Sunday, December 4, 2011

Usaha saja

salam alaikum.

tatkala kamu rasakan tiada manusia lagi yang dapat memahami kamu, yang dapat mendengar segala luahan hati kamu, yang dapat meemberi bahu untuk kamu meleleh, yang dapat mengusap kepala kamu tatkala kamu pening, yang menenangkan hati kamu ketika kamu gundah, yang membuat kamu tersenyum apabila kemanisan wajah kian suram, yang memberi kata-kata semangat walaupun kadangkala tak membakar pun, yang membuat sarapan untuk kamu walaupun kamu rasa tak sesedap roti bakar ibu kamu, yang memimpin tangan kamu ketika kamu hilang dalam kegepalan.

saya kian merasakan kehilangan kewujudan manusia itu. walaupun hidup kini di kelilingi hamba-hambaNya yang begitu supersaiya.

kenapa ya?

seminggu kepala ini berputar setiap malam tanpa sempat mengulang kaji. puas saya mencari manusia untuk bercerita. untuk berkongsi segala rasa.

''awak kena kongsi beban ni dengan yang lain...''

saya tahu, saya faham. saya sedang mencuba. tapi itu bukan mudah bagi saya.
bahasa yang dipertutrkan di bibir adalah sama. tapi bahasa hati yang membuatkan kita berbeza.

cuba saya sampaikan apa yang terbuku, cuba saya kongsikan nikmat beban itu.
tapi, saya gagal.

mengapa?

persoalan ini terus mengasak-asak dan menghimpit jiwa hamba hina ini.


akhirnya, setelah sekian kali jatuh terduduk kerana tidak mampu menahan beban seorang diri, saya jatuh sujud kepadaNya.

kerana Dia mahu.
Dia hanya mahu hati ini untuk Dia.
agar segala masalah, adukan padaNya.
agar segala kegembiraan, kongsikan cerita denganNya.
agar setiap titis air mata, mengalir... kerana rindukan Dia.

Saya, sedang belajar. Dan ingin berubah. Ke arah menjadi hamba yang lebih cinta pada TuhanNya.



The one who speaks to the others is speaking to oneself.

1 comment:

Al-A'diyat said...

Along, kerana hakikatnya...Allah rindukan kamu..maka,dia masih meletakkan rasa dalam hati kamu untuk pulang kepadaNya lagi...

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...