Ya allah, i need You. T_T
Lend me strength.
Guide me through this path.
Purify each of my steps.
Help me to empty my heart, so that only You that i let in it.
I'm weak,
I'm weak,
I'm weak.
I need You,
The One who understands me the most.
The One who knows me more than I do.
The One who i called upon in my prayers.
The One who gives me love, and people to be loved.
The One who i want to meet, in jannah.
O allah,
Please ease my way.
Please hear my pray.
Please dont ever let me go astray.
Please, i dont wnat to go back being in 'the grey'.
Help me to think.
Help me to act.
Help me to feel.
Help me to be real.
A real muslim.
A true muslim.
Nothing else that i seek but Your forgiveness.
Evrything that i need is Your greatness.
Once, You showed me the light in the darkness.
Would You show it to me again, leading me to the Oneness,
Of You, O allah.
I need You. In my walk.
I need You. In my thoughts.
I need You. In my words.
I need You in my life. Now and forever.
O allah, i believe You are there... Watching over me. Listening to me. Helping me. Guiding me. One thing left i want to plead, make me a servant who knows she has Allah in her day and night, as long as she wants Him to.
Ameen.
the one who speaks to the others is speaking to oneself.
Saturday, March 17, 2012
topengAKUgagah,
asslamualaikum...
bismillah ar-rahman ar-raheem.
Allah itu maha kuat kan?
saya suka berdoa dan minta orang lain doakan saya supaya saya pon kuat. ''doakan saya kuat. doakan saya gagah. sebab saya nak jumpe allah dengan penuh bergaya. gaya seorang hamba.'' [ok ada nada poyo di situ.. =.='' ]
kekuatan itu hadir dengan keimanan. yakni keyakinan yang supersaiya terhadap allah. Tuhan yang telah menciptakan seluruh alam ini, termasuklah diri saya dan diri kamu. Dia yang tidak akan menzalimi saya dan kamu walau sebesar zarah. segala takdir yang telah tertulis di luh mahfuz, itu muktamad. itu yang terbaik. itu yang terhebat. sebab allah itu hebat. maka apa yang dirancang olehNya juga hebat. cuma tinggal saya dan awak untuk pasakkan keyakinan secara total terhadap Dia.
der, Allah tak rugi pun kalau kita tak yakin pada Dia. kita sahajalah yang merana dunia akhirat nanti. nauzubillah.
"Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu." [Az Zumar, 36:7]
berbalik kepada topik kekuatan.
pernah tak kita lihat seseorang yang kuat? contohnya macam dia secara luaran kita nampak tabah, mampu berdiri sendiri, tidak bergantung pada orang lain [erk, sama je lah!], tak pernah menangis meleleh-leleh hingus depan orang, langgar dinding kaca transparent but still boleh sambung berjalan dengan penuh bergaya konon-konon tak ada apa-apa pernah berlaku, study dia gempak sebab dia dok berkepit dengan lecturer's notes memanjang, dan sebagainya. pendek kata, seseorang itu kita rasa dia OKAYH-dia-tak-ada-masalah-dan-boleh-hidup-bahagia-sendiri.
tapi...
pernah tak kita tahu yang dia...
hampir tiap-tiap malam menangis seorang diri dalam toilet sebab tak nak orang nampak?
pernah tak kita tahu yang dia...
struggle habis-habisan dalam study sebab dia susah-ya-ampuuuun nak faham satu-satu konsep?
pernah tak kita tahu yang dia...
ada lebam kat dahi atas, sakit sebab terlanggar dinding kaca itu?
pernah tak kita tahu yang dia...
perlukan support dari kita walaupun dia nampak gagah seorang diri?
pernah tak kita tahu yang dia...
ada masalah tekanan jiwa yang kronik dan boleh membawa mudarat sekiranya tidak dirawat segera?
der, nak tahu tak?
dia itu hanya berlagak untuk gagah. kerana deep down inside dia seorang yang sangat lemah. sangat lemah. lemah! LEMAH! cuba sedaya upaya untuk berlindung di sebalik topeng ya-aku-gagah-dan-aku-okayh, dan mencanang-canangkan propaganda saya-mampu-hidup-tanpa-orang-lain.
