku memperkenalkan mereka kepada mama. mama sedang duduk di atas kerusi roda. tidak aku malu. malahan aku bangga kerana mama aku tabah. gagah menghadapi ketentuannya. aku kira, dari situ aku mendapat sifat tidak melayan perasaan sendiri. huuuuu...
berjumpa hanya seketika, kerana kaka itu perlu pulang segera. maka, aku hantarkan mereka ke luar kaunter. salaman terakhir, pelukan terakhir. tidak ingin aku menggerakkan tangan aku di belakangnya. tidak ingin aku meletakkan kepala di bahunya. kerana aku tahu, aku akan menangis.
tetapi, Dia... menggerakkan tanganku. Dia... menundukkan kepala aku. Dia... membenarkan air mata aku mengalir keluar. ya di hadapan masyarakat umum yang tidak kenal siapa aku. itulah titik kelemahan aku, pelukan seorang ukhti. yang mana menjadi sumber kekuatan aku tanpa aku sedari.
sebelum ini, aku membasahkan tudung seorang kakak juga. ketika di pengakhiran sebuah program pre-depature di klang. program itu selama tiga hari. semenjak hari pertama, aku melarikan diri daripadanya. aku mengelak dari pada bertemu dengannya. aku buat-buat kool apabila berselisih dengannya. namun, pada hari terakhir, tangan yang aku sorokkan daripada menyambut salamnya... aku keluarkan untuk memeluknya. tidak tahu kenapa. mungkin Dia merasakan itulah masa yang terbaik. mungkin tika itu immunisasi aku terhadap perasaan aku sendiri sudah sampai ke tahap maksium. maka, Dia benarkan air mata aku berbicara.
sekeras mana air batu itu akan cair juga bila bertemu dengan sinaran matahari.
segagah mana pon hamba itu akan lemah juga bila dipertemukan oleh Allah dengan titik lemahnya.
bulan ramadhan ini aku mengharapkan aku dapat menjadi hamba yang Allah inginkan. ya allah please, tolong aku. Allah anugerahkan akhowat kepada aku bukan untuk main-main, bukan untuk sweet sweet, tetapi untuk membimbing aku, memapah aku, menguatkan aku di jalan ini.
macam-macam yang berlaku summer ini. moga menjadikan aku lebih kuat, menjadikan aku hamba kepada Allah yang al-Qawiyy.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
No comments:
Post a Comment