ibarat sebiji telur ostrich.
kulitnya keras dan gagah. dikatakan kalau kita pijak pun, susah la nak pecah. kena ada extra effort untuk memecahkan telur tersebut. tapi... di sebalik kulit itu, hanyalah cecair. lembik. kalau retak kulit telur itu, maka cecair di dalamnya akan berada di risko yang tinggi untuk terdedah.
samalah dengan manusia ini. dia akan cuba mencipta kulit telurnya sendiri. kerana dia sedar, dia hanyalah cecair yang lembik. tapi, dia tidak sedar bahawa kulit telur itu ada kemungkinan besar untuk pecah suatu hari nanti. topeng-ya-aku-kuat itu tidak akan mampu menyelindungi perasaan sebenarnya untuk selama-lamanya.
orang yang nampak gagah, tak semestinya bersifat gagah.
orang yang nampak lembik dan manja, tak semestinya bersifat lemah.
ya. kita cenderung menilai manusia dari segi luaran. dari apa yang kita nampak. tapi apa yang kita nampak itu adalah APA-YANG-KITA-NAMPAK-DARI-JAUH. pernah cuba menyelami hidupnya? jom sama-sama cuba mengenali manusia dari dalam, mengenali hatinya.
memandang sesuatu perkara dari beberapa sudut yang berbeza sangat meluaskan kotak pemikiran kita. berusaha menilai pemikiran orang lain menurut sudut pandangannya dan kondisi dirinya.
agar manusia itu tidak perlu lagi hidup bertopengkan aku-kuat-dan-gagah, tapi hidup sebagai hamba yang akukuatdanakugagah. buang topeng itu jauh-jauh. dan berwajahkan hamba ar-rahman. hamba yang menanti pertemuan dengan Tuhannya. The one who speaks to the others is speaking to oneself.
Tuesday, March 6, 2012
Dia, Allah.
Salam alaikum.
Pagi ini empangan saya pecah. Pecah.
Tengah hari, pecah lagi.
Petang... Sekali lagi.
Sekarang, malam. Pecah. Empangan itu pecah lagi.
Hati saya tersentuh. Tersentuh dengan cinta Dia. Hati saya tersentuh dengan cinta Tuhan saya. Tuhan saya!!!
Pagi itu, saya diingatkan oleh seseorang tentang detik-detik pertama saya kenal Tuhan saya.
Dia yang Maha penyayang.
CintaNya tidak bersempadan.
Dia yang Maha adil.
TakdirNya tidak akan menzalimi saya walaupun sebesar zarah.
Dia yang Maha kuat.
memberi saya rasa gagah bila sayaperlu gagah.
Dia yang Maha mendengar.
sungguhpun hanya lintasan hati.
Dia yang Maha sabar.
sungguh lama Dia sabar dengan saya, memberi saya peluang satu demi satu.
Dia Tuhan yang satu!
tidak ada lain yang layak disembah melainkan Dia sahaja!
Pagi ini empangan saya pecah. Pecah.
Tengah hari, pecah lagi.
Petang... Sekali lagi.
Sekarang, malam. Pecah. Empangan itu pecah lagi.
Hati saya tersentuh. Tersentuh dengan cinta Dia. Hati saya tersentuh dengan cinta Tuhan saya. Tuhan saya!!!
Pagi itu, saya diingatkan oleh seseorang tentang detik-detik pertama saya kenal Tuhan saya.
Dia yang Maha penyayang.
CintaNya tidak bersempadan.
Dia yang Maha adil.
TakdirNya tidak akan menzalimi saya walaupun sebesar zarah.
Dia yang Maha kuat.
memberi saya rasa gagah bila sayaperlu gagah.
Dia yang Maha mendengar.
sungguhpun hanya lintasan hati.
Dia yang Maha sabar.
sungguh lama Dia sabar dengan saya, memberi saya peluang satu demi satu.
Dia Tuhan yang satu!
tidak ada lain yang layak disembah melainkan Dia sahaja!
Thursday, February 16, 2012
ukhti, Dia Maha Tahu.
salam a'laikum.
ya allah, sampaikan lah isi hati ini padanya.
allah maha tahu.
walau sedahsat mana kita menyusun kata untuk manusia, allah lebih tahu isi hati kita.
walau segagah mana kita berlagak depan manusia, allah lebih tahu isi hati kita.
walau berbunga mana status facebook kita untuk manusia baca dan komen-komen serta like-like, allah lebih tahu isi hati kita.
walau sepanjang mana post blog kita, allah lebih tahu isi hati kita.
ukhti yang saya sayang,
kamu kata, ''wajah boleh tersenyum dan senyuman itu disimpan dalam gambar. tapi, hanya Allah sahaja yang tahu secara realiti... betapa sedih dan pilunya hati hamba Tuhan itu.''
jarang saya menulis untuk menyampaikan kata hati ini kepada seseorang. namun, Dia menggerakkan jari ini untuk terus menaip, menaip, menaip. kerana saya sayang kamu, fillah.
maafkan saya kerana kesalahan saya. saya masih belajar. ingin menjadi hamba Dia. namun, saya tersilap langkah. saya terlepas pandang. kononnya sibuk mencari 'permata-permata' baru, saya terlupa akan 'permata' yang sudah lama berada di sisi saya. 'permata' yang indah.
kamu, menyokong... membantu... mendengar...
tatkala diperlukan mahupun tidak.
tatkala diminta mahupun tidak.
saya tahu, betapa hebat kamu bersangka baik dan bersabar dengan kemerengan saya, kemerengan kami, kamu masih manusia. kamu masih hamba. kamu masih punya hati. kamu punya perasaan.
konon ingin berlari kencang, tapi... angin kencang itu meninggalkan runtuhan-runtuhan dalam hati dan jiwa kamu. seperti si angin taufan, yang hanya datang dan pergi. meninggalkan kerosakan di bumi. hati kamu, luka. tetapi, lambat saya sedar ia berdarah. sehingga menjadi begitu parah.
ukhti yang saya sayang fillah.
kenapa FILLAH ya?
dahulu saya bajet konon-konon faham, tapi tidak. berlagak faham, tapi jahil. saya ingat bila kita sudah bersahabat selepas bertemu di jalan ini, itulah FILLAH. tapi tidak... pertemuan itu hanyalah permulaan pencarian erti FILLAH yang sebenar.
kerana Allah. saya sayang kamu kerana allah. ukhuwah fillah. ukhuwah kerana allah.
itu hanya terjadi apabila Allah yang menyatukan hati-hati yang suci, untuk satu tujuan. menegakkan kebenaran. dan kebenaran hanya satu, ISLAM. bukan sekadar nak sweet-sweet-gitu. hati-hati yang menjadi pilihan Dia.
ukhti, nampak sangat, selama saya berukhuwah dengan kamu, hati saya tidak bersih. kotor. sehinggakan Dia menguji ukhuwah ini, untuk membersihkan.
ukhti, dahulu katanya ukhuwah fillah, tetapi...
kamu menangis, saya tidak tahu.
kamu mengadu, saya membisu.
kamu inginkan kebenaran, saya tidak mampu memberi kebenaran.
ukthi, saya masih belajar. saya ingin berubah. berubah kerana Dia. terlalu banyak lopong-lopong dalam diri yang tak mampu saya baiki seorang diri. kamu faham, bukan?
ukhti, maafkan saya. saya juga terluka. melukakan diri sendiri. merefleksi diri. teruk sangatkah keadaan iman sehinggakan hilangnya sensitiviti saya terhadap hati dan perasaan kamu? entahlah. [-_-]'''
itula... allah maha tahu, bukan?
Dia lebih tahu sama ada hati saya betul-betul ikhlas menulis ini untuk kamu.
Dia lebih tahu sama ada kata-kata ini lahir dari hati atau pun sekadar ingin bermain-main kata.
Dia lebih tahu sama ada kemaafan yang saya pinta ini, kamu beri atau tidak.
akhir kata, walau apa pun terjadi... insha-allah... saya tak nak lepaskan kamu. kerana saya yakin, Dia menghantar kamu kepada saya dengan sebab yang kukuh. bukan sia sia pertemuan kita di bumi ini. kamu, tak akan saya lepaskan. kerana saya yakin, kamulah antara hamba-hambaNya yang akan menarik saya sekiranya saya terjatuh. yang memapah saya jika saya tersungkur. yang membangkitkan saya tatkala iman futur.
gelak tawa kamu, senyuman kamu, kewujudan kamu, masakan kamu, cerita kamu, celoteh kamu. saya rindu. :'(
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
Sunday, February 5, 2012
kembara hati saya di bumi uk.
Salam alaikum.
Kembara hati yang begitu membekas.
Saya melihat hati-hati yang gagah. Hati-hati yang benar-benar gagah. Sisters saya di mana jua mereka berada, kamu yang saya sayang, memang gagah.
Merefleksi diri sendiri. Segagah mana iman saya pula?
Lima hari saya di bumi uk. London-Cardiff-Warwick-Liverpool. Subhanallah. Hanya Dia yang dapat memahami betapa luluh hati ini melihat sendiri keadaan adik-beradik saya di sana. Mereka struggle. Sangat. Sedangkan saya di sini, masyaAllah... Mungkin boleh campak ke laut bagi ikan paus telan.
Himmah mereka, kekuatan mereka, kesabaran mereka, ketabahan mereka, kesunyian mereka. Membuatkan saya merasakan, ya allah... Betapa kufur nikmatnya aku ini!
Dublin, bumi tarbiyah. Namun, apa perubahan yang telah saya buat? Bukankah tarbiyah itu mengubah? Bukankah?
Acapkali berjabat, acapkali tangan merangkul jasad mereka, saya dapat merasakan betapa mereka berusaha untuk terus kuat di sana.
Mungkin mereka tidak tahu, tetapi setiap kali tangan ini dihulurkan... Doa saya iringi.
Ya tuhan... Salaman tangan ini bukan yang pertama dan bukan yang terakhir. Pelukan ini bukan pelukan kosong. Alirkan keyakinan mereka kepada kami. Kami perlukan Mu. Pelihara ukhuwah ini. Kerana aku ingin bertemu dengan mereka di jannahMu.
Setiap kali tangan ini melambai, pergi meninggalkan mereka.... Mata ini tidak mampu menampung airmata. Hati ini tidak mampu menampung rasa rindu. Jiwa ini meronta-ronta tidak mahu. Tapi apakan daya, Dia suruh pergi. Medan saya bukan di sana. Medan saya di sini. Betapa hati ingin lompat keluar bas, keretapi, kapal terbang.. Untuk terus berada dalam dakapan mereka. Kerana dalam dakapan itu, saya rasa kuat. Dalam dakapan itu, saya rasa supersaiya. Dalam dakapan itu saya tahu, saya bukan seorang diri.
Tidak saya nafikan, hati ini takut untuk pulang ke sini. Dublin. Hati ini sangat takut. Seandainya perkara yang sama saya ulangi. Khilaf yang sama saya iringi. Kotoran hati yang serupa saya persembahkan kepada Dia dalam solat.
Saya ingin menjadi hamba. Hamba yang sedar erti kehambaan. Hamba yang menyayangi hamba Dia yang lain, bukanlah kerana cinta manusia... Tapi menharapkan cinta dari Dia.
Ukhuwah fillah itu... Adalah apabila hati-hati yang benar kefahamannya, benar kesuciannya, benar keikhlasannya... Dipertemukan oleh allah. Untuk memperjuangkan kalimah Nya. FILLAH. Itu bukan perkataan main-main la der... Allah itu superb. Takkan lah ukhuwah FILLAH itu hanyalah untuk bende-bende yang sweet sweet je? Ukhuwah itu datang dengan tanggungjawab. Sama-sama usaha, sama-sama struggle... Tangisan yang sama meskipun jauh, dakapan yang sama meskipun abstrak, perjuangan yang sama meskipun perjalanan kita lain batu kerikil dan onak durinya.
Saya takut. Tapi Dia kata,
"katakanlan wahai muhammad, apabila hamba Aku bertanyakan tentang Aku, katakanlah bahawasanya Aku dekat. Dan Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Aku. Maka hendaklah mereka memenuhi perintah Aku dan beriman agar mereka mendapat petunjuk." (2:186)
Saya tersandar ke dinding. Melihat langit. Ya allah, aku fikir Engkau jauh di sana. Tapi sebenarnya Engkau ada dekat sangat dengan aku.
Teringat saya pada satu sabda baginda s.a.w.
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tuhan Kami, Pemberi Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap malam hingga ke langit yang paling dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3 malam dan Dia berfirman ; Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu, akan Aku ampunkan. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Subhanallah... Air mata mengalir deras. Tidak tertahan. Mengenangkan dosa maksiat yang dilakukan. hina. Mennginsafi ketaatan yang tidak saya lakukan. rugi. Astaghfirullah...
Dan Dia kata lagi,
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(39:53)
Seorang sister, dia berkata.
Apa yang dah berlaku... Telah berlaku. Yang penting kita terus ke hadapan. Allah tak tengok apa yang kita dah buat, tapi Dia tengok apa yang kita akan buat utk membaiki kesalahan yang kita telah lakukan.
Benar. Dia tahu saya lemah. Dia tahu saya tak gagah. Dia tahu saya. Sebab itu Dia beri saya ujian untuk saya struggle. Dia beri ujian untuk saya sedar. Dia beri ujian untuk saya faham. Dia beri ujian untuk saya belajar ikhlas. Dia beri ujian untuk saya kenal cinta. Cinta Dia dan cinta dia dan cinta mereka.
insha allah, kembara hati ini akan diteruskan. mencari apa apa sahaja cara untuk membersihkan hati. mensucikan niat. hanya kerana Dia. susah der, tak tipu. tapi tak tahu kenapa... saya nak jugak! tak kire!!!! doakan. tolong. membawa diri ke bumi jordan tak lama lagi. mencari. mencari bekal. doakan. :')
Friday, January 13, 2012
[diam]
salam a' laikum.
saya melihat langit pagi ini, cantik. indah. subhanallah.
[diam]
saya melihat diri. sempurna anggota badan. alhamdulillah.
[diam]
membandingkan diri dengan langit.
[diam]
langit itu luas. angkasa itu luas. apa berbagai makhluk Tuhan yang masih belum diketahui manusia. hebatnya Tuhan itu menghias langit dengan bintang.
agungnya Tuhan, Dia melakar langit dengan awan.
[diam]
teringat kata-kata seorang murabbi.
''kalau kamu rasakan ciptaan manusia itu hebat... cuba kamu lihat langit. ada macam-macam lagi ciptaan Allah yang hebat kat luar sana tu.''
subhanallah...
merasakan diri ini begitu kerdil.
bila dibandingkan dengan ciptaanNya yang lain.
lebih kerdil sekiranya menyedari kehebatan Tuhan itu sendiri.
ya allah, terima kasih kerana kurniakan aku satu cinta. cinta pada langit. karena dengan cinta itu, aku bisa... mengenal cinta-Mu.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
Wednesday, January 11, 2012
Malu pada Dia
Pernah hati ini berkata, pada 30 mac 2011.
:'( maafkan aku, allah.
kepenatan itu hanyalah tipu daya dunia! diri punya lebih kekuatan sekiranya sumbernya adalah benar. iaitu Allah. sekiranya terasa diri ini penat, maka mintalah kekuatan daripada-Nya. sekiranya diri ini sedih, maka pintalah Dia agar menggembirakan hati. sekiranya diri ini keseorangan, maka sedarlah perasaan itu adalah dusta! kerana Allah kan ada...
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
:'( maafkan aku, allah.
-untitled-
salam a'laikum.
"bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba"
namun, bukankah...
"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah meninggalkan kamu [tidak memberu pertolongan], maka siapa yang dapat menolong kamu setelah itu? kerana itu kepada Allah sahaja orang-orang mukmeen bertawakal."
[ali imran, 3:160]
ya hidup ini sukar,
ya dugaan itu memedihkan,
ya kata-kata manusia kadang kala menusuk kalbu,
ya dun-Ya ini menyeksakan.
tapi,
"dan carilah [pahala] negeri akhriat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah [ kepada orang lain] sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi. sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerusakan."
[al-qasas,28:77]
diri hina ini mengakui kelemahan yang terang dan nyata terpampang melalui kata-kata dan perbuatan. sehinggakan pada suatu tahap di mana tidak lagi berasa hebat untuk meneruskan perjuangan dek dugaan-dugaan yang menimpa. lelah, penat... sudah kering air mata ini mengalir kerana memikirkan hal dunia. ingin sahaja diri ini terus menghadap-Nya, kerinduan seorang hamba kepada Tuhannya.
Ya Allah, aku akui... aku penat. namun, aku mendoakan agar Engkau membantu aku berpegang pada janjiku ini. tidak akan aku berhenti berjuang kerana-Mu sehingga aku yakin aku punya tempat di syurga-Mu. dan tidak salah sekiranya syurga Firdaus yang kuharapkan. kurniakanlah aku kekuatan itu.
jiwa hamba ini kadang kala senang terguris dek kata-kata yang sukar menembusi hati batunya. namun, tidak pernah otak ini cuba berhenti untuk bersangka baik dengan manusia-manusia yang Dia kurniakan bagi mewarnai hidup ini. penat. iya, penat. lebih-lebih lagi apabila sangkaan baik itu disangkal dengan bukti depan mata kepala sendiri. namun, digagahkan jua menerima mereka seadanya kerana tidak semua manusia sempurna.
keremukan hati ini selalu diabaikan kerana mengharapkan kebahagiaan buat mereka yang lain. sakit... tidak dinafikan kesaktian sakitnya. pernah ingin melupakan kepentingan manusia lain dan berpaksikan hanya pada kepentingan diri. ya, berjaya! namun, warna kebahagiaan hidup ini semakin pudar. mampukah untuk mewarnainya semula?
hendak dikatakan betapa tidak bersyukurnya hamba yang berkata-kata dalam alam maya ini, sering kali melupakan keperitan Rasulullah memperjuangkan agama Islam. mengabaikan pengorbanan para sahabat. tatkala diri tertekan, segala pengetahuan tentang kehebatan umat islam terdahulu... lenyap begitu sahaja. setelah melepaskan perasaan, barulah hendak beristighfar.
bukankah SABAR ITU ADALAH PADA HENTAKAN YANG PERTAMA ?
belum lagi leher ini dijerut,
tidak lagi batu besar menghempap diri,
masih mustahil untuk diseret ditengah-tengah padang pasir yang panat terik,
tidak pernah merasai diboikot manusia sekeliling,
tidur dalam keadaan lena, tidak memikirkan kemungkinan diri ini dicabut nyawa dan terus menghadap-Nya dalam keadaan tidak bersedia.
wahai diri!
kamu mengeluh!
kamu mengatakan kamu penat!
kamu mengatakan kamu sudah melakukan sedaya yang kamu mampu!
kamu mengatakan manusia tidak menghargai perjuangan kamu!
tidak malukah kamu pada Tuhan?
tidak malukah kamu pada Rasulullah s.a.w?!
tidak malukah kamu pada para sahabat?!!
pada mujahideen??????!!!
kepenatan itu hanyalah tipu daya dunia! diri punya lebih kekuatan sekiranya sumbernya adalah benar. iaitu Allah. sekiranya terasa diri ini penat, maka mintalah kekuatan daripada-Nya. sekiranya diri ini sedih, maka pintalah Dia agar menggembirakan hati. sekiranya diri ini keseorangan, maka sedarlah perasaan itu adalah dusta! kerana Allah kan ada...
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
Wednesday, January 4, 2012
monolog
salam alaikum.
sekadar luahan hati.
ireland... bumi tarbiyah.
aku sudah bersedia. bersedia membuka hati.
didiklah aku, bimbinglah aku.
karena aku memilih jalan ini.
Dia mentakdirkan aku utk memilih jalan ini.
dan kini,
ingin aku berlari laju di jalan ini.
sekencang al-adiyat.
berbekalkan taufiq kurniaan Tuhan.
kefahaman mendalam kalimah infiru.
serta furqan menjadi panduan.
aku perlukan cahaya.
aku lemah. aku akui.
bantulah diri ini. hina.
ya aku sedar, aku hina.
tapi aku ingin Dia melihat diri yang hina ini.
melihat diri ini sedang berusaha.
usaha untuk,
berpeluang melihat wajahNya.
ini bumi tarbiyah, masakan aku sanggup merugikan diri sendiri?
tidak, usia aku tidak akan aku siakan lagi.
cukuplah 18 tahun jiwa aku gelap.
cukuplah 18 tahun.
cukup.
ini, tempat aku.
ini, tempat kita.
insha-Allah.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
sekadar luahan hati.
ireland... bumi tarbiyah.
aku sudah bersedia. bersedia membuka hati.
didiklah aku, bimbinglah aku.
karena aku memilih jalan ini.
Dia mentakdirkan aku utk memilih jalan ini.
dan kini,
ingin aku berlari laju di jalan ini.
sekencang al-adiyat.
berbekalkan taufiq kurniaan Tuhan.
kefahaman mendalam kalimah infiru.
serta furqan menjadi panduan.
aku perlukan cahaya.
aku lemah. aku akui.
bantulah diri ini. hina.
ya aku sedar, aku hina.
tapi aku ingin Dia melihat diri yang hina ini.
melihat diri ini sedang berusaha.
usaha untuk,
berpeluang melihat wajahNya.
ini bumi tarbiyah, masakan aku sanggup merugikan diri sendiri?
tidak, usia aku tidak akan aku siakan lagi.
cukuplah 18 tahun jiwa aku gelap.
cukuplah 18 tahun.
cukup.
ini, tempat aku.
ini, tempat kita.
insha-Allah.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
Sunday, December 4, 2011
Usaha saja
salam alaikum.
tatkala kamu rasakan tiada manusia lagi yang dapat memahami kamu, yang dapat mendengar segala luahan hati kamu, yang dapat meemberi bahu untuk kamu meleleh, yang dapat mengusap kepala kamu tatkala kamu pening, yang menenangkan hati kamu ketika kamu gundah, yang membuat kamu tersenyum apabila kemanisan wajah kian suram, yang memberi kata-kata semangat walaupun kadangkala tak membakar pun, yang membuat sarapan untuk kamu walaupun kamu rasa tak sesedap roti bakar ibu kamu, yang memimpin tangan kamu ketika kamu hilang dalam kegepalan.
saya kian merasakan kehilangan kewujudan manusia itu. walaupun hidup kini di kelilingi hamba-hambaNya yang begitu supersaiya.
kenapa ya?
seminggu kepala ini berputar setiap malam tanpa sempat mengulang kaji. puas saya mencari manusia untuk bercerita. untuk berkongsi segala rasa.
''awak kena kongsi beban ni dengan yang lain...''
saya tahu, saya faham. saya sedang mencuba. tapi itu bukan mudah bagi saya.
bahasa yang dipertutrkan di bibir adalah sama. tapi bahasa hati yang membuatkan kita berbeza.
cuba saya sampaikan apa yang terbuku, cuba saya kongsikan nikmat beban itu.
tapi, saya gagal.
mengapa?
persoalan ini terus mengasak-asak dan menghimpit jiwa hamba hina ini.
akhirnya, setelah sekian kali jatuh terduduk kerana tidak mampu menahan beban seorang diri, saya jatuh sujud kepadaNya.
kerana Dia mahu.
Dia hanya mahu hati ini untuk Dia.
agar segala masalah, adukan padaNya.
agar segala kegembiraan, kongsikan cerita denganNya.
agar setiap titis air mata, mengalir... kerana rindukan Dia.
Saya, sedang belajar. Dan ingin berubah. Ke arah menjadi hamba yang lebih cinta pada TuhanNya.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
tatkala kamu rasakan tiada manusia lagi yang dapat memahami kamu, yang dapat mendengar segala luahan hati kamu, yang dapat meemberi bahu untuk kamu meleleh, yang dapat mengusap kepala kamu tatkala kamu pening, yang menenangkan hati kamu ketika kamu gundah, yang membuat kamu tersenyum apabila kemanisan wajah kian suram, yang memberi kata-kata semangat walaupun kadangkala tak membakar pun, yang membuat sarapan untuk kamu walaupun kamu rasa tak sesedap roti bakar ibu kamu, yang memimpin tangan kamu ketika kamu hilang dalam kegepalan.
saya kian merasakan kehilangan kewujudan manusia itu. walaupun hidup kini di kelilingi hamba-hambaNya yang begitu supersaiya.
kenapa ya?
seminggu kepala ini berputar setiap malam tanpa sempat mengulang kaji. puas saya mencari manusia untuk bercerita. untuk berkongsi segala rasa.
''awak kena kongsi beban ni dengan yang lain...''
saya tahu, saya faham. saya sedang mencuba. tapi itu bukan mudah bagi saya.
bahasa yang dipertutrkan di bibir adalah sama. tapi bahasa hati yang membuatkan kita berbeza.
cuba saya sampaikan apa yang terbuku, cuba saya kongsikan nikmat beban itu.
tapi, saya gagal.
mengapa?
persoalan ini terus mengasak-asak dan menghimpit jiwa hamba hina ini.
akhirnya, setelah sekian kali jatuh terduduk kerana tidak mampu menahan beban seorang diri, saya jatuh sujud kepadaNya.
kerana Dia mahu.
Dia hanya mahu hati ini untuk Dia.
agar segala masalah, adukan padaNya.
agar segala kegembiraan, kongsikan cerita denganNya.
agar setiap titis air mata, mengalir... kerana rindukan Dia.
Saya, sedang belajar. Dan ingin berubah. Ke arah menjadi hamba yang lebih cinta pada TuhanNya.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
Tuesday, November 29, 2011
kata hati
salam a'laikum.
pernah tak kita cakap,
''kenapa susah sangat mereka ni nak terima islam?''
''apalah masalah manusia ni? keras sangat ke hati?''
''saya dah cuba, tapi dia yang tak mahu terima! not my fault....''
kite mahu menyeru manusia kepada allah. apakah ini yang kita pamerkan? manakah hilangnya kesabaran? manakah hilangnya kekuatan hati? manakah hilangnnya pergantungan kita kepada Allah?
MANA?!!
tidak mungkin tidak kita menunding jari kepada manusia kerana tidak menerima seruan kita. apakah superior sangat diri ini ingin menghukum manusia?! masakan tidak, sudah ada titik-titik hitam. sehinggakan merasakan diri lebih hebat. lebih kool. lebih bergaya dari orang lain. menunding jari? itu sahaja kamu mampu buat?!
mari kita sama-sama bermuhasabah, satu jari ditunding pada mereka... empat atau tiga jari lagi, kepada siapa?
sudah cukup bersihkah encik hati?
sudah cukup luruskah encik niat?
sudah cukup benarkah encik ikhlas?
sudah cukup tegarkah encik iman?
akhirulkalam,
sudah cukup kuatkah kebergantungan diri kepada Allah?
[tunduk kepala, meleleh]
ya Tuhan, apakah aku telah melakukan sebegitu?
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
pernah tak kita cakap,
''kenapa susah sangat mereka ni nak terima islam?''
''apalah masalah manusia ni? keras sangat ke hati?''
''saya dah cuba, tapi dia yang tak mahu terima! not my fault....''
kite mahu menyeru manusia kepada allah. apakah ini yang kita pamerkan? manakah hilangnya kesabaran? manakah hilangnya kekuatan hati? manakah hilangnnya pergantungan kita kepada Allah?
MANA?!!
tidak mungkin tidak kita menunding jari kepada manusia kerana tidak menerima seruan kita. apakah superior sangat diri ini ingin menghukum manusia?! masakan tidak, sudah ada titik-titik hitam. sehinggakan merasakan diri lebih hebat. lebih kool. lebih bergaya dari orang lain. menunding jari? itu sahaja kamu mampu buat?!
mari kita sama-sama bermuhasabah, satu jari ditunding pada mereka... empat atau tiga jari lagi, kepada siapa?
sudah cukup bersihkah encik hati?
sudah cukup luruskah encik niat?
sudah cukup benarkah encik ikhlas?
sudah cukup tegarkah encik iman?
akhirulkalam,
sudah cukup kuatkah kebergantungan diri kepada Allah?
[tunduk kepala, meleleh]
ya Tuhan, apakah aku telah melakukan sebegitu?
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
Subscribe to:
Posts (Atom)